27 May 2013

SEMOGA BAPA CEPAT SEMBUH

Alhamdulillah dapat berjumpa dengan beloved Bapa & Mak masa balik weekend baru ni. Kebetulan masa sampai di hospital Bapa tengah dalam proses nak discharge.
Sampai rumah terus suapkan Bapa & Mak Vivix. Sedih melihat Bapa yang terbaring tak dapat menggerakkan sebelah kanan badan. Tapi Bapa sangat determine... nak cuba bangun sendiri. Doktor bagitahu yang Bapa boleh sembuh tapi kena buat fisioterapi.

Macam tak percaya tengok Bapa terbaring begitu mengenangkan Bapa seorang yang aktif semasa muda sampailah sebelum Bapa jatuh baru2 ni.

Allah maha berkuasa dan maha pengasih. Kena banyak bersabar & redha dengan apa yang Allah berikan. Kena berusaha dan berusaha, insya Allah dapat apa yang dihajati. Sebagai anak2 kena ikhlas dalam apa yang dilakukan untuk Bapa & Mak. Tak rugi berbelanja untuk Bapa & Mak. Rasanya takkan sama dengan apa yang Bapa & Mak berikan & lakukan kepada kami adik beradik dari sejak kami lahir , malah sehingga kami semua dah dewasa dan berkahwin sebelum Bapa sakit.

"Ya Allah, sembuhkan Bapa secepat mungkin, dan berikan kesihatan yang baik kepada kedua Bapa & Mak supaya mereka masih dapat beribadat kepadamu ya Allah!"

Amin.

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Bapa dah semakin pulih. Dah boleh bangun untuk duduk dan menggerakkan tangan kanannya yang dahulunya terasa berat. Alhamdulillah!!!

    ReplyDelete

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign