11 September 2015

KEK MILO 3 MINIT YANG AWESOME!

Resepi ni saya copy dari Blog azlita.masammanis.
Gambar-gambar lain (cara buat kek) boleh tengok kat blog beliau.. .menarik sangat. Saya tak boleh copy gambar semua kat sini.. nanti jadi plagiarism pula.
Gambar dari blog azlita.masammanis

BAHAN-BAHAN
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )

CARA BUAT
Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata

Sediakan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya

Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.

8 September 2015

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS

Resepi Kek Lapis Asam Manis (TQ to Puan Tahrunnisah Jali sebab share kat FBnya)



http://dayangjack.blogspot.com/…/kek-lapis-asam-manis-bakar…
dicuba oleh : Tahrunnisah Jali

bahan-bahan : 
loyang 8" x 8" atau 9" x 9"
10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

cara-cara :
1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung
hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar
lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan
suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan
dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
7. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut
citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
8. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya
menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau
hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10
minit lagi supaya kek masak sempurna)

Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust
sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut
marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan
permukaannya dgn jem atau mentega.

LAGI RESEPI MEATBALL (SWEDISH MEATBALL)

Saya copied dari facebook Puan Tahrunnisah Jali. Macam2 resepi dia share.
Semoga Allah memberi kebahagiaan & keberkatan kepada beliau sekeluarga.

------
Hasil carian imej untuk swedish meatball recipe


Resepi asal dari kak Sue Norrman yg kini menetap di Sweden...sangat berpuashati dengan resepi kak sue... kata kak sue ini resepi asli swedish meatball dr mak mertua kak sue dan kak sue ubah ikut citarasa..haa tu diaaa resepi asli ni...Jazakillahu khairan kak..

Swedish Meatball Sue Norrman

Meatball homemade (mmg best resepi ni)
Bahan2 :-
500 gm mince beef
1/2 biji bwg besar - cincang halus (*)
1 sdm butter. (*)
3/4 sdt lada hitam- powder
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sdt gula
1-1/2 sdt garam
2 sdm bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur 'c'- saya tak guna tapi klau nak bole masukan.

cara :-

1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bwg tadi sekali dgn butter. uli lagi sebati dan bulat2 kan ikut besar mana yg kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik2 kan kejap hingga masak.

p/s .- butter dlm pan gn di buang. di guna utk membuat sos.

Sos Gravy

butter lepas masak meatball.
2 cwn chicken stok
2 cwn whipping krim (*)
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit - powder
1/2-1 sdm tpg kentang bancuh dgn air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.

cara :-

1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tpg kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dlm seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit2 . jgn terlalu pekat.

sampingan - lingon jem dan kentang. Bole ganti mix friuts jem.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign