28 August 2015

3 KAEDAH POS MOTORSIKAL KE NEGERI LAIN

Angah dapat belajar di Pahang.. motor dia nak hantaq macamana noo.. dari Selangor ni. Oh ya! Angah kata, girlfriend dia pernah hantaq motor guna poslaju. Oh, boleh ek?

Jom google!!!

POSLAJU
Ni dapat satu petunjuk dari SiGadisMerahJambu. Tapi dia pos time tu tahun 2011. Harga RM187++ Maybe kos dia dah bertambah.. tambahan pulak ada GST ni.. takpa, nanti call Poslaju tanya.

SiGadisMerahJambu bagitau First & foremost kena check samada Poslaju kawasan anda provide servis ni.

Kalau ada, ok, bawa motor anda ke sana.
Waktu nak pos motor tu, sila pastikan anda bawa :

  • Spanar boleh laras (untuk buka side mirror) 
  • Screwdriver (untuk buka nombor plat belakang) 
  • Plastic wrapping ( plastik lembik yang balut buah tu. Untuk balut moto, elak calar) 
  • Minyak dalam motor kena pastikan pada paras merah. Atau ¼ tank. (untuk elak kebocoran & kebakaran) 


Setelah pastikan penuhi semua perkara di atas, pergi ke kaunter poslaju minta borang nak pos motor. Akan dapat dua borang. Satu borang pos laju yang macam biasa pos barang tu (Borang 1 - seperti gambar di bawah), dan satu lagi borang checklist motor, untuk pastikan keadaan motor sebelum dihantar samaada ada kerosakan atau tidak (Borang 2 - seperti gambar di bawah).


Setelah diisi kedua-dua borang tersebut, beratur balik kat kaunter. Buat bayaran RM187.50 (masa SiGadisMerahJambu tulis blog dia) untuk penghantaran ke mana-mana lokasi di Semenanjung.

Katanya, Pos Laju ada buat promosi untuk student, kena rajin-rajin tanya la.. bila promosi tu diadakan. Bukan sepanjang tahun katanya.

Setelah bayar, bawa motor anda ke garaj Poslaju. Di situ anda kena proses sendiri motor anda. Buka side mirror, buka nombor plat, balut motor.

Anda boleh pilih samaada nak tinggal kunci kepada pihak Poslaju ataupun tidak. Kalau taknak tinggalkan pun takpa, yang penting, jangan kunci handle motor tu... supaya mudah mereka hendak menolak motor tu masuk ke dalam kontena.

Selepas selesai semua termasuk balut motor tu, tinggalkan saja motor anda di situ. Poslaju akan uruskan nanti.

Bila dah sampai destinasi, poslaju akan menelefon anda untuk anda pergi tuntut motor tersebut. Mereka tak akan hantar sampai depan pintu rumah seperti perkhidmatan poslaju biasa!

KTMB - KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
Satu lagi cara dia, guna KTMB. Lebih murah.. dan mereka yang sediakan plastik pembalut tu (tapi kena bayar la.. but still lebih murah dari poslaju).
Info ni saya dapat dari blog Hikayat Budak Pening.
Tapi tempat penghantaran tu pastinya nak kena ada stesen keretapi. Kat Pahang tak ada stesen keretapi masalahnya.

NATIONWIDE
Haa.. beliau pun ada cerita guna Nationwide hantar motor.. the best choice kot ni.

Harga ikut cc motor. Kalau motor cc kecik, elok la hantar guna Nationwide.


Ni pulak contact number ikut negeri. Terimakasih Hikayat Budak Pening, akak pinjam gambaq noo.



Alhamdulillah, at least ada idea dah ni.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign