Ayuh baca surah Al Kahf!
Daripada Muaz ibnu anas al Juhari,daripada bapanya,daripada Nabi saw Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca dari surah Al-Kahf maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhan ayat Al-Kahf maka jadilah baginya cahaya antara langit dan juga bumi.”
Daripada Umar ra. bahawa beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada hari jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya dihari kiamat dan diampunkannya antara 2 Jumaat.”
Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)
Imam Nawawi berkata :
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.
Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)"
Wallahua'lam.