20 December 2015

HELLO, DO YOU MISS ME?

Dah lama tak berceloteh tentang tips kecantikan / supplement kan.

Ish ish.. asyik copy resepi saja.

Sabar ye.. nanti sehari dua lagi saya kongsikan tips dan testimonial.



RESEPI - KEK BALDU MERAH

RESEPI

RESEPI


Tuanpunya resepi, Zahra Kitchen, halalkan untuk semua yang nak share resepi ni. Boleh juga digunakan untuk berniaga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Saya pun akan cuba secepat mungkin. ;)

Beliau guna loyang 10x10.
Beliau potong dapat 7 mini box & jual pada harga RM10.

KEK BALDU MERAH

A
240g susu full cream
2 sudu teh cuka makan
3 sudu teh pewarna merah (kalau tak cukup merah boleh tambah)

B
250g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko-ayak

C
2 sudu teh cuka makan
1 sudu teh soda bikarbonat

D
150g butter
280g gula castor
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur gred A

Cara2.
1. Mix bahan A ketepikan
2. Mix bahan B ketepikan
3. Mix bahan C ketepikan
4. Pukul D sampai kembang. Masukkan A, B selang seli sampai sebati. Masukkan C.
Bakar 175C 40min.

Kalau nak buat kek untuk sebiji...deco guna

Cream cheese frosting
*300ml non dairy whipping cream (Non Dairy ni manis sesuai untuk deco kek sebab bila dipukul ia kekal kental. Biasanya orang panggil fresh cream. Kalau dairy ni tak manis. Lemak macam susu. Tapi tak kental sangat bila dipukul sebab tu tak sesuai untuk deco kek.)
*250g cream cheese
*50g butter
*1/2 cawan gula aising

Tapi topping untuk mini pack seperti dalam gambar tu beliau guna resepi cheese leleh. Sebab nak ia meleleh.

*250g cream cheese
*250g dairy whipping cream
*1/2 tin susu pekat (ikut tahap kemanisan sendiri)
*100g susu full cream




TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign