22 May 2014

SIKAP BERTANGGUH MEMBAWA PADAH

"Nantilah, esok esok,  takpe.." banyak alasan naa bertangguh nak makan supplement :

Belum tua

Tak sakit pun
Badan masih kuat bertenaga
Takde masalah
Dah kurus
Dah cun
Buat medical check up - perfect result

Nak tunggu sakit masuk hospital, tunggu tua kerepot baru nak makan supplement. Takpela.. orang kata better late than never. Yang dah terlajak lambat tapi dah start tu boleh la guna ungkapan tu. Ni dah tau tapi masih nak bertangguh. Silap silap it's too late. Never had the chance... pergi sebelum waktunya, sebab tak perasan ada penyakit dalam badan and masih bertangguh. Kesian.


Sekian. Ingatan pada diri sendiri - jangan culas bersupplement

21 May 2014

BELANJA UNTUK MENCEGAH ATAU BERHABISAN UNTUK MENGUBATI?

Adakah anda lebih rela membelanjakan wang anda untuk berubat setelah sakit? Berulang alik keluar masuk hospital..? Atau...membelanjakan wang anda untuk mencegah daripada sakit? Yang mana satu yang anda rasa anda lebih prefer?

Anda selalu tak berasa letih, alahan yang berterusan atau sentiasa sakit kepala? Apa yang anda lakukan untuk menghapuskan itu semua? Berubat? Iaitu melawat hospital berjumpa doktor, mungkin mendapatkan preskripsi, membeli ubat-ubatan, mengalami kesan sampingan daripada ubat-ubatan, menghabiskan peruntukan insurans, menghabiskan masa dan tenaga di hospital dan banyak lagi masalah yang timbul selepas itu.

Bagaimana jika anda cuba berbelanja pada PENCEGAHAN .. daripada anda membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk PERUBATAN setelah anda jatuh sakit? Apakah kesannya terhadap kesihatan anda? Apakah pula kesannya terhadap kewangan anda?

Jika anda sentiasa sakit atau asyik rasa tak sedap badan, mungkin dah sampai masa untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas tubuh badan anda. 

Kurang tidur? Tabiat makan yang kurang sihat? Alahan? Usus anda tidak sihat? Sekarang anda cuba fikir tentang berapa banyak lagi wang yang anda perlu habiskan setiap bulan untuk menjadi sihat semula, hanya untuk jatuh sakit LAGI beberapa minggu kemudian ! Argh! Tidak!

Percayalah, kami pun pernah hadapinya. Suatu masa dulu anak saya setiap bulan pasti kena melawat klinik berjumpa doktor.

Sekarang kami telah mengamalkan supplement yang semulajadi, tiada lagi alahan, usus pun sihat je, saya pun mempunyai lebih tenaga, suami saya pun kurang stress, tekanan darahnya lebih baik, dan yang penting kami tak perlu membelanjakan wang untuk berubat... dah jarang melawat klinik berjumpa doktor. Dan adakah anda rasa anda dapat ganjaran apabila berjumpa Doktor? Tentulah tiada.

Kini, wang yang kami habiskan untuk berjumpa Doktor kami guna untuk PENCEGAHAN pula... dan kami telah meraih ganjaran iaitu perubahan kepada cara hidup yang lebih baik dan sihat.

Saya rasa gembira kerana dapat berkongsi dengan anda tentang supplement yang selamat, semulajadi & berkesan kepada keluarga kami! Kami menggunakan produk Shaklee!!!

Kami menggunakan produk yang dicipta berasaskan sains. Produk Shaklee melalui ujian kualiti yang ketat sebelum dijual. Boleh rujuk Clinical Research and the Landmark Study untuk maklumat lanjut!

Shaklee adalah dibina di atas integriti dan menjaga kesejahteraan manusia. 

Saya rasa sangat gembira dan teruja untuk berkongsi manfaat yang saya & keluarga dapat dari  produk ini dengan anda.

Anda boleh hubungi saya melalui handphone, facebook atau email untuk tahu lebih lanjut (Hubungi Saya). Kita boleh berkenalan dan sembang-sembang.




14 May 2014

WARDROBE BARU - IKEA BRIMNES 3 PINTU

Hari Selasa pagi-pagi kami pi Ikea nak cari wardrobe baru sebab baju dah makin banyak.. tak de tempat nak simpan. Hubby nak cari yang smaller than yang ada sekarang.. wardrobe lama tak buang.. cuma ubah ke luar bilik je.

Wah.. sangat ramai orang kat Ikea. Hubby kata salah hari la datang.. semalam Selasa 13 May cuti wesak day. Sistem down plak dah. Takleh nak add point.. lenkali mai plak. Tapi staf kat situ ok la.. sistem down pun berusaha lancarkan proses kat situ.. specifically bahagian delivery. Delivery charges area lembah klang RM75 je. Upah pasang RM55.75. Hubby kata takpa.. upah RM55.75 bagi kat dia.. hehe.. dia boleh pasang sendiri. Orait RM75 saja untuk IKEA. Delivery the next day betwee  5pm to 7 pm. Ok.. bolehla. Tengah malam tadi pukul 12 delivery man Ikea tu call bagitau nak hantar pukul 3 petang.. ok la.. better.

So.. harini sampai dah wardrobe tu..pukul 2.45 petang. Tak sabar nak tunggu hubby balik untuk pasang.

Pada waktu saya menulis blog ni.. hubby tengah dok memasang la.. hebatla dia. Bukan senang oo .. nak pasang mungkin senang tapi nak identify papan mana nak letak bahahian mana sebab dia takde tanda number 1, 2, 3 atau a,b,c.. cuma gambarajah. Saya memang surrender la bab ni. Nampak sama je. Ni nak kena makan Omega Guard lebih ni supaya otak tajam cerdas cergas macam hubby.

Kalau tukang pasang Ikea tak heran la.. sebab tentu mereka dah biasa atau diberi kursus yang khusus.

Sekarang dah 40% siap. Peluh2 hubby I.. sebbek ada aircond. Pasang suhu paling sejuk. Saya jamu air oren tropicana twister pun dia takmau.. nak siapkan dulu baru nak minum.

Nanti dah siap saya share gambar ok. Wardrobe kecik je.. muat muat bilik tidur kami yang tak besar mana.

Tadaaa... tahniah Abang for the job well done!!!
Next : mengemas pakaian ke dalam almari ni pulak. Transfer out.. transfer in.. phew. Yang ni Abang kata tak larat nak tolong... It's ok. ♥u!
Ini gambar cupboard display di Ikea

Tengah belek gambarajah untuk pasang bahagian seterusnya

Ni baru pasang 2 - 3 keping

Gigih memasang


Almost done - bahagian belakang almari

Tinggal nak pasang pintu je

Almari dah siap dipasang...Tahniah Darling

LUNCH @ PIZZAHUT PINGGIRAN SUBANG

Harini lepas hantar kakak ke korikulum, terus pi Shaklee. Sampai Shaklee dalam pukul 12 t.hari. Orang tak berapa ramai so settle tak sampai 1/2 jam kot. Pastu ajak Alog pi round Empire Shopping Gallery. Tak sempat habis 1 round pun.. org nak pasang decoder Astro plak call.. lagi 1/2 jam katanya nak sampai rumah... ok Along jom balik. Kesian Along.. baru nak belek2 kasut yg berkenan di hati. Lain kali kita mai balik ye long.

Ok.. settled dgn Astro.

Pukul 3 Ikea nak deliver new wardrobe. Eh sampai awal plak. Baguus.
Oh ya.. nak kena ambik barang kat Poslaju plak. Ingat tadi nak ambik lepas balik dari Shaklee.. tapi sebab org Astro sampai awal..postpone la.

Dah solat zohor.. kami pi Piza hut kat bandar pinggiran subang. Mama order seadood lasagna.. Along order fettucini pepperoni carbonara. Untuk adik smoked chicken wings.

Aisey.. lasagna basi.. bau masam ... so minta waiter tu ambik balik. Kalau boleh replace lagi baik tapi takde le harap sangat. I redho je kalau dia tak replace pun tapi i will still pay.
Alhamdulillah dia bagi yg baru.. tapi kena tapau la sebab kami dah settled makan.

Petangnya.. makanla lasagna tu. Rasa dia OK...tak macam masa kat Pizzahut tadi.  Conclusion yg kami berdua buat.. lasagna pagi tadi or malam tadi depa recycle kot.. yg dah issued out tapi customer tak makan. Wallahualam.

Fettucini plak rasa msg sangat2 la banyak. Jadi mengugai kami berdua. Selalunya makanan kat pizza hut sangat sedap. Tapi makan kali ni sangat2 dissapointed.

i feel sorry for them. Tujuan saya tulis ni harap2 adalah management pizza hut yang terbaca & buat perubahan ke arah lebih baik.



12 May 2014

CAROTOMAX®


CarotoMax®
Harga : RM74
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 30 biji

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik
CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.




ANTI-OXIDANTS

CAROTOMAX
RM74

LECITHIN


Lecithin
Harga : RM52.50
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 180 biji

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

ZINC COMPLEX

Zinc Complex
Harga : RM33.75
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 120 biji

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Zinc Complex sekarang adalah bebas Gluten.

B COMPLEX

B-Complex
Harga : RM53.75
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 120 biji


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi?
Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


CHEWABLE VITA-C PLUS 100MG

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg
Harga : RM37.50
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 90 biji 


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. 

Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.

Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS 500MG

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg
Harga : RM92.50
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 180 biji

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.
Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.




VITA-LEA® IRON FORMULA




Vita-Lea® Iron Formula
Harga : RM88.75
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 120 biji



Multi vitamin & Multi mineral 
Multi vitamin yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. 

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

ALFALFA COMPLEX

Alfalfa Complex (S)
Harga : RM53.75
Kandungan : 330 biji

Alfalfa Complex (L)
Harga : RM97.50
Kandungan : 700 biji 

*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950an.
•   Sumber semulajadi alfalfa.
•   Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

11 May 2014

ESSENTIAL NUTRITION

ENERGIZING SOY PROTEIN
RM150.00
VITA-LEA IRON FORMULA
RM88.75
ALFALFA COMPLEX 
RM97.50(LARGE)
RM53.75 (SMALL)


CHEWABLE VITA-C PLUS 100MG
RM37.50
B-COMPLEX
RM53.75

ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE

ESP - Soy Protein Isolate Powder
Harga : RM150
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini ---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 850gm per canister 

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

ESP Shaklee:
Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign