5 October 2015

KITKAT GREEN TEA - REVIEW SAYA

KITKATGREENTEA

Ini dia rupa bungkusan KitKat Green Tea. Tadi pi Speedmart nak beli roti & beberapa barang lain.. nampak KitKat dalam bungkusan hijau ni.. eh menarik ni. Saya memang peminat KitKat.. nak rasalah.. Pasti sedap. Saya tanya kat Adik yang kerja situ. Dia kata, "Ok la.. tak rasa Green Tea pun, macam KitKat biasa je kak"
Ok. Saya percaya cakap dia, tapi mesti ada juga rasa Green Tea ni sikit kan. Meh la cuba satu.
Saya ambil saiz yang tak berapa besar tapi bukan yang kecil sekali.. ada satu lagi saiz kecil berharga RM1.90 tapi takut tak cukup pula.. haha. Mana tahu, kot kot sedap kan.

KITKATGREENTEA

Ini dia rupa KitKat Green Tea bahagian dalam. Coklat bersalut Green Tea. Sangat menarik rupanya tu.
Ok Jom rasa...
Semasa mula-mula masuk mulut, kena kat lidah, rasa manissss sangat. Lepastu rasa susu. Hmm. Not bad. Eh, mana rasa Green Tea nya?
Dah lama tu.. bila dah habis coklat ditelan, baru ada rasa pahit Green Tea tu lekat di mulut.. owh, ok. Betulla ada rasa Green Tea .. hehe.


Ahmad memang suka KitKat, mulanya dia excited bila nampak KitKat ni di atas meja. Tapi bila saya buka dan offer dia.. haa macam tu la rupanya... sambil berkata "Taknak ni.... nak coklat!!!"
Agaknya apa la benda ni kot Ahmad ingat ye. Rupa macam coklat KitKat favourite dia, tapi warna hijau pulak..eee..

4 comments:

  1. Hahaa...lucu lah Ahmad ,tengok hijau tak rupa coklat kan.Kakak belum rasa kitkat hijau ni...wlpun tak minat coklat tapi nk juga rasa green tea nya tu.

    ReplyDelete
  2. Hahaa...lucu lah Ahmad ,tengok hijau tak rupa coklat kan.Kakak belum rasa kitkat hijau ni...wlpun tak minat coklat tapi nk juga rasa green tea nya tu.

    ReplyDelete

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign