19 July 2014

PERTEMUAN TAK KESAMPAIAN

Pagi - di rumah.
Selepas waktu solat jumaat mula bergerak ke bandar, first ke Shaklee, then deliver VIVIX & AJHT di Shah Alam.

Next was to Kelana Jaya LRT station to meet an old friend. Tang sini tersangkut sat. Janji jumpa pukul 4pm. Saya sampai awal 3.45pm. Takpa biar sampai awal. Tunggu punya tunggu, sms to whatsapp to calls... no answer. Risau juga... if dia tak jadi datang ke... or... apa jadi padanya? RISAU. Nak taknak, 4.30pm kena push off balik to fetch my little girl at school. Tunggu lagi 5 minit sebenarnya. Dengan perasaan kesal dan RISAU I drove home & melalui kesesakan lalulintas yang luarbiasa dari hari-hari lain tapi biasa pada hari Jumaat. Alhamdulillah sampai tepat pada masa kakak keluar sekolah (45 minit juga on the road).

After an hour sampai rumah baru dapat call dari that old friend (lepas dia dah sampai semula ke keretanya) Kesiannya dia. Rupanya dia dah sampai kat LRT station, 5 minutes earlier dari masa saya beredar.. mungkin berselisih jalan. Dia tunggu saya sehingga pukul 5 petang baru dia beredar pulang. Rupanya handphone dia tertinggal dalam kereta. Lepas dah naik LRT baru dia perasan. Takkan nak patah balik untuk ambil handphone tu.

Mesti dia penat mencari & menunggu saya sehingga jam 5 petang. Puasa pulak tu.. dengan panas teriknya hari ini. Masyaa Allah... berkali-kali saya memohon maaf.. begitu juga dia.

Kebetulan dia bawa Ipad tapi Ipad pulak habis bateri. Ada-ada saja kan?

Pasti ada hikmahnya di situ. Cuba fikirkan. Wallahua'lam.

Takpa, ada masa & rezeki, lain kali ek jumpa.

Yang peliknya, masa dulu-dulu, masa takde handphone ada saja cara nak berhubung & boleh pula berjanji awal-awal di mana exactly tempat nak berjumpa. Taking for granted ada handphone, tak kisah, last minute boleh tanya di mana dia tunggu... tapi bila handphone tertinggal atau habis bateri... inilah jadinya.

Pengajaran untuk kami berdua... dan ingatan kepada anda semua!

Buat perancangan bersungguh-sungguh untuk sesuatu tindakan yang anda ingin lakukan. Pastikan semua maklumat diberi & diterima adalah tepat & signifikan.

Selain itu, amalkan supplement ni :
Untuk kuatkan minda amalkan Omega Guard & Lecithin
Untuk kekalkan hidrasi amalkan Performance Drink
Untuk kekalkan tenaga amalkan VIVIX.

17 July 2014

BE POLITE

Haha..ramai benor nak cerita pengalaman kena langgar selepas kisah si gadis garang tu, .Saya pun pernah kena langgar. Dengan budak sekolah yang bawa motor macam tak cukup jalan nak pecut. Habis rosak bahagian hadapan tempat aircond tu, apa ke nama (ni masalahnya bila suami je yang handle bab kereta) Sebbek saya drive masa tu slow jer sebab dekat kawasan rumah nak ke sekolah. Kalau tidak arwah kot budak tu. Saya masa tu jalan terus ... budak tu nak belok ke sekolah.. imagine, bila belok dengan memecut apa jadi? Kereta saya yang dilanggarnya, dia bajet lepas kot.. dah tak bagi signal. Budak tu tingkatan 4.

To cut the story short.. mula tu Mak budak tu nak tunjuk arrogant gak sebab kerja kat pejabat lawyer (bukan lawyer pun), pastu, sebbek ada sarjan kat situ yang kebetulan lalu & nampak kejadian & tunggu saya kat situ... cerita keadaan yang sebenar kepada mak budak tu. Penduduk situ pun ramai yang keluar rumah yang nampak kejadian. Mulanya mak dia macam berat je nak terima hakikat... cuak pun ye kot, mana tau saya pi report kat pejabat polis... dia & suami dia yang kena nanti... dah le ada sarjan jadi saksi pulak. Sarjan tu suruh saya report je.

Masa tu pulak suami saya berada di KL, saya di Kuantan. Masa kemalangan tu saya otw nak ke sekolah anak (masa tu anak sulung & kedua saya berumur 9 & 8 tahun kalau tak silap.. sekarang dah 19 & 18 tahun) mereka ada trip sekolah nak ke mana tah. 

Masa tu syukur sangat kerana ramai yang baik hati membantu saya. Anak2 saya dibantu oleh jiran yang lalu di situ untuk dihantar ke sekolah. Trauma gak budak2 tu.

Dan syukur sangat kerana ada seorang sepupu yang bekerja di Kuantan juga masa tu. Jadi, dia la yang membantu saya settle dengan ibubapa budak tu.

So, after a while, bapa budak tu pulak datang. Tapi bapa dia cakap elok-elok la.
Siap sewa kancil berikan saya pakai sementara kereta masuk bengkel. Banyak gak la belanja bapa dia kena keluarkan semata-mata kerana kecuaian anak dia.

Saja nak cerita kat sini yang sebagai mangsa keadaan, you don't have to yell at people yang buat you. Tapi masa mula tu, mak budak tu bercakap dengan nada yang tinggi dengan saya kerana ingat saya yang pi langgar budak tu. Rasanya saya drive masa tu 20-30km sejam sebab saya memang slow down bila nampak budak tu.. boleh agak la dia nak belok sebab tahu ada sekolah kat situ.. tapi tak sangka dia nak belok terus sebab saya dah hampir kepadanya.


15 July 2014

INSOMNIA (GANGGUAN TIDUR)

INSOMNIA atau Gangguan Tidur adalah keadaan yang memberi kesan terhadap berapa lama dan bagaimana anda tidur. Pelbagai punca mungkin dari tabiat buruk yang membuat anda terjaga hingga ke masalah perubatan yang mengganggu kitaran tidur anda. Tidur yang tidak mencukupi adalah masalah yang serius yang menimbulkan ancaman kepada kesihatan dan keselamatan anda.



Bahaya KurangTidur? 
Kurang tidur boleh memberi kesan kepada hampir setiap aspek kehidupan harian. Kajian telah menunjukkan kaitan kurang tidur dengan kemalangan kereta, masalah hubungan, prestasi kerja yang teruk, kecederaan yang berkaitan dengan kerja, masalah ingatan, dan gangguan mood. Kajian terbaru juga menunjukkan gangguan tidur boleh menyumbang kepada penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.



Tanda-tanda Gangguan Tidur 
Simptom adalah berbeza bergantung kepada jenis penyakit tidur tetapi yang berikut mungkin antara simptomnya:
-Rasa mengantuk yang berlebihan di siang hari
-Masalah hendak tidur atau kekal untuk tidur
-Berdengkur semasa tidur
-Rasa tidak selesa pada kaki di waktu malam



Kitaran tidur 
Terdapat dua bentuk tidur: REM sleep dan Non-REM sleep. REM (rapid eye movement) bermaksud pergerakan mata yang cepat dan dikaitkan dengan bermimpi. Ia menyumbang 25% daripada tidur biasa, datang dalam tempoh yang lebih lama ke arah pagi. Selebihnya masa tidur kita dihabiskan dalam Non-REM, yang terdiri daripada empat peringkat dari tidur yang tidur ayam (peringkat 1) hingga ke tidur nyenyak (peringkat 4). Gangguan tidur mengganggu kitaran biasa tidur, mencegah rehat secukupnya.



Berapa lama tidur adalah mencukupi? 
Keperluan tidur berbeza dari seorang ke seorang, tetapi garis panduan umum ialah:
16 jam untuk bayi
9 jam untuk remaja
7-8 jam untuk orang dewasa
Perlu diingat bahawa beberapa orang dewasa selesa dengan tidur selama  5 jam dan ada yang perlu sehingga 10 jam satu malam.



Insomia
Kebanyakan orang mempunyai masalah tidur sekali dalam seketika, tetapi apabila masalah ini masih wujud malam berganti malam, anda mungkin mempunyai insomnia. Orang yang  insomnia mungkin berjaga selama berjam-jam sebelum tidur. Mereka mungkin bangun terlalu awal dan tidak dapat tidur semula. Atau mereka boleh bangun berulang kali sepanjang malam. Insomnia adalah perkara yang paling biasa di Amerika Syarikat.



Insomnia dan Tabiat Sebelum Tidur
Dalam banyak kes, insomnia adalah berkaitan dengan tabiat sebelum tidur yang kurang elok. Ini merujuk kepada tabiat buruk yang mengganggu tidur. Contohnya minum kopi di waktu petang atau malam, merokok atau makan makanan berat sebelum tidur, tidur pada waktu yang berbeza setiap malam, atau tidur dengan televisyen atau lampu bernyala.


Insomnia dan Kesihatan Mental
Masalah kesihatan mental boleh menyebabkan insomnia. Ini termasuk kemurungan, kebimbangan dan gangguan tekanan selepas trauma. Malangnya, beberapa ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah tidur. Jika anda mengesyaki ubat anda mengganggu tidur anda, berbincang dengan doktor anda mengenai cara menyesuaikan rawatan anda.


Insomnia dan Masalah Perubatan
Insomnia sering berkaitan dengan masalah perubatan, termasuk:
Artritis
Heartburn
Sakit kronik
Asma
COPD
Kegagalan jantung (kerana masalah pernafasan)
Masalah tiroid
Gangguan neurologi seperti strok, Alzheimer atau Parkinson



Punca lain Insomia
Insomnia boleh berlaku semasa kehamilan, terutamanya di trimester pertama dan ketiga. Masalah ini boleh kembali semasa menopaus, apabila hot flashes boleh mengganggu tidur yang nyenyak. Kedua-dua lelaki dan wanita cenderung mempunyai lebih banyak masalah tidur ketika berumur 65 tahun. Pekerja syif dan orang yang kerap naik kapalterbang boleh menyebabkan circadian rhythm disorder. Dalam kes ini, satu bentuk "internal body clock" yang mengawal tidur, pengeluaran hormon dan fungsi badan yang lain terganggu.



Diari Tidur
Mencarta tabiat anda selama 1-2 minggu boleh memberikan maklumat berharga. termasuk:
-Waktu anda hendak tidur, sedang tidur dan terjada dari tidur
-Berapa lama dan betapa elok anda tidur
-Masa terjaga pada waktu malam
-Adakah anda mengambil kafein atau alkohol dan bila
-Apa / bila anda makan dan minum
-Emosi atau tekanan
-Ubatan
-Apa yang mengganggu tidur



Peraturan Sebelum Tidur

Televisyen
Menonton televisyen lewat malam boleh menjadi sebahagian daripada rutin anda, tetapi ia mungkin tidak membantu anda tidur. Televisyen melibatkan minda dan boleh meningkatkan kewaspadaan, dan membuatkan anda terjaga tak boleh tidur. Bermain permainan video sebelum tidur atau melayari internet mungkin mempunyai kesan yang sama. The National Sleep Foundation mengesyorkan meletakkan televisyen dan komputer di luar bilik tidur.


Makanan yang boleh membantu
Snek ringan di waktu malam berkarbohidrat kompleks dan protein boleh membawa kepada tidur yang lebih baik. Bijirin dengan susu atau biskut kraker dan keju boleh membantu, tetapi mereka harus dimakan sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Susu suam dan teh chamomile meningkatkan suhu badan dan membuat ramai orang merasa mengantuk.


Masalah Makanan
Makanan dan minuman tertentu harus dielakkan dalam 4-6 jam sebelum tidur:
-Kafein, termasuk kopi, teh dan soda
-Makanan berat atau pedas
-Alkohol (Walaupun alkohol membantu sesetengah orang tidur, ia membawa kepada terjaga waktu malam.)


Ritual tidur
Anda boleh memberi isyarat kepada minda dan badan anda bahawa ia adalah masa untuk tidur dengan mewujudkan satu ritual tidur. Ini mungkin termasuk mandi air suam, membaca satu bab dari buku, atau mengamalkan teknik merelakskan, seperti menarik nafas dalam. Ia juga penting untuk mematuhi masa  tidur dan bangun dengan tegas, walaupun pada hujung minggu.

Supplement
Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu anda untuk tidur dan lena sepanjang malam. James F. Balch adalah seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:
"Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement). Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu :
"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"

Selain itu, sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota. 

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

Anda boleh cuba makan supplement Shaklee iaitu OSTEMATRIX Shaklee yang boleh membantu anda tidur kerana ia mempunyai :-

♥ 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
♥ 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
♥ 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium



Untuk ORDER dan mendapatkan KONSULTANSI EKSKLUSIF yang PERCUMA dari saya, sila KLIK SINI
atau 
KLIK SINI untuk mengetahui cara ORDER ONLINE ESELL
dan
untuk terus ORDER sendiri secara ONLINE sila klik gambar ESELL di bawah ini.


Salam Sayang
Ruzana

14 July 2014

ADIK SUKA CHEWABLE VIT-C

Adik menikmati Chewable Vit C... orang kunyah.. dia jilat & hisap.
Tak kisah lah adik... janji dapat khasiat Vit C tu.

Play Video

PARUT CHICKEN POX HILANG DENGAN SHAKLEE

Anda pernah kena campak atau parut begini? Ini pengalaman Master Herny sendiri & beliau amalkan supplement Shaklee untuk kulit termasuk Vivix & Collagen favourite ramai.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Credit to Master Herny Hafiz
agak2 kalau uolss risau tak kalau mika berparut2 berbintat2 macam ni??
saya pon serammm!
nasib baik lepas 1-2 minggu setel dah parut2 gini.....
sapa jumpa saya msa ni & 2 minggu selepas pon terujaaa!
apa produk #shaklee yg saya guna?

> pencuci muka nutriwhite
> colagen
> vivix
> vita C
> ESP
> vita E as masker

Gambar selepas akan menyusul.

Photo: agak2 kalau uolss risau tak kalau mika berparut2 berbintat2 macam ni??

saya pon serammm!

nasib baik lepas 1-2 minggu setel dah parut2 gini.....

sapa jumpa saya msa ni & 2 minggu selepas pon terujaaa!

apa produk #shaklee yg saya guna?

> pencuci muka nutriwhite
> colagen
> vivix
> vita C
> ESP
> vita E as masker

feel free to share 󾌵

SEMAKIN RAMAI LELAKI DI MALAYSIA BIZNEZ SHAKLEE

Semakin ramai kaum lelaki di Malaysia yang join biznez Shaklee. Mereka pun dah sedar taknak susah-susah kerja kat opis..ikut time punch card. Di Shaklee, you can work anytime you like...



PERFORMANCE DRINK TERLARIS DALAM BULAN PUASA

2 performance drink sold today.
1 performance drink sold yesterday.
Minggu lepas 4 performance drink sold.

Bulan puasa bulan mulia
Minum Performance Drink Shaklee jenamanya
Hilang dahaga kekalkan hidrasi
Bersahur boleh, berbuka pun bisa!

VIVIX - TESTIMONI BERHENTI MEROKOK

Testimoni berhenti merokok dengan Vivix.
Mudah-mudahan!

Photo: Testimoni berhenti merokok dengan Vivix.
Mudah-mudahan!

♥
Ruzana Ibs, 0192896117
Shaklee Independent Distributor
Sihat Jelita Bersama Ruza

VIVIX - SLOW AGING AT CELLUALR LEVEL

Slow aging at Cellular level. Tu yang bagi awet muda. Saya dah try Vivix.. dah 7 botol... malam esok atau lusa sudu terakhir botol ke7. So next week buka botol ke 8.

Rugi tak try!


Photo: Vivix® contains Shaklee’s own botanical blend of Polygonum Cuspidatum, Muscadine grape, European Elderberry and Purple Carrot. Have you tried Vivix?

SHAKLEE STAR - SAYA TERSENARAI

Dalam Shaklee Today yang saya diterima semalam... seronok baca kisah kejayaan Masters & Koordinators Shaklee yang dikongsikan di sini. Sampai muka yang hampir akhir.. eh ada juga nama saya tersenarai bersama Shaklee Stars lain ... Takpa.. kali ni nama saya di muka ke belakang.. next issue nama saya akan berganjak ke depan ... In syaa Allah. AMIN.



Photo: Dalam Shaklee Today (majalah Shaklee) diterima semalam. Seronok baca kisah kejayaan Masters & Koordinators Shaklee yang dikongsikan di sini. Sampai muka yang hampir akhir.. eh ada juga nama saya tersenarai bersama Shaklee Stars lain ... Takpa.. kali ni nama saya di muka ke belakang.. next issue nama saya akan berganjak ke depan ... In syaa Allah. AMIN.

♥
Ruzana Ibs, 0192896117
Shaklee Independent Distributor

TIPS MEMILIH TEMBIKAI BERJUS & MANIS

Photo: TIPS MEMILIH TEMBIKAI

RESEPI - ALMOND ROCHER

Almond Rocher
Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 12 Julai 2013

Photo: Almond Rocher

Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 12 Julai 2013

Waktu memasak: 30 minit

Saiz hidangan: 40 biji

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
100gm mentega
40gm gula kastor
1 sudu makan susu
pekat manis
1/2 sudu makan pes mocca

Bahan B:
30gm cornflakes |dikisar halus
10gm badam kisar
10gm croquant
40gm tepung jagung
1/2 sudu makan tepung beras
120gm tepung gandum

Bahan Hiasan:
3 biji telur putih
Sedikit badam cincang
Coklat masakan putih
Coklat putih

CARA MEMASAK:

1. Sebatikan semua bahan A hingga rata.
2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur.
4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.
6. Apabila sejuk, celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih di atasnya.

Sumber: https://rasa.karangkraf.com
Waktu memasak: 30 minit

Saiz hidangan: 40 biji

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
100gm mentega
40gm gula kastor
1 sudu makan susu
pekat manis
1/2 sudu makan pes mocca

Bahan B:
30gm cornflakes |dikisar halus
10gm badam kisar
10gm croquant
40gm tepung jagung
1/2 sudu makan tepung beras
120gm tepung gandum

Bahan Hiasan:
3 biji telur putih
Sedikit badam cincang
Coklat masakan putih
Coklat putih

CARA MEMASAK:

1. Sebatikan semua bahan A hingga rata.
2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur.
4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.
6. Apabila sejuk, celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih di atasnya.

PETUA CANTIKKAN WAJAH

Petua nak cantikkan muka hilangkan parut cela di wajah.. selain makan supplement & letak masker bagai... jangan dok ulang belek muka kat cermin... sebab.. selagi dok nampak wajah yang masih berparut tu.. selagi tu dok mengeluh.. & it's not good. Apa yang kita keluhkan itu yang dok jadi. Lain le kalau ngeluh gini "awatlah muka aku ni gebu sangat"...?

Yang boleh anda lakukan.. bila perlu je tengok cermin & tengok dari jarak jauh.. takde le nampak sangat parut tu. Kalau RCA pun.. RCA jauh sikit dari cermin & tumpukan perhatian kepada RCA anda.. bukan wajah berparut anda.

Seminggu sekali je tengok dekat2 cermin sambil membelek muka.. biasanya lepas seminggu pasti ada perubahan yang baik bila istiqomah.


Ruzana Ibs, 0192896117

13 July 2014

CARA ORDER DENGAN MENGGUNAKAN WIDGET ESELL SHAKLEE

Langkah #1
Pertama sekali apabila anda ingin membeli produk Shaklee, anda boleh melihat di senarai produk di sini (lihat gambar dalam kotak hijau atau klik sini untuk ke laman utama) lalu anda memilih mana-mana produk yang anda ingin beli.


Langkah #2
Setelah anda memilih produk, anda akan dapati gambar ini di bahagian bawah keterangan produk. 
Klik pada link yang disediakan, contohnya seperti di bawah ni:

Langkah #3
Bila anda klik link kat atas tu, anda akan dibawa directly ke website eSell Shaklee, seperti gambar di bawah.

Sila baca agreement tersebut, kemudian pilih 'Agree' dan klik 'Next'.

Langkah #4
Anda akan dapat lihat senarai produk mengikut nama produk atau set produk. Contoh untuk gambar di bawah ini ialah Set Mighty 3 Gems.

Anda boleh tambah atau kurangkan kuantiti produk mengikut pilihan anda ('tick' atau 'un-tick' kotak yang ada tanda '' di bahagian kiri sekali  sebelah gambar produk.

Kemudian bila anda telah berpuashati, bolehlah klik 'Checkout'.

Langkah #5
Masukkan butir-butir yang diminta oleh pihak Shaklee. Pastikan alamat dan nombor telefon anda tepat untuk memudahkan penghantaran.

Kemudian, klik 'Continue' di bawah sekali sebelah kanan.

Langkah #6
Anda boleh semak semula dan sahkan order anda, serta shipping details. Pastikan semuanya betul, kemudian klik 'Proceed to Payment'.

Langkah #7
Setelah anda 'Proceed for payment" paparan untuk pembayaran akan keluar. Sila masukkan butir-butir Kad Kredit atau Kad Debit anda.
Pastikan butiran semua betul dan tepat.
Apabila telah isi & pasti semua butiran betul dan tepat, klik 'Confirm Payment'.


Tempahan anda akan diproses.

Langkah #8
Apabila semuanya transaksi lengkap, anda akan dibawa ke 'Order Verification Page' yang akan memaparkan tempahan yang telah anda buat tadi.
Seeloknya cetak borang tempahan tersebut untuk rujukan anda kemudian (klik 'Print Oreder').



Tahniah! Anda berjaya membuat belian secara e-sell yang mudah ini!
Menjimatkan masa, serta diyakini kerana anda berurusan terus dengan Shaklee.

NOTA
(1) Tempoh penghantaran kebiasaannya mengambil masa selama 3-5 hari.
(2) Resit & tracking number penghantaran akan dihantar kepada anda melalui SMS dan email.
(3) Jika ada sebarang pertanyaan, sila jangan segan-segan hubungi saya klik sini.

Terima kasih!
Salam sayang,
Ruzana

SET MIGHTY 3 GEMS


Nak beli set ini? Sila klik link di bawah


PENGENALAN : KEMUDAHAN E-SELL 'SHOPPING CART' SHAKLEE

Dengan gembira dan berbesar hati saya ingin mengumumkan bahawa Shaklee telah menyediakan satu applikasi baru untuk memudahkan pengguna produk Shaklee membeli terus dari applikasi ini tanpa perlu melalui pengedar Shaklee yang dinamakan 'E-SELL'.


Kebaikan E-Sell
✔Transaksi di hujung jari semudah ABC dan selamat

✔Kurang 'hassle'

✔Jimat masa tidak perlu berhubung dengan SID kecuali untuk mendapatkan KONSULTASI

✔Kadar kos penghantaran barang yang standard RM10 untuk setiap pembelian tanpa mengira berat barangan yang dipesan

✔Sesuai untuk pelanggan yang menggunakan kad kredit/kad debit kerana tidak perlu menggunakan wang tunai yang ditransfer ke akaun SID

✔Pelanggan tidak perlu khuatir produk tidak sampai kerana pesanan dibuat terus menerus ke Shaklee

✔Pesanan boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut link yang disediakan pada FB @ Blog

✔Harga produk adalah standard iaitu pada harga 'retail'

✔Penghantaran terus ke pintu rumah anda oleh GDEX.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan Konsultasi atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk SHAKLEE, jangan segan-segan untuk hubungi saya di sini.(sila klik untuk details)

12 July 2014

DARLING KE MACAU

Siap dah goreng sambal kering ikan bilis for siDia tercinta nak bawa bekal musafir.

Supplement wajib :
Phytocol - kolesterol
Vit C & Nutriferon - immune booster
Ostematrix - kot kot jetlag ka.. sakit badan ka

"ya Allah! Peliharalah suamiku sepanjang berada di sana & dalam perjalanan pergi & pulang!"



11 July 2014

USAH MEROKOK DEMI KEBAIKAN DIRI

Interesting untuk dibaca. Mesti baca!

Oh btw... cuba la minum VIVIX untuk hentikan ketagihan merokok... lebih selamat.. lebih sedap. Lebih mudah! Good luck!

Credit to http://www.mmgazette.com/usah-merokok-demi-kebaikan-diri-dr-amer-siddiq/

Sumber: health-news.co.uk

HEALTH EDUCATION, PSYCHIATRY/PSIKIATRI
Usah Merokok Demi Kebaikan Diri – Dr. Amer Siddiq
April 23, 2014 

Pengenalan

Jika anda membaca artikel ini, saya merumuskan yang anda sebenarnya berhasrat untuk memulakan hidup baru tanpa rokok. Kebanyakan kita beranggapan bahawa cara yang terbaik untuk berhenti merokok adalah dengan berhenti menghisapnya dengan serta merta. Itu adalah tidak benar. Kajian menunjukkan bahawa jika anda menggunakan kaedah tersebut, kadar kejayaannya adalah amat tipis, iaitu sekitar 1-2% sahaja. Akan tetapi, jika anda memilih untuk menggunakan kaedah rawatan yang terkini dan pada masa yang sama mempunyai keazaman dan disiplin yang tinggi, peluang anda untuk berhenti merokok adalah lebih baik.

Bina Matlamat

Untuk mencapai apa jua kejayaan, niat dan matlamat perlu dibina dari awal. Bagi mereka yang merancang untuk berhenti merokok sekarang, tetapkan tempoh masa untuk anda berhenti merokok.Tarikh ini seelok-eloknya bermula dalam masa 2 minggu dari masa yang anda berniat untuk berhenti. Ini adalah kerana, kajian menunjukkan perokok yang mempunyai perancangan untuk berhenti mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding mereka yang tidak mempunyai sebarang perancangan. Tempoh 2 minggu dilihat juga sebagai satu tempoh yang tersangat sesuai untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk melakukan perubahan ini. Namun, jika dalam tempoh 2 minggu tersebut perokok tidak melakukan apa-apa perancangan, bahkan, masih lagi merokok dalam jumlah yang sama, kebarangkalian untuk berjaya adalah rendah.

Persediaan
Sumber: www.madison.k12.wi.us
Apabila anda telah menetapkan matlamat dan tarikh untuk mula berhenti merokok, perlulah anda membuat persediaan yang sesuai tentang bagaimana anda akan merealisasikan kejayaan berhenti merokok ini. Anda boleh memulakan dengan memberitahu sahabat handai dan juga kaum keluarga tentang keinginan untuk berhenti merokok. Perkara ini nampak seperti remeh namun impaknya sangat tinggi. Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi anda untuk tidak merokok. Individu-individu di sekeliling anda dilihat mampu membantu anda dari segi memberi motivasi serta kata-kata semangat untuk memastikan anda terus berusaha mencapai matlamat untuk berhenti merokok. Bahkan, jika anda mempunyai rakan-rakan yang juga merupakan seorang perokok, perubahan diri anda ini mampu untuk mempengaruhi mereka untuk turut serta berhenti merokok.

Selain itu, anda boleh mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap dari sehari ke sehari. Cara ini mampu untuk membiasakan diri anda untuk kembali kepada keadaan tanpa rokok secara beransur-ansur. Berhenti merokok apabila anda menghisap 20 batang rokok sehari jauh lagi sukar dari 2-3 batang rokok sehari.

Apabila anda sudah mengurangkan aktiviti merokok , anda akan mulai sedar yang anda mempunyai banyak masa terluang. Penjelasannya mudah; bayangkan jika seseorang perokok yang mengambil masa 10 minit untuk menghabiskan sebatang rokok dan jika dikali dengan 20 batang, ia bersamaan dengan 200 minit atau hampir 3 jam dalam sehari yang anda tiba-tiba peroleh berbanding masa anda merokok. Oleh sebab itu, adalah baik untuk anda mula merancang penggunaan masa yang terluang ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti mencuba hobi baru atau bersukan. Aktiviti ini juga dapat membantu menyibukkan diri anda sekaligus menjauhkan diri daripada memikirkan tentang rokok.

Motivasi kewangan merupakan topik yang sering menjadi pilihan peribadi saya untuk mendorong seorang perokok  berhenti merokok. Saya sering memberitahu mereka yang hendak berhenti, jika kita membelanjakan sebanyak RM 10.00 sehari untuk sekotak rokok dan dikalikan dengan seminggu, ia bersamaan dengan RM70.00. Itu hanya untuk seminggu, bagaimana pula untuk sebulan ataupun setahun? Pasti banyak bukan? Lebihan duit ini boleh anda gunakan untuk perkara lain. Memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya, bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, ia sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan beban isi rumah yang ditanggung. Antara cadangan yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan tabung duit lutsinar (eg. transparent jar). Setiap kali anda berasa mahu membeli rokok, masukkan duit tersebut ke dalam tabung itu dan lakukan sekurang-kurangnya untuk 3 bulan pertama. Lama kelamaan jika tabiat ini berterusan, anda pastinya akan teruja apabila melihat duit yang anda simpan semakin hari semakin bertambah. Akhirnya anda juga akan dapat melihat dengan lebih jelas manfaat untuk berhenti merokok dari segi kewangan. Tiada salahnya jika anda memilih untuk menggunakan perbankan secara talian, tetapi pada pandangan peribadi saya impaknya tidaklah sehebat kaedah tabung lutsinar tadi.

Merawat Ketagihan

Berbanding era 80-an dahulu, rawatan untuk ketagihan rokok agak sukar didapati. Namun, sekarang hal ini tidak lagi menjadi masalah.Terdapat banyak bukti saintifik mengenai keberkesanan rawatan perubatan baik dari segi ubat ataupun terapi tingkah laku sebagai alternatif mahupun secara sinergistik. Kaedah baru ini dilihat mampu untuk merawat ketagihan di kalangan perokok-perokok dan sekaligus menjadikan peluang untuk berhenti merokok cerah.

Terapi Tingkah-laku

Terapi tingkah laku baik secara individu atau pun berkumpulan  adalah lebih berkesan berbanding mereka yang hanya bergantung pada keazaman diri untuk berhenti merokok. Sesi terapi yang dikendalikan oleh doktor-doktor tertumpu kepada bagaimana anda boleh kekal tanpa rokok dan pada masa yang sama, cara mengurangkan keinginan untuk kembali merokok.

Anda juga boleh mempelajari senaman pernafasan dan teknik alih perhatian bagi mengawal nafsu dan keinginan anda untuk merokok. Senaman pernafasan digunapakai bagi membantu masalah sesak nafas yang anda hadapi iaitu dengan menggunakan otot perut untuk bernafas berbanding otot dada. Teknik ini juga selalu dipraktikkan bagi pesakit yang mempunyai masalah kemurungan bukan kronik kerana cara ini dilihat mampu untuk membantu menenangkan diri anda pada saat anda berasa gelisah kerana tidak mengambil rokok.

Teknik alih perhatian merupakan teknik yang digunakan bagi mengelakkan anda daripada terlalu memikirkan tentang rokok. Kadang-kala keinginan untuk merokok boleh datang secara tiba-tiba sehingga mampu membuatkan seseorang itu untuk kembali merokok walaupun telah meninggalkan tabiat itu untuk sekian lama. Antara contoh-contoh teknik yang boleh digunapakai seperti meminum air, keluar bersiar-siar atau menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membuatkan keinginan untuk merokok datang kembali seperti berjumpa kawan-kawan perokok. Akitiviti-aktiviti ini, serta yang lain, mampu menolong anda supaya tidak terlalu memikirkan tentang aktiviti merokok sepanjang masa.

Ubat
Sumber: researchonmedical.com
Terdapat pelbagai jenis ubatan yang boleh didapati sekarang untuk merawat ketagihan merokok. Antara yang terawal adalah terapi gantian nikotin atau dalam Bahasa Inggerisnya “Nicotine Replacement Therapy (NRT)”. Banyak kajian mengenai keberkesanannya telah dijalankan dan didapati selamat untuk diambil. Terapi gantian nikotin hadir dalam pelbagai bentuk seperti gula getah, ubat hisap (lozenges) ataupun ubat tampalan (patches). Kepelbagaian jenis terapi membolehkan perokok membuat pilihan terbaik bagi seseorang individu bergantung kepada keserasian dan keselesaan masing-masing.

Walau bagaimanapun, kandungan nikotin yang terdapat dalam ubatan ini cukup sekadar memberi kesan untuk menangani ketagihan dan rangsangan pada satu-satu waktu tetapi tidak mampu untuk memberi kesan kenikmatan sama seperti yang anda peroleh ketika merokok .Terapi penggantian ini juga mungkin mengambil masa yang lebih panjang dari merokok untuk mendatangkan kesan. Tetapi jika dibandingkan dengan rokok, ubat-ubatan ini lebih selamat oleh kerana tidak mengandungi bahan-bahan toksik akibat merokok seperti “tar” yang diketahui amat berbahaya.

Selain NRT, ubatan lain yang terdapat di pasaran ialah varenicline, bupropion dan nortriptyline. Ubat-ubatan ini sama efektifnya seperti NRT cuma perlu mendapat preskripsi dari doktor terlebih dahulu sebelum membelinya.

Kesemua ubatan ini hanya digunakan untuk tempoh sementara sehingga ketagihan untuk merokok dapat dikawal. Bagi sesetengah perokok, ketagihan mereka sukar dikawal, dan untuk itu terpaksa mengambil ubatan ini untuk jangkamasa lebih panjang di samping menggunakan rawatan alternatif yang lain seperti senaman pernafasan.

Perkhidmatan

Di Malaysia terdapat lebih 300 klinik yang menyediakan rawatan untuk mereka yang mahu berhenti merokok. Contohnya,di Sabah sahaja, terdapat lebih 30 klinik yang menyediakan perkhidmatan ini. Ini jelas menunjukkan kesungguhan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan bilangan perokok di negara kita. Selain itu, klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan turut juga menyediakan perkhidmatan yang sama di samping klinik kesihatan dan pergigian persendirian dan juga farmasi-farmasi di sekitar kawasan anda.

Walaupun kita tiada khidmat talian bebas untuk mendapatkan bantuan untuk berhenti merokok, alternatif lain seperti pusat racun negara juga menyediakan perkhidmatan yang hampir serupa. Pusat ini beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Anda juga boleh mendail (+603 8883 4400) bagi mendapatkan informasi terkini mengenai kempen Tak Nak Merokok kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia atau melawat laman Facebook mereka di (http://www.facebook.com/TAK.NAK.MEROKOK)

Kesimpulan

Dengan adanya perkhidmatan dan rawatan yang banyak di negara kita pada masa kini, perokok-perokok  mempunyai peluang keemasan  untuk menanam azam dan iktikad untuk memulakan kehidupan yang baharu tanpa rokok.

Kita sedar bahawa untuk berhenti merokok secara sekeluruhannya adalah tidak mudah, tetapi, setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama dan adalah tidak mustahil jika satu hari nanti anda juga mampu untuk mengatakan “Tak Nak“ kepada rokok.

Akhir kalam, selamat memulakan azam pada tahun baru ini dan semoga usaha kita mampu membuahkan hasil di pada masa hadapan. #smokefreemalaysia

Dr. Amer Siddiq adalah seorang pensyarah di Jabatan Perubatan Psikologi di sebuah universiti tempatan. Beliau juga seorang pakar psikiatri (Perubatan Ketagihan) dan koordinator kumpulan kajian Ketagihan Nikotin di Universiti Malaya.

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel bahasa inggerisnya “Quit Smoking For a New You” dan diterjemahkan oleh Amirul Asraf Bin Sapawi pelajar akhir perubatan di University Otago, New Zealand.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign