23 May 2013

SEDIHNYA - DIABETES

Hari Ahad lepas bapa jatuh dalam bilik air. Mujur tak ada kecederaan yang serius, tapi bibir bengkak. Abang sulung balik kampung tengok keadaan bapa pada hari yang sama dan bawa Bapa ke hospital. Doktor kata kadar kandungan gula dalam darah tinggi, BP pun tinggi. Sedihnya!

Harini kakak pula balik...
Hari Jumaat nak balik tengok Bapa & nak bawa balik Vivix untuk Bapa! Kena pastikan Bapa makan VIVIX dengan berdisiplin & kena makan continuosly. Tak kisahlah berbelanja lebih... asalkan Bapa sihat. Lagipun berapa sangatlah nak bandingkan dengan jumlah wang ringgit dan kasih sayang yang dah Bapa berikan dulu.
I ♥ u Bapa!

KESIMPULAN

Kencing manis (diabetes) kalau sudah di tahap kritikal boleh menyebabkan pening atau hilang kawalan. Sebab itu pesakit kencing manis ini boleh jatuh tiba-tiba. Bahayanya kalau terjadi semasa memandu atau sedang melintas jalan. Nauzubillahiminzalik!

Kalau ada luka kecil sekalipun akan merebak dan sukar untuk sembuh. Lebih parah kalau kena potong anggota badan yang terbabit. Kalau kena potong kaki boleh pakai tongkat atau kerusi roda...mungkin akan menyusahkan tapi lebih menyusahkan kalau bahagian tangan yang dipotong. Masya Allah. Jauhkanlah dari kami ya Allah perkara ini daripada terjadi kepada kami.

Apalah sangat berbelanja untuk menjaga kesihatan yang baik berbanding berbelanja mengubati setelah sakit. Bagaimana kalau ditakdirkan tidak boleh bekerja lagi disebabkan penyakit ini.

Semoga mendapat iktibar.

Yang Ikhlas 
Ruzana

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign