28 May 2015

URUSAN PERTUKARAN & PENEMPATAN MURID SEKOLAH

Suami dapat arahan bertukar ke negeri lain. Jadi, sekarang dah perlu fikirkan proses pindah memindah rumah, mover, kereta dan yang paling penting persekolahan anak-anak.

Tadi mencari-cari kat google proses pindah sekolah.. jumpa banyak juga blog yang membantu. Saya summarize kat sini secara mudah ye.

Jika anak anda masih berSEKOLAH RENDAH
(1) Isi 4 salinan borang PUA275 (dapatkan borang di sekolah yang anak sedang bersekolah sekarang) – borang mesti ditandantangi oleh pengetua sekolah & ada cop sekolah
(2) Kepilkan 2 salinan Sijil lahir pelajar
(3) Bawa kesemua dokumen di atas (1 - 4) ke Jabatan Pendidikan Negeri di daerah mana anda hendak sekolahkan anak anda di tempat baru tu.

Jika anak anda berSEKOLAH MENENGAH
(1)Isi 4 salinan borang PUA275 (dapatkan borang di sekolah yang anak sedang bersekolah sekarang) – borang mesti ditandantangi oleh pengetua sekolah & ada cop sekolah
(2) Kepilkan 2 salinan IC Pelajar & 2 salinan IC IbuBapa
(3) Kepilkan 2 salinansijil nikah IbuBapa
(4) Kepilkan 2 salinan sijil keputusan PT3 jika anak anda akan memasuki tingkatan 4 ketika masuk sekolah baru (jika berpindah pada hujung tahun)*
(5) Bawa kesemua dokumen di atas (1 - 4) ke Jabatan Pendidikan Negeri di daerah mana anda hendak sekolahkan anak anda di tempat baru tu.

*Jika berpindah sebelum peperiksaan, atau jika anak anda berada di tingkatan 1 atau 2 atau baru nak masuk tingkatan 3 pada tahun hendak masuk sekolah baru, kepilkan sijil keputusan UPSR

Lupa pulak saya nak tanya, kenapa untuk sekolah rendah tidak perlukan IC Ibubapa & Sijil Nikah. Tapi apa apa pun, lebih elok sediakan, mana tau kot dia minta.

Borang PU(A)275

Selain itu, anda boleh rujuk website Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ni, saya rasa lebih kurang sama kat mana2 negeri pun proses/prosedur pertukaran sekolah ni.
http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2011/02/urusan-pertukaran-dan-penempatan-murid.html
http://www.scribd.com/doc/33393040/P-U-A-275-JADUAL-KETIGA
http://www.scribd.com/doc/33393237/SRTATS

Anda juga boleh jenguk blog ni kalau nak tau pengalaman mereka.
http://teachergiler.blogspot.com/2011/06/prosedur-nak-pindah-sekolah.html
http://www.kakinakl.com/2014/01/cara-cara-pertukaran-ke-sek-men-keb.html?showComment=1432794072962#c1560332995771183341



Comments (138)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Surat pua275 tu nk amik dkt mne
5 replies · active 407 weeks ago
Boleh neneknya wakil uruskan disekolah lama? Sy dan isteri skrg btugas di sabah, anak masih bsekolah di melaka. Boleh ke klu minta d sekolah yg baru email@faks ke sekolah yg lama segala dokumen yg perlu dibawa ke sekolah lama?
2 replies · active 433 weeks ago
aslm saya nak tanye saya dlm proses pertukaran skola tapi tidak berjaya kerana saya dari joho nak pinda ke melaka last last minit.skola yang anak saya skola x bagi tukar kena tunggu pengetua sdngkan saya nak cepat.n skola tu cakap saya kene pegi ppd melaka.bkn ke kene pegi ppd joho ke harap ada penjelasan😔
1 reply · active 401 weeks ago
Kalau saya ingin berpindah ke sekolah yang sama negeri, boleh ke?Saya ingin berpindah kerana ingin mengambil kelas rancangan khas.
2 replies · active 430 weeks ago
Salam klau kena buang skolah dari kv nk msuk skolah harian biasa mcm mna ye
1 reply · active 429 weeks ago
Saya nak faham process untuk pertukaran sekoah di tingkatan 1, saya telah submit form tukaran pada 18.11.16. Bila check pada 19 December 2016 telah gagal. Sekolah yang saya minta kerana abang & kakak dia pun beada di sekolah yang sama dan juga anak-anak saya tinggal besama saudara saya yang berhampiran dengan sekolah. Appeal kedua sudah submit pada 30 December 2016, tetapi sampai sekarang tidak menerima apa-apa keputusan. Bolehkah bagi nasihat kepada saya, biasanya kena tunngu berapa lama? Sebab the principal hanya boleh memberi pelung 1 minggu lagi, kalau tidak saya kena beli semua barang sekolah seperti tali laher / badge. Saya nak minta nasihat biasanya kita kena tunggu berapa lama lagi? Sebab saya susah nak hantar anak saya sekarang
3 replies · active 426 weeks ago
macam mana nak tau sekolah tu ada kosong ke tak?Lama tak proses?
2 replies · active 392 weeks ago
Boleh kah saya telefon ke sekolah yang saya nak tukar anak sy ke sana? Atau ada cara lain sy nak tahu sama ada sekolah itu ada kosong atau tak?
1 reply · active 426 weeks ago
Selalunya proses surat kepastian penukaran sekolah selalunya berapa lama akan kita tau?
Slalu nya pertukara sklh ambil masa seminggu ke ?
1 reply · active 407 weeks ago
Kalau nak pindah sek menengah dr kuantan ke cyberjaya, kena pergi ppd sepang atau ppn di shah Alam?
Salam.. adik sy dah benti sekolah 5bln (menengah) lps tp dia nk smbung smula sklah.. tp dia nk tukar ke sekolah lain negeri yg berbeza.. apa yg prlu sy buat.. trma ksh
1 reply · active 416 weeks ago
Hi Anak saya selalu kena buli Kat sekolah sekarang says nak tukar macam Mana procuder
1 reply · active 416 weeks ago
Salam nak tanya surat nikah Thailand Boleh guna lah Utk proses perpindahan sekolah.
1 reply · active 412 weeks ago
Nor azli bin musa's avatar

Nor azli bin musa · 412 weeks ago

Saya ingin buat pertukaran sekolah juga pendaftar sekolah anak saya bagi tahun 3 2018.anak saya yang bersekolah di sek.ren.desa duyong saya ingin tukarkan ke sek.ren.tun razak bukit katil ayer keroh melaka.oleh kerana saya telah berpindah di kediaman ppr tehal di bukit katil.saya berharap pihak tuan dapat membantu saya dan memberi tujuk ajar bagaimana caranya yang perlu saya lakukan bagi pendaftaran dan pertukaran secara online.sekian terima kasih.
1 reply · active 412 weeks ago
fathfetfot's avatar

fathfetfot · 410 weeks ago

saja mendapat tawaran tingkatan6 disekolah lain tapi saya nak minta untuk pindah ke sekolah lain, bagaimana?
1 reply · active 407 weeks ago
Macam mana kalau mahu pindah ke sekolah lain ketika berada di tingkatan 5 dan berpindah semasa bulan 7 bagaimana dan dimana saya harus mengambil peperiksaan SPM
1 reply · active 392 weeks ago
selalu nya kalau kes urgent berapa lama proses nya,
1 reply · active 403 weeks ago
Macamana cara nak tukar sekolah murid tingkatan 1
1 reply · active 398 weeks ago
Hello saya mahu tanya. Jika saya sebagai pelajar ingin urus urusan pindah sekolah sendiri boleh ke? Dengan kebenaran bapa saya.
2 replies · active 398 weeks ago
Boleh ke kalau saya pelajar sekolah urus kan urusan pindah sekolah sendiri? Dengan kebenaran ibu bapa saya. Mohon balas...
Hi.tumpang tanya jika saya urus urusan pindah sekolah pada tcuti hujung tahun ini boleh kah dan adakah akan menjadi sedikit masalah jika anak saya ting2 mahu pindah ke sekolah lain tetapi tahun dpn ting3 mohon balas..
1 reply · active 392 weeks ago
Boleh ke saya urus anak saya ting2 pindah sekolah tetapi pada cuti hujung tahun. Untuk pindah ting3 ke sekolah lain...
1 reply · active 364 weeks ago
ANAK SAYA BERSEKOLAH KEBANGSAAN USIA 10 TAHUN & INGIN BERTUKAR SEKOLAH..SAYA IBU KANDUNG NYA & STATUS BERCERAI & TIADA SURAT HAK PENJAGAAN ANAK - ANAK , BOLEHKAH JIKA TANPA SURAT HAK PENJAGAAN ANAK , APAKAH PENYELESAIAN TERBAIK UTK HAL INI .. ADAKAH MENJADI MASALAH SEMASA PROSES DI PPD NNT
9 replies · active 240 weeks ago
puan saya ni form 4 tapi saya tak boleh stay sekolah sini sebab pembelajaran jadi bantut so saya nak tanya kenapa murid tngkatan 4 tak boleh pindah sekolah berasrama?
2 replies · active 392 weeks ago

Post a new comment

Comments by

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign