14 December 2014

KOLESTEROL TINGGI PUNCA MAUT

KOLESTEROL TINGGI PUNCA MAUT?

Haha... seram bila baca tajuk? Acah je tu. Tapi selalu sangat dengar orang cakap "jaga kolesterol, jangan makan tu, nanti kolesterol tinggi" & selalunya orang akan kaitkan kolesterol dengan gemuk & sakit jantung yang boleh membawa maut. 

KOLESTEROL_TINGGI_PUNCA_MAUT

Kenapa dikatakan kolesterol tinggi punca maut? 


Kolesterol adalah sejenis bahan seperti minyak yang memang dah ada dalam badan kita, iaitu yang didapati di dalam darah dan setiap sel di dalam badan kita. Kerana banyak yang berfikir bahawa kolesterol sama dengan lemak, jadi ada yang berfikir orang gemuk banyak kolesterol dan orang kurus sedikit kolesterol. Tapi tak semestinya begitu tau. Ada orang yang kurus tapi tahap kolesterolnya sangat tinggi. (Sesiapa yang kurus tu, baik pi check, entah2 tahap kolesterol anda tinggi).

MANFAAT KOLESTEROL BAGI TUBUH

Kolesterol dalam kadar tertentu sebenarnya bermanfaat bagi tubuh.
Manfaat kolesterol antara lain :
- membantu pembentukan dinding sel tubuh
- membentuk hormon-hormon
- pembentuk vitamin D yang penting bagi kesihatan tulang
- membantu proses pembentukan asam dan garam hempedu dalam proses
  emulsi lemak dalam tubuh
- merupakan sumber tenaga bagi tubuh.

GANGGUAN KOLESTEROL BAGI TUBUH

Namun, jika tidak dikawal dan kadarnya berlebihan dalam badan, kolesterol boleh menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan seperti darah tinggi, penyakit jantung, strok, batu hempedu dan kegagalan buah pinggang. Kolesterol tinggi punca maut.

Oleh itu, kita perlu mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh dengan mengambil makanan yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di tubuh. Kebanyakan makanan yand dicadangkan adalah ikan yang kaya dengan omega-3, kayu manis, badam, epal, anggur merah, apricot, bawang putih, teh, jus lemon.

Kajian yang pernah dilakukan di Norway University of Science and Technology mendapati penghidap diabetes tahap 2 yang banyak makan ikan yang kaya Omega 3 selama 9 minggu ternyata mengalami penurunan kepekatan dan saiz jenis kolesterol di dalam tubuhnya.

Untuk menangani kolesterol yang berlebihan yang tidak diperlukan tubuh, mulai sekarang amalkan makanan dan minuman di atas secara teratur dan konsisten.

Leceh? Ok, ada cara yang paling mudah : amalkan supplemen OMEGA-3 dalam bentuk kapsul. Pilihan saya? Mestilah dari bahan yang semulajadi, cara proses yang bermutu tinggi & selamat. Nak tau lebih lanjut? Telegram/Whatsapp/sms/call me @ 019-2256117 / 019-2896117 atau klik sini

Anda akan berminat untuk membaca tentang Omega Guard & Phytocol-ST.

OMEGAGUARD

PHYTOCOL

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign