26 December 2014

KENTUT, TAPI KELUAR DARI FARAJ


Pernah tak anda merasai / mengalami ketika solat, terutama setelah bangun dari sujud, terasa ada angin keluar melalui faraj seperti terkentut?

Ia dipanggil "kentut faraj".

Pasti anda berasa ragu-ragu, samada solat anda sah atau tidak?
Samada perlu berhenti dan mengambil semula wudhu' atau teruskan solat seperti biasa?

Sebelum mengetahui hukum solat, jom kita kenali dulu apa sebenarnya kentut faraj ini.

Kentut faraj ini berlaku apabila kumpulan udara dikeluarkan daripada faraj. Angin dalam faraj adalah udara sekeliling yang masuk ke dalam faraj yang boleh berlaku ketika ataupun setelah melakukan hubungan seks bersama suami.

Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. 

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.  

Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.  

Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  

Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas).

Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan :
(a) berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, 

(b) mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, 

(c) atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). 

Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika ia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. 

Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

Bagaimana angin boleh memasuki faraj?
Keadaan bibir pada kemaluan wanita lazimnya bertemu antara satu sama lain dan keadaan ini menghalang udara daripada masuk ke dalam faraj.

Walau bagaimanapun, keadaan bibir di permukaan faraj boleh menjadi renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj disebabkan beberapa keadaan yang berikut:

Ketika hubungan seks
Ketika hubungan seks, pergerakan alat kelamin suami boleh menyebabkan udara terkumpul di dalam saluran faraj isteri.

Melahirkan anak
Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopause. 

Menopause
Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari.

Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud. 

Oleh itu amat penting bagi wanita untuk melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot yang terdapat pada pelvis (senaman Kegel’s).


Perbezaan kentut faraj dengan kentut biasa
Kentut adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Oleh itu, lazimnya kentut berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur.

Angin itu adalah udara di sekeliling, yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau...walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.

Kesimpulan
Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.

Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotik.

Rawatan "kentut faraj"
Ada pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengecilkan kembali saluran faraj yang telah “over expanded” disebabkan proses kelahiran. Pembedahan ini dikenali sebagai “pelvic floor repair”.

Selain mengecilkan saluran dan pembukaan faraj, pembedahan ini juga boleh membetulkan sudut (angle) saluran pengeluaran air kecing daripada pundi kencing keluar.

Dengan pembetulan sudut ini, masalah terkencing semasa batuk atau bersin boleh diatasi.

Selain daripada pembedahan, penggunaan hormon gentian (HRT) bagi mereka yang telah menopause berserta senaman Kegel's, mungkin juga dapat menolong mengatasi masalah ini.

Langkah-langkah menghadapi "kentut faraj"
Wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Supplement untuk "kentut faraj" rujuk sini
Hukum solat apabila "kentut faraj" berlaku rujuk sini.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign