3 June 2014

KUKU CEKAM / CAGU


Dah seminggu ibu jari saya sakit. Seriau rasa kalau terkena sesuatu atau terpegang. Apa ya namanya.. cengkam atau cekam? Bila google, ramai yang tulis cekam. Mana-mana pun boleh kot. Perkataan lain adalah cagu. Rasanya mula kena sebab terlebih potong kuku sampai pendek. So bila dia tumbuh..dia cucuk isi tepi. Mungkin juga disebabkan isi kuku dimasuki pasir.

Harini baru tergerak hati nak cari petua hilangkan cekam ni... selain makan Nutriferon (pun baru nak makan harini)...dan teruskan amalan makan Vitamin C & E.

Banyak rupanya petua untuk hilangkan cekam.. saya nak cuba yang paling mudah dulu. Oh ya, dalam petua yang saya baca ni.. minyak vitamin E pun boleh dicuba.. dah ada tu boleh cuba la.


PETUA PERTAMA saya jumpa di Petua Sejagat (saya copy bulat2)
#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)
Daun Inai
1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.
2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.
3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.
4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.

#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.

Keembung Putih
i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.
ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.
iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.
iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.
v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.

#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.


Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.
Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.

Caranya begini;


a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.
c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.
d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.
Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.

PETUA KEDUA saya jumpa di Pen Merah.com (saya copy bulat2)

Guna Alkohol/ Etanol
1.  Beli alkohol kalau boleh jenis etanol.
2. Beli putik kapas
3. Selepas mandi atau setiap kali kaki tersebut basah, celupkan putik kapas ke dalam etanol dan titiskan ke tempat cengkam tersebut.
4. Dengan menggunakan putik kapas yang tadi, ratakan ke semua bahagian cengkam. Sila tekan dengan lembut menggunakan putik kapas tersebut agar etanol tersebut dapat memasuki segenap ruang dan bahagian pada cengkam. Kalau tidak mencukupi, titiskan lagi dengan etanol baru. Tekan-tekan lagi agar ia meresap ke segenap pelusuk kawasan tersebut.
5. Biarkan dalam seminit.
6. Ambil putik kapas bersih yang baru dan serap segala campuran etanol dengan nanah tersebut sehingga benar-benar kering. Buang putik kapas tersebut.
7. Ulang langkah langkah 3, 4, 5 dan 6 di atas selama 2 kali lagi agar segala nanah sudah keluar dari segenap bahagian cengkam. Kalau masih ada nanah yang belum habis keluar, ulang lagi langkah ini.
8. Setelah sembuh, elakkan memakai kasut dengan kaki yang basah. Elakkan kasut yang sempit. Jangan potong kuku berbentuk U tetapi potonglah berbentuk pahat tetapi bahagian hujung tepi di kiri dan kanan di  curve (bulatkan) kan sedikit.

Etanol adalah satu bahan pembunuh kuman dan dalam rawatan ini, ia membersihkan segala kuman di kawasan cagu tersebut. Selain membunuh kuman, penggunaan etanol ini juga sangat baik bagi mengeringkan kawasan jangkitan bagi mengelakkan kuman baru membiak di kawasan tersebut.


Guna Limau Nipis / Limau Kasturi

Kalau tak menjadi, korang boleh guna tips kedua pulak.;
Ambil sebiji limau nipis atau kasturi, dipotong sedikit bahagian atasnya.
Bakar limau tersebut sehingga warna bertukar kekuningan.
Biarkan limau berkenaan suam suam kuku.

Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang telah dipotong tadi.


PETUA KETIGA saya jumpa di Rileks (saya copy bulat2)

Bila kuku kena cekam, jangan dedahkan ibu jari yang kena cekam tu pada persekitaran yang kotor. Contohnya habuk dan pasir. Kalau tak, makin bertambah teruk sakitnya. Lepas tu, jangan kasi cekam kena air selalu.. Nanti kalau air masuk dalam celah-celah kuku yang kena cekam tu, ia akan jadi bernanah.

Cara Potong Kuku Cekam:

Bila dah terlanggar dan rasa sakit tu… mmg dah masa utk potong kuku cekam…so sila rendam kaki sampai kuku lembut atau pon potong lepas mandi la…pastu sepit kuku bila dah nak sampai ujung2 tu aku akan sepit kuku tu (x sampai putus) dan koyakkan ke dalam yg cengkam tu…

Rawatan Herba

Lepas kuku dah terpotong… korang tepek inai la.. atau daun bunga keembong + kunyit = tumbuk lumat dan tampal…. buat sampai baik
Daun keembung – daun ditumbuk lumat & tampalkan pada cagu.
Bunga keembung – juga boleh hilangkan bisa gigitan ( bunga diramas hingga berlendir & tampalkan pada gigitan)
Ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut letakkan di kuku yg cagu -insyaallah…. jika selalu diamalkan cagu akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi.
Anda boleh juga menggunakan campuran inai dan garam digiling/kisar sehingga halus. Tampalkan pada cagu tersebut. Cagu akan beransur pulih. Letak inai, bungkus, besok pagi buka.. then biar kan jek.. jgn kene air sgt .Amalkan pakai inai kat jari kaki yg selalu kene cekam kuku.

Diet

Eating a lot of oranges and citrus fruits rich with Vitamin C will help boost your immune system hence protect against bacteria and fungus.

Rawatan Minyak / Oils

Gamat cap puteri, alhamdulillah…lepas sapu2 n urut2 kat kuku tu, terus la sampai skang baik…bersyukur sgt2…try la…MINYAK GAMAT CAP PUTERI ya. Satu Lagi jangan lupa minyak Mestika. Bagus juga untuk ubati cagu. Letak je minyak kat kuku kena cagu tuh.

Dengan menyapu minyak but2 ini 2-3 kali sehari (lebey pun tak pa ) selama beberapa hari, Syukur alhamdulillah cekam beransur2 hilang dan kuku pun tidak sakit lagi.


Clove oil, lavender oil, red rosemary oils, lemon grass oil, Tea tree oil, oil of oregano and Epsom salts have antifungal and antibiotic properties, so they will help contain the toe nail fungus.


Vicks Vapor Rub- Before doing this, one has to trim the nails as short as possible. Then, one applies hydrogen peroxide to the toes before applying Vicks vapor rub. Apply a generous amount of Vick vapor on the affected toes before bedtime, and then cover it with a sock. leave this on overnight.


Oil of oregano can be applied directly on the infected nail. use it twice a day for an unlimited number of days until the infection clears. oil of oregano may not be good for pregnant women or those who have an iron deficiency problem.


Tea Tree Oil- applied directly to the infected nail. Put a few drops of it on the affected nail everyday. The oil will produce better results if you rub it in. It is in fact so strong that concentrated amounts of tea tree oil may cause skin irritation. You should therefore settle for a diluted preparation.


Vitamin E – The oil can be rubbed on and under the nail using a cotton swab. it should be used as often as twice a day or a few times a week.


Rawatan Ubat Sapu Jenis Krim / minyak

Pegi farmasi minta ubat cream nama dia Ecocot. Insya-Allah cepat baik. Letak banyak2 sikit cream ni kat tempat yg kena cagu tu.klinik ni..dia bagi fusidic cream..sapu..alhamdullillah…baik…

Zetaclear key ingredients include tea tree oil, lavender oil and clove oil, which are nature’s antibiotics which helps to clears away nail fungus.


Leucatin spray solution go beneath the surface of the nail and begin eliminating the infection. Leucatin eliminate nail fungus infection in seven days.pakai scholl talc powder tu kat kuku cekam.. tu boleh reduce sakit tu – botol warna kuning (cam warna trademark dr scholl)


Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.


Letak kapur sirih kat tempat cekam (daily)…alhamdulillah 2-3 bulan lps tuh cekam surut & skang langsung xde lagi…ok letak kapur sirih sbb x sakit & rase sejuk aje kat jari tuh.


Common Household materials such as Listerine (mouth wash), Hydrogen Peroxide and Vicks vapor rub are common home remedy for nail fungus because of its antiseptic properties. Some have even reported that their nail fungus have disappeared only a few days since they’ve tried these alternative cures. They mix these ingredients with water and then soak their toes in it for around 30 minutes a day.


Mouthwash – soak your nails in a bowl of mouthwash for a few minutes a day. Some may combine mouthwash with hydrogen peroxide.


Vinegar (apple cider or cane vinegar) – is acidic and antiseptic. You can apply directly on the affected nail. An alternative would be to soak your nail on a basin with equal portions of vinegar and lukewarm water. Or Soak your nails in a container of vinegar once or more times a day. nail fungus problem will disappear in a week.


26 comments:

  1. Pernah terkena juga.. Sakitnya ya Allah..Saya gunakan ubat farmasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat apa.. ecocot ke atau ada jenama lain?
      Ok tak lepas tu?

      Delete
  2. saya tidak pernah mengalami sakit kuku cengkam begitu lama sehingga saya terpaksa mencari jawapan di internet sbb dah dua minggu ibu jari kaki saya sakit... terima kasih atas pertolongan ini...

    ReplyDelete
  3. Terima ksih berkongsi petua sis....ta pnah kne kuku cengkam...skli kne...dr raye taon lpas...smpai skrg ta baik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Dah cuba salah satu petua tu? Saya doakan anda cepat sembuh.

      Delete
  4. Terima ksih berkongsi petua sis....ta pnah kne kuku cengkam...skli kne...dr raye taon lpas...smpai skrg ta baik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga bermanfaat entri saya ni. Dan semoga cepat sembuh ya!

      Delete
  5. Nak hilangkan kesan lepas cengkam pon boleh guna cara atas eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, En Radin Mursyida, boleh.
      Semoga tak kena cengkam lagi. :)

      Delete
  6. Kaki saya lagi saket sekarang kenak cengkam, tapi dah dipotong sama ayah saya tadi. Makasih infonya nanti akan saya cuba caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bila kena cekam walaupun sedikit memang perit rasa sakitnya.
      Semoga cepat sembuh ya!!! Nanti share petua mana Cik Roza Roza guna ye.
      Terimakasih kembali! ;)

      Delete
  7. Saya penah tkena cekam nie. Stp hari saya letak titisan lemon dekat jari kaki yg cekam tu. Alhamdulillah, tak sampai seminggu cekam mengecut dan jari kaki baik sampai skrg.

    ReplyDelete
  8. Sakit.. da dua² belah isi jari kaki kena..saya pakai kasut ari² sebab sekolah lagi.. macam mana nak buat semua petua tu.. takut x baik je nanti.. hmmm

    ReplyDelete
  9. Lau dh tahap bernanah no cmne??masih boleh cuba ke cara diatas

    ReplyDelete
  10. Saya pun terkena...Saya day buat mcm2 cara dh...x elok pun...jumpa doktor pon x elok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://cinderellacute-examo.blogspot.com/2016/12/ubat-untuk-merawat-kuku-cengkam-kuku.html

      Delete
  11. pergi klinik, yang ada buat surgery, utk cabut kuku, itu yang terbaik andai semua langkah diatas xberkesan.. sbb saya pon kena cekam, dekat 9 bulan saya bertahan n rawat, tapi tetap xberkesan, so, last choice, jumpa doktor utk cabut kuku, settle masalah, cuma menganggu aktiviti harian jugak laa, mc mau dekat 2 minggu jgak, setiap hari kna "dressing",, utk minggu pertama dressing, mmg sakit, msuk minggu kedua dh kurang skit, n alhamdulillah, sembuh sepenuhnya.. cuma kuku yang dicabut amik masa 6 minggu jgak utk tumbuh baru.. haha.. pengalaman yg berharga agar potong kuku lepas nie lebih berhati2.. ;)

    ReplyDelete
  12. Tampal inai pun mujarab jugak. Baru sembuh ni. Gara-gara pakai jugak kasut bertutup yg dah lebih dua tahun. Padahal dh tau kaki tu mengembang 😝😝 jangan pakai kasut sempit je sebenarnye...

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. kuku dibiarkn pnjg dan menyebabkn ujung kuku menolak isi kuku bhgian tepi.selain tu dsbkn mggunakan pmtong kukuu yg tmpul. ptong kuku secara salah or tajam bhgian tepi.skrg pun sy tgh mengalami caguu dsbkn kecuaian sy memotong kuku

      Delete
    2. kuku dibiarkn pnjg dan menyebabkn ujung kuku menolak isi kuku bhgian tepi.selain tu dsbkn mggunakan pmtong kukuu yg tmpul. ptong kuku secara salah or tajam bhgian tepi.skrg pun sy tgh mengalami caguu dsbkn kecuaian sy memotong kuku

      Delete
  14. Assalamualaikum , saya nu dah banyak kali cagu . Setiap tahun la , tahun lepas saya gi klinik untuk cabut kuku , alhamdullah elok. But , lepas beberapa bulan , jadi balik . Kuku tak tumbuh dgn sempurna lagi dah jadi balik . Sakit nya jangan cakap la . Orang tgk mcm tak sakit . Tapi , empunya diri rasa . Huii . Saya kalau boleh x nak dah cabut . Sakitnya .... Aduii . Tak tau nak buat apa dah .

    ReplyDelete
  15. Saya pun baru aja kene kuku cekam ni . Haritu trhmpas mug atas ibu jari ya tuhan mmg perit sampai berdarah2 .

    ReplyDelete
  16. Hm...so saya kna rendam kaki tu dlm air...then kuku tu blh jdi lmbut utk snang potong?

    ReplyDelete

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign