Salah satu detik penting bagi bayi baru anda adalah memotong rambut
buat pertama kali. Akan sampai masa apabila bayi anda perlu memotong rambut
beliau dan anda mungkin ingin tahu tempat terbaik atau bagaimana cara jika anda
sendiri yang memotong rambut bayi anda.
Bayi yang ada rambut yang banyak biasanya perlu memotong rambut mereka
buat pertama kali semasa berumur kira-kira 8 atau 9 bulan. Ada juga yang masa
berumur 6 bulan, rambut dah tumbuh lebat, walaupun sudah dicukur semasa baru
lahir dulu. Atau selewat-lewatnya ketika berumur 2 tahun.
Anak saya yang bongsu (yang tu yang boleh saya ingat pun), pertama kali
nak memotong rambutnya yang keriting dan lembut adalah ketika berumur 2 tahun.
Masa tu memang panjang rambutnya tetapi tak berapa nampak panjang sebab it curls
in. Ayahnya sendiri yang memotongnya & menghadapi sedikit kesukaran... lalu
kami terus mencukur licin menggunakan mesin. Sedih juga saya mula tu, sebab
rambutnya keriting.. comel sangat, tapi ramai pula yang tersilap sangkakan dia
perempuan, jadi, eloklah dicukur botak..hehe.
Bagi bayi yang rambutnya nipis dengan kulit kepala yang lembut pula pasti ibubapa menghadapi kesukaran memotong rambut bayi tersebut. Anda pasti gerun terutama sekali bagi yang pertama kali mendapat cahaya mata.
Jadi, eloklah memotong rambut bayi ketika mereka dalam keadaan baik dan
tidak meragam.
Untuk pertama kalinya, adalah lebih baik memilih untuk memotong sendiri
rambut bayi anda, di rumah sendiri. Jom tengok tips ni:
(1) Pilih masa yang sesuai untuk bayi dan anda sendiri
Pastikan bayi anda dah kenyang dan dah nak dekat waktu tidur.
Lampin kering dan bayi di dalam mood yang baik.
Suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
(2) Pastikan bayi anda berada di dalam posisi yang selesa
Riba bayi atau baringkan di ruang katil yang selesa jika mereka masih
kecil.
Atau bagi bayi yang dah boleh duduk, dudukkan mereka dalam kerusi
tinggi (kerusi makan mereka) yang mana adalah lebih baik kalau boleh pakaikan
talipinggang kepada bayi anda.
Beri mainan atau apa-apa bahan yang boleh membuatkan mereka asyik /
ralit seperti menonton tv atau ayah/ibu boleh membantu bersembang dengan bayi.
(3) Pastikan berapa pendek rambut bayi anda kehendaki
Kalau terlalu pendek / botakkan terus, boleh gunakan mesin pencukur.
Kalau sikit saja, gunting saja seperti biasa.
Cadangan saya, potong sekadar untuk nampak kemas, kerana jika pendek
sangat akan mengambil masa yang lama dan kemungkinan gunting sangat hampir
dengan kepala bayi yang mungkin boleh menyebabkan bayi tidak selesa.
(4) Sediakan peralatan yang diperlukan seperti kertas suratkhabar/atau
pelapik getah/silikon yang mudah dibersihkan untuk melapik rambut yang jatuh,
kain untuk menutup badan bayi, gunting yang hujungnya bulat tapi bilahnya
tajam, spray rambut, sikat, mainan.
(5) Basahkan dahulu rambut bayi sebelum mula menggunting, kerana lebih
mudah menggunting rambut bayi yang nipis ketika basah.
Spray rambut bayi sambil berbual-bual dengan bayi anda. Lakukan dengan
berhati-hati supaya air tidak memasuki mata.
(6) Jika rambut bayi jenis lebat, sikat rambut yang telah dibasahkan
dengan kemas. Cara ini memudahkan anda memotong rambut bayi tanpa
mencederakannya. Semasa sikat rambut bayi, lebihkan sikat pada bahagian rambut
yang akan dipotong supaya tidak terkena mata.
(7) Untuk memotong bahagian hadapan rambut yang sudah panjang sehingga
menutupi mata bayi anda, anda perlu menaikkan sedikit rambut ke bahagian atas
dahi, kemudian baru mula menggunting.
(8) Potong sedikit sedikit pada satu masa
Gunakan klip untuk memegang rambut yang lain ke sisi semasa anda
memotong pada hanya satu bahagian kecil. Letakkan bahagian rambut yang hendak
dipotong di antara ibu jari dan jari telunjuk anda dan hanya dipotong kira-kira
satu perempat daripada satu inci pada satu masa. Selepas anda selesai, anda
boleh mengurangkan lebih banyak jika diperlukan.
(9) Jangan paksa bayi anda
Kalau tiba-tiba anak anda meronta atau mengamuk, berhenti memotong.
Tunggu sehingga bayi anda tertidur atau berikan sesuatu yang lain untuk
menarik perhatiannya.
Good luck!