Showing posts with label racun. Show all posts
Showing posts with label racun. Show all posts

8 May 2020

SUMPAH TAKKAN CARI MADU LAIN DAH...!


Bismillah
Majoriti orang dah tahu yang Madu Lebah memang baik untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, setiap individu ada macam-macam persoalan dan keraguan bila nak beli Madu Lebah ni, betul tak? Antaranya :

❓Adakah Madu yang aku nak beli ni betul-betul tulen?
❓Madu yang dijual ni asli kah atau ada campur dengan gula? Silap haribulan daripada takdak diabetes, boleh dapat diabetes lepas makan madu.
❓Mana satu Madu yang best ni? Ada Madu Tualang la.. Madu Kelulut la.. Madu Yaman la..
❓Madu ni asal dari mana? Kat mana ladang ternakannya? Ok kah tempat tu?
❓Botol Madu ni kaca ka plastik? Boleh tahan lama kah madunya dalam botol ni?
❓Botol Madu ni satgi senang tuang kah, melekit belengaih belemoih dak nanti?

Jom tengok 1️⃣2️⃣3️⃣4️⃣5️⃣

5 Kelebihan Madu Forever Living Products yang pasti membuatkan kita tak cari yang lain dah

1️⃣ Syarikat Forever Living Products memiliki ladang penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di dunia. Jadi? 

Bekalan madu setakat ni ان شاء الله  sangat banyak. Ladang penternakan lebah depa yang terbesaq di dunia kat Sonoran Desert ada sekitar 17,000 ke 20,000 koloni lebah. Tedia, banyak kan?

Sebagai pemain utama ataupun big brother yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan teknologi yang canggih dalam bisnes produk yang berasaskan Madu, sudah tentu produk Madu Lebah keluaran Forever Living mempunyai kualiti yang tinggi berbanding dengan produk Madu Lebah daripada syarikat yang lain. 

2️⃣ Nindia fakta sebab apa Madu Lebah Forever awesome...

✅ Ladang Lebah Forever ni terletak di kawasan tanah tinggi dan persekitarannya bebas daripada pencemaran kerana jauh dari bandar dan kawasan perindustrian. 
✅ Pokok-pokok bunga liar yang mengandungi pelbagai khasiat yang ada di sini bebas daripada penggunaan racun serangga bagi menjaga kualiti Madu yang bakal dihasilkan.
✅ Kat Sonoran Desert ni pun ada sekitar 3,000 - 7,000  jenis tanaman bunga yang ditanam .. lebah2 bahagia memilih manisan dari nektar yang banyak dan pelbagai jenis.
✅Kawasan yang tiada hujan mempengaruhi rasa Madu Lebah kerana apabila air hujan yang membasahi bunga bercampur dengan udara yang kotor akan menyebabkan rasa Madu Lebah menjadi masam-masam manis. Sebab itu Madu Forever pekat & manis sahaja.
✅Madu Lebah Forever hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat likat. 17% air itu datangnya daripada air liur Lebah bukan daripada campuran air minuman menjadikan ianya Madu Lebah  dengan gred yang berkualiti sangat tinggi. 
✅Madu Forever adalah madu mentah yang 100% tulen. 
tidak dimasak
‼️tidak ditapis
‼️tidak diproses
‼️kandungan semulajadi royal jelly dan debunganya dikekalkan.


3️⃣ Reka bentuk botol Forever Bee Honey yang ada "class".
Khasiat Madu Lebah akan beransur-ansur hilang atau berkurangan apabila terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. 

Oleh itu reka bentuk botol Forever Bee Honey telah direka khas supaya kalis cahaya (tinted) bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat Madu Forever Bee Honey.

Dengan reka bentuk sebegini, Madu Lebah yang terkandung di dalam botol Forever Bee Honey adalah terpelihara daripada sinaran cahaya matahari. 

Ini menjawab persoalan ramai orang yang bertanya kenapa Madu Forever Bee Honey tidak dibotolkan di dalam botol kaca.

Di samping itu, penutup botol Forever Bee Honey juga direka agar mudah untuk Madu Lebah dikeluarkan dan dikawal pengeluaran isipadu nya. Ianya juga direka dengan sistem penguncian "locking system" agar Madu Lebah tidak mudah meleleh keluar setelah digunakan.




4️⃣Forever Bee Honey mempunyai  pengiktirafan Kosher dan Halal IFANCA.

Madu Lebah Forever adalah 100% organik. 
Tiada campuran bendasing dan bahan kimia atau bahan terlarang. 
Dari semasa ke semasa Madu Lebah Forever akan dianalisa dan dipantau kandungannya (ingredient) oleh badan bebas seperti Kosher dan Halal IFANCA untuk menjamin keaslian dan kualiti Madu serta kesucian dari segi syarak.

