5 August 2013

BERHENTI MEROKOK!

Mengapa berjuta-juta rakyat di Malaysia suka merokok? 
-Mungkin sudah menjadi ketagihan terhadap nikotin, atau 
-Mungkin kerana merokok memberi keselesaan psikologi bagi sesetengah orang, atau
-Mungkin juga, kerana berhenti merokok adalah payah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

(1) Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya menyedut sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

(2) Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

(3) Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

(4) Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

(5) Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta. Petikan dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Dah baca petikan di atas? Eloklah pakat-pakat berhenti merokok. 

Perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam badan sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh tidak mampu menyimpan vitamin C. Untuk itu, perokok perlu mengambil vitamin C dengan banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah! Apabila nikotin yang berkarat dalam darah dan badan disingkirkan sedikit demi sedikit, kebergantungan terhadap nikotin berkurangan dan akhirnya akan TIADA LAGI perasaan hendak merokok itu! 

Btw, rokok boleh mengurangkan potensi sperma dan perokok juga ada potensi untuk mati pucuk. Hmm... nak ke jadi gitu? 

Jadi makanya....memang elok sangatlah berhenti merokok dengan Vitamin C Shaklee.

Kenapa Vitamin C Shaklee?
Sebab Vitamin C Shaklee berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida tinggi. 

Sebiji Vitamin C Shaklee sehari sudah menyamai kandungan Vitamin C dari 7 1/2 biji buah oren! Mampukah kita nak memakan 7 1/2 biji buah oren sehari? Tak perlu bersusah payah... makan saja sebiji Vitamin C Shaklee sehari.

Btw lagi, untuk membandingkan harga Vitamin C Shaklee sebotol sangat-sangatlah murah dan berbaloi, kalau dibandingkan dengan harga rokok... hendaknya pulak kena penyakit kronik seperti yang tersenarai di atas nun... lagilah banyak belanja perlu dikeluarkan untuk membayar perubatan.

Tepuk dada tanya selera!


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com





TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign