Pagi ni bawa Chomel ke Vet. Pejabat Veterinar Daerah Petaling, Damansara Damai, Sungai Buloh untuk buat PET PASSPORT CHOMEL.
Dekat je dengan rumah.. 13 km (22 minit je) kalau ikut trafik yang biasa. Tapi, bila buka Waze.. dia bawa kot hiway guthrie tu.. Konon cepatla.. Tup tup sampai kat restoran jejantas sungai buloh..kalau ikut waze tu.. Sampai dah pju 10/1 tapi tak nampak bayang pejabat vet pun. Hmm.. Silap ke? Keluar balik kot Kota Damansara... top up Touchngo dulu.. Tukar guna google maps pulak. Alhamdulillah sampai pun... 19 minit lepas tu.. Phew..(buang masa betoi)
Menunggu yang lama (tak le lama sangat 20 minit je). En Emran (pegawai bertugas) tu datang.. Suruh isi borang (nasib baik sikit je kena isi - saya isi laju-laju 😛).. Bawa Chomel masuk bilik khas.. En Emran belek2 sikit, lepas tu inject masuk microchip kat belakang bahu Chomel - done. Besaq betoi lubang jarum tu.. Boleh muat sebutir beras yang gemok.. 😉...besaq tu la saiz microchip tu. Bersama-sama microchip tu, depa bagi Passport. Macam passport manusia juga. Chomel ok je masa kena inject tu.. Tak rasa sakit kot. Alhamdulillah! En Emran kata Chomel sihat... insyaa Allah.
Oh ya, En Emran pesan, jangan mandikan Chomel selama seminggu, jangan gosok kat bahu dia selama seminggu - takut terkeluaq balik microchip tu, sia sia saja.
Oh ya, En Emran pesan, jangan mandikan Chomel selama seminggu, jangan gosok kat bahu dia selama seminggu - takut terkeluaq balik microchip tu, sia sia saja.
Dengan adanya microchip tu.. Kalau bawa Chomel ke mana2, especially kalau menyeberang laut.. Imigresen akan scan & confirmkan kucing tu adalah kucing kami. Dalam passport kucing tu ada nombor siri microchip.. Ada nama pemilik.. So dia akan cross check dengan pemilik Chomel tu pulak... Kalau saya.. Ok la. Kalau bukan.. Hmm siapla pencuri tu. 😤
Bayaran RM37 sahaja. Kalau dekat private ada yang caj RM95 utk seekor. 3 kali ganda. Baikla saya pi Vet Gomen.. Dekat je pun & Bukannya nak kena beratur pun. Tapi kena buat appointment la.. Kalau walk in maybe depa suruh mai pulak kot. Dia buat pagi sahaja (8.30 am - 12 noon) : saya pun tak tanya kenapa tak buat petang.
Btw, ini contact number untuk buat appointment : 0361402979.