5️⃣Harga pasaran Madu Lebah Forever sangat murah berbanding KUALITInya yang terbaik kerana
‼️Forever ternak lebah sendiri
‼️Forever tanam bunga sendiri
‼️Forever mempunyai ladang sendiri
‼️Forever dapat kurangkan harga kos operasinya sebab takdak kos perantaraan orang tengah.

Inilah 5 kelebihan yang membezakan Madu Lebah Forever dengan madu-madu lain. 
Saya percaya kalau anda dah rasa Madu Lebah Forever, memang confirm anda tak akan cari Madu Lebah yang lain dah!!!

7 October 2015

APA YANG ADA DI DALAM AIR MINUMAN ANDA?

APA YANG ADA DI DALAM AIR MINUMAN ANDA?

Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman keluarga anda. Bahan beracun & berbahaya, logam berat, pencemaran pertanian seperti racun perosak -- bahan cemar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan cabaran kesihatan jangka panjang. 

Apakah sumber air minuman anda?

Sumber air di negara kita adalah dari sungai dan keadaan sungai-sungai kita sangatlah kotor (dicemari bangkai binatang, manusia, sampah sarap dan bahan buangan dari kilang).

Sumberairpaip

Apa yang dilakukan oleh syarikat bekalan air adalah menapis segala sampah sarap dan kemudian memasukkan bahan kimia seperti tawas, klorin dan fluoride untuk memperbaiki rasa, warna dan  bau air tersebut. Selain dari itu, klorin juga berfungsi untuk membunuh virus seperti salmonella, e-coli dan bakteria.

Tahukah anda?

Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Walau bagaimanapun, ia tidak menghapuskan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut. 

Bahaya Klorin kepada tubuh anda:
  • Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu
  • Menghakis tisu manusia
  • Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen
  • Jika dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. 

Di samping itu, walaupun air telah dirawat dengan klorin, ada masanya paip di rumah anda telah berkarat, kerana melalui saluran paip besi. Maka air yang keluar dari paip anda adalah air berkarat.

Logam berat yang terdapat dalam air yang kita minum akan terkumpul dalam badan dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser atau fibroid bagi wanita dan boleh menyekat pertumbuhan IQ kanak-kanak.

Malah, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, toksin boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu mereka. Toksin adalah sejenis bahan asing yang merbahayakan kesihatan. 

Di dalam badan kita terdapat dua jenis penapis bahan cemar yang mungkin tidak dapat ditukar ganti. Ia adalah HATI dan BUAH PINGGANG. 

Hati adalah organ utama yang membantu menapis segala toksin dari mencemari tubuh. Kemasukan toksin yang tidak terkawal akan menyebabkan bebanan pada organ tersebut. Bahan cemar logam berat seperti lead dan merkuri adalah sangat sangat bahaya kerana menurut kajian, kehadiran kedua-dua jenis logam berat ini boleh membunuh tikus dengan serta-merta.

Logam berat tidak akan keluar dari badan kita. Ia akan terkumpul dalam badan. Lead boleh merendahkan IQ, menyebabkan seseorang mudah lupa, menambahkan free radicals dalam badan dan boleh menyebabkan seseorang itu risau tanpa sebab (anxiety).

Maka, adalah penting untuk pastikan apa yang kita masukkan dalam badan kita adalah bahan yang selamat.

Perlukah penapis air di rumah?

Oleh kerana sumber air sekarang adalah sangat kotor, maka jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air pun pasti semakin banyak. 

Jadi, penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah. 

Jika anda ada memasang penapis air di rumah anda akan lihat betapa cepatnya penapis menjadi kotor disebabkan warna karat. 

Sebenarnya air yang bersih saja tak mencukupi. Sepatutnya, "anda minum air yang sihat". Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.


Bagaimana memilih Penapis Air?

NSFWQA
Bagi yang pentingkan kualiti produk, adalah dinasihatkan mendapatkan yang ada seal atau sticker asli NSF dan WQA. Yang ini contoh penapis yang diiktiraf standard untuk ceramic candlenya sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Standard yang paling popular bagi penapis air adalah NSF. NSF adalah satu organisasi bebas yang memberikan sijil standard bagi pelbagai jenis produk. Salah satu daripadanya adalah produk penapis air.

Standard 042 adalah standard paling basic bagi sesebuah penapis air. Kalau penapis air itu dapat menapis klorin, baiki rasa dan bau air, ia boleh mendapat Standard 042 .

Standard 053 adalah standard bagi penapis yang dapat menapis bahan cemar seperti logam berat, pencemaran industri, pertanian dan sebagainya, yang boleh menjejaskan kesihatan. 

STANDARDNSF

Bagaimana nak check?

WEBSITENSF


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign