Showing posts with label madu. Show all posts
Showing posts with label madu. Show all posts

18 March 2021

BEE HONEY FOREVER


Bees make honey by traveling from flower to flower, removing the rich nectar, storing it briefly to mix with their enzymes, and then depositing the honey in their hives. Throughout the ages, honey has been recognized as a premium natural food – a storehouse of nutritional goodness and easily digestible.

Honey contains many ingredients needed to maintain good health, including 78% sugars (glucose, fructose and sucrose), and other minerals, vitamins, enzymes, proteins and amino acids.

Forever Bee Honey contains only natural ingredients. This great-tasting, nutritious sweetener is loaded with nature’s goodness, containing approximately 70 calories per tablespoon. Easy to digest and rich in carbohydrates and the minerals calcium and phosphorus, Forever Bee Honey is a quick and nutritious energy source for any occasion!

• Tinted, easy-pour container prevents loss of any valuable nutrients caused by the sunlight.
• Rich in carbohydrates. Also contains the minerals calcium and phosphorus.
• Natural sweetener, easily digested.

CONTENT 
1/2 KG (500 grams)

PRICE
RETAIL PRICE :RM86

DISCOUNTS for MEMBERS
Until 31 March 2021 
15% NOVUS
35% VIP 

Starting 1 April 2021
  5% PREFERRED 
30% VIP USER 
35% VIP ACTIVE 


To be a member, please proceed to this link SIGN ME UP FOREVER

28 October 2020

MADU FOREVER ADA GULA TAK?


Sapa macam kRu, suka baca label pada botol / bekas makanan/minuman, sewaktu sedang makan / minum. Saja suka angkat tengok & baca.

Anda tau tak perbezaan antara NUTRITION FACTS & INGREDIENTS?

Mai baca, #kRunakshare tentang yang ada kat label BOTOL MADU FOREVER ni, jom!!!

KRu suka baca dari bawah label... 

Bawah sekali dia tulis 

Madu ni keluaran SPAIN

Wow! Tak dapat pi Spain, dapat minum madu dari sana pun dah rasa HEBAT, MASYAA ALLAH!!! (Terbayang hips don't lie Shakira.. eh dia Spanish ka..)  Yang penting MADU FOREVER TERBAIK.

Ya, kawan-kawan. Lebah diternak di ladang di kawasan Pergunungan Sepanyol yang bebas pencemaran. Kawasan yang bercuaca kering tapi padat  dengan FLORA dari 8 ke 10 ribu spesis. Ini dapat menghasilkan kandungan enzim dan mineral yang tinggi, warna madu adalah amber gelap yang indah! Mempunyai aroma bunga dominan dan rasa yang kekal sehingga ke hari ini. Ada lebih 20,000 koloni lebah yang diternak untuk pengeluaran madu ke seluruh negara Asia yang ada branch Forever.

Next, naik ke atas sikit depa tulis 

INGREDIENTS = bahan kandungan madu. PURE Honey. Eh, itu je? Ya..Madu semata-mata tak dicampur benda lain. BEST!!!

Atas sikit dari Ingredients tu, depa tulis ni - kRu translate kan :
Asli dan tulen. Tidak mengandungi preservatives, perasa tiruan mahupun pewarna tiruan.

Ok next, paling atas, adalah 

panel NUTRITION FACTS.

Nutrition Facts tu adalah Fakta Pemakanan tentang MADU tersebut iaitu :

Dalam madu tiada lemak, tiada sodium dan tiada protein.

Karbohidrat sebanyak 17gram. 

Kalori pulak 70.

Gula ada 14gram... aa yang ni memang mengundang persoalan. Kata MADU Asli, kenapa ada gula?

Kandungan gula dalam madu adalah

 GULA SEMULAJADI iaitu FRUKTOSA

Gula dari bunga, senang dicernakan. Pakar kesihatan ada bagitau, 'sugar' kat madu tu bukan gula putih. dia manisan asli. Madu ni karbo komplek dan GI (indeks glisemik) rendah. Nak tau dia ada gula putih atau tidak, lepas dua jam minum madu pi test darah, bacaan naik ke tak? Kalau naik tu, ok boleh say goodbye la to madu. Setakat ni takdak sapa komplen bacaan diabetik depa naik disebabkan minum Madu Forever. 

Madu juga mengandungi antara 4 hingga 5% fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. 

Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Btw, madu ni termasuk dalam #wellnesspack yang popular tu.. elok la tu, riki2 nk pinang si madu, pinang sekali la set wellness ni, berbaloi2😍 Eh, terpromote pulak. Sila, sila.. wasap kRu. klik ja nombor ni 0192256117




YE KE MADU FOREVER NI TULEN?



Madu yang berkualiti baik adalah madu yang tidak diubah, yang tidak dicampur dengan bahan lain yang macam air gula atau sirap jagung tu. 

Madu yang berkualiti mesti mempunyai kandungan air kurang daripada 18% dalam madu tersebut. Tahap air yang lebih tinggi boleh menyebabkan penapaian dalam madu yang akan menyebabkan kehilangan kesegarannya.

Anda perlu membaca label pada bekas madu itu sebelum anda membelinya, jadi anda tahu apa yang anda beli dan berbaloi bila bayar.

Ramai orang berfikir bahawa madu berkualiti baik kelihatan bersih dan warna yang cerah . Madu yang mengandungi kandungan serbuk sari tinggi akan kelihatan lebih gelap warnanya.

Pentadbiran Makanan dan Dadah USA (USFDA) menyatakan bahawa madu sebenar mesti mengandungi debunga. Madu berkualiti baik biasanya ditapis ringan untuk mengeluarkan lilin, bahagian-bahagian lebah, dan serpihan lain. Proses penyaringan ini akan meninggalkan sebahagian besar debunga dan ia juga membantu madu untuk memiliki jangka hayat yang lebih lama.

Proses penapisan ultra menghilangkan kebanyakan debunga dan juga mereka akan mencampur air ke dalam madu. Produk yang dihasilkan begitu tidak dianggap sebagai madu asli.

Madu Forever Living 0.5kg sebotol RM86.00

Harga VIP RM55.90
Harga Ahli Novus RM73.10

Madu FOREVER didatangkan daripada sumber ladang di Sepanyol untuk pasaran seluruh benua Asia dan sekitarnya bebas daripada pencemaran alam sekitar dan dijamin halal oleh IFANCA.


KUALITI TERBAIK MADU FOREVER

Madu Forever Living mempunyai kualiti TERBAIK yang dihasilkan daripada ladang madu Forever di pergunungan Sepanyol iaitu mempunyai kandungan air kurang daripada 17%. Ini membuatkan madu Forever Living sangat berkualiti dan telah pun diterima masuk di 169 negara di dunia termasuk Arab Saudi, Brunei dan of course di Malaysia.

Madu yang dihasilkan oleh lebah ternak ini dibiarkan di kawasan pergunungan dan gurun luas yang mempunyai lebih 8,000 - 10,000 jenis bunga agar lebih dapat menghasilkan madu yang lebih berkualiti dan mempunyai nutrisi, vitamin dan khasiat yang lebih baik. 

Warna biasanya ditentukan oleh jenis bunga yang dilawati oleh lebah. Secara umum, madu berwarna terang lebih lembut dan manis, sementara madu yang lebih gelap mempunyai rasa yang lebih kuat.

Gred Madu lebah dibuat berdasarkan faktor kandungan air, tahap ketulenan, rasa, aroma dan kandungan bahan cemar. 

Untuk pengetahuan umum, USRDA meletakkan beberapa gred untuk madu seperti berikut :

Gred A madu mengandungi kurang dari 18.6% air, rasa dan bau sangat baik juga warna dan tanpa kandungan bahan-bahan yang merbahaya. 

Gred B mengandungi air kurang 18.6% serta rasa sederhana baik.

Gred C mengandungi air kurang 20% dengan kualiti rasa sederhana baik.

Boleh rujuk maklumat penggredan USDA di sini : 
https://www.honeytraveler.com/types-of-honey/grading-honey/ 

Madu di Malaysia biasanya mengikut piawaian antarabangsa bagi kebanyakan madu impot yang banyak dijual di pasaraya tetapi piawaian untuk madu tempatan masih belum wujud lagi. Kebanyakan madu tempatan dijual dalam kaedah tradisional dan ujian makmal jarang dijalankan kecuali oleh beberapa usahawan madu. Madu asli di Malaysia masih menggunakan botol sos atau botol kicap untuk dijual.

Semoga penerangan serba-sedikit tentang madu ini dapat membantu anda mendapatkan madu yang lebih berkualiti dan asli dengan harga yang berpatutan dengan kualit yang anda beli.

Untuk dapatkan maklumat dan membeli madu Forever Living dengan harga diskaun dari 15% ke 35% boleh direct wasap kRu. 

Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah dibuat dari Head Quarters Forever Living di Kuala Lumpur. Untuk penghantaran ke seluruh dunia, anda adalah digalakkan menjadi ahli dan boleh berdaftar di Malaysia. Wasap kRu untuk keterangan lanjut. Forever ada di 169 buah negara, tak kisah di mana kita berada walaupun kita warga Malaysia atau tidak, boleh saja buat belian di mana-mana negara yang ada branch Forever Living.

Harga produk sama di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak tiada perbezaan harga terdapat juga diskaun yang sama seperti diatas.

Apa2 roger kRu ya! Terimakasih semua!

19 May 2020

GASTRIK SAMPAI SESAK NAFAS?

Sapa besa kena sakit akibat #gastrik atau lebih tepat #gastritis? 
Memang sangat MEMERITKAN bagi yang pernah mengalaminya.. Sampai nak tarik nafas pun seksa. 

Tapi Alhamdulilah..

Biiznillah. Dengan mengamalkan KOMBO tiga (3) ni : Aloe Vera Gel, Arctic Sea dan Bee Honey sakit tu dah takda. 

BAGAIMANA GASTRITIS BOLEH BERLAKU?

Gastrik atau gastritis terjadi apabila berlakunya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut. Perlu diketahui umum bahawa, fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) bagi mencerna makanan serta membunuh kuman yang masuk melalui mulut. Oleh sebab itu, tahap keasidan di dalam perut amat tinggi berbanding bahagian lain dalam saluran pemakanan.

Bagi melindungi dinding perut itu sendiri daripada terhakis, suatu mekanisma telah terbentuk (protective mechanism), dimana tisu perut sendiri menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus, yang mampu menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada terkena dinding perut. Oleh itu, apa-apa yang mengganggu penghasilan lapisan ini boleh menyebabkan gastrik berlaku.

APAKAH PUNCA GASTRITIS

Terdapat beberapa penyebab atau punca yang boleh mengganggu penghasilan mukus di dalam perut, sehingga mendatangkan keradangan. Antaranya ialah:

‼️Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
‼️Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
‼️Tahap stress yang tinggi pada badan
‼️Pengambilan alkohol berlebihan
‼️Tindak balas dengan makanan atau ubat
‼️Tindak balas dengan bahan kimia
‼️Merokok

Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’

8 dalam 10 kes gastrik berpunca daripada jangkitan bakteria ini. Nama singkatannya yang sering digunakan juga ialah ‘H.pylori’.
Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang telah tercemar. Setelah berada di dalam perut, bakteria ini akan bergerak masuk ke dalam lapisan mukus yang memberi perlindungan tadi.
Dari sini, bakteria H.pylori akan bersarang dan menghasilkan bahan kimia yang mampu mengakis lapisan mukus yang memberi perlindungan tersebut. Tanpa lapisan ini, asid perut akan terkena pada dinding lalu menyebabkan rasa sakit dan pedih.

Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs

NSAIDs adalah singkatan kepada ‘Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs’, iaitu sejenis ubat penahan sakit yang sering diberi oleh doktor. Ubat ini digunakan antaranya oleh mereka yang mempunyai sakit sendi (keradangan) atau sakit otot (myalgia).
NSAIDs bertindak menghalang pembentukan sejenis bahan kimia yang menyebabkan rasa sakit dalam tubuh manusia, iaitu ‘prostaglandin’. Namun begitu, pada masa yang sama prostaglandin juga diperlukan untuk menghasilkan lapisan mukus di dalam perut. Sekiranya NSAIDs diberi, penghasilan mukus ini akan turut menurun kerana berkurangnya jumlah prostaglandin yang diperlukan dalam proses penghasilan.
Apabila situasi ini berlaku, asid perut boleh menghakis sebahagian dinding perut kerana ketiadaan lapisan mukus protektif ini.

APAKAH TANDA BERLAKUNYA GASTRITIS 

Gejala yang hadir dalam penyakit gastrik selalunya adalah ringan dan boleh menghilang sekiranya langkah yang betul diambil oleh pesakit. Antara gejala yang boleh berlaku ialah:

‼️Senak perut (ketidakhadaman)
‼️Sakit di bahagian ulu hati
‼️Hilang selera makan
‼️Perut kembung
‼️Loya
‼️Muntah

#mestiikhtiar
#RuForever
#Rukongsitestimoni
#AloeVeraGel
#ArcticSea
#Madu
#teamMamiCery
#FamilyMagika

Ahli NOVUS  RM293 
BUKAN AHLI RM317
(UNTUNG RM24... dan banyak lagi.... BILA JADI AHLI)


No photo description available.
Credit https://bit.ly/2zKketb

SAYA TULEN BANGGG!!!

Bismillah
Amalkan minum madu setiap hari.
Khasiat yang Allah dah janjikan. Untuk kesembuhan segala jenis penyakit, biiznillah.

Yang penting, pastikan madu tulen ya.
Maklumlah, di pasaran sekarang lambakan madu campuran. Ada dicampoq ayaq. Malah dicampoq gula tambahan. Kalau macam ni, naya la..kita minum madu, niat nak tambah baik kesihatan. Tapi akhirnya mudarat yang mendatang.

Sebab tu kita kena bijak memilih.

Madu dari Forever Living dah KKM approved. 100% Madu tulen lagi berkualiti tinggi.
Tidak ditambah gula
Tidak dimasak 
Tidak ditapis. 
Sumber nektar dari ribuan jenis bunga & tumbuhan

Khasiat terunggul kita peroleh.
Kalau dulu makan sekali sekala. Sekarang mulakan rutin makan madu setiap hari. MasyaAllah banyak sekali manfaat yang akan diperolehi. Dapat pahala pulak tu kerana mengikuti sunnah Nabi.

Sebotol madu Forever setengah kilogram, mampu sangattt nak beli. Harga tak sampai seratuihhh pun.
Yang penting tulen & asli naaaaa. Join ahli lagilah jimat berganda2. 😋




Sebotol = 1/2 kilo
Harga
RM86 BUKAN Ahli
RM73.10 AHLI Novus
RM55.90 AHLI VIP

Mai beli dengan saya - whatsapp 019-2256117
#RuForever
#teamMamiCery
#FamilyMagika


8 May 2020

FOREVER BEE HONEY - MACAM-MACAM EHH!!!

Sedikit TIPS Rawatan menggunakan MADU LEBAH FOREVER yang boleh digunakan.

Selamat Mencuba!

🐝 GASTRIK
Dinasihatkan agar makan FOREVER BEE HONEY
2 sudu kecil sebelum sarapan,
2 sudu kecil sebelum makan tengahari
2 sudu kecil sebelum tidur malam.

🐝 DEMAM
Ambil 2 sudu kecil FOREVER BEE HONEY dan campurkan dengan air kosong diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

🐝 KANSER USUS
Biiznillah makan FOREVER BEE HONEY sebanyak
3 sudu kecil dengan air kosong sebelum sarapan pagi,
1 sudu kecil dengan segelas air kosong sebelum makan tengahari, dan
2 sudu kecil dengan segelas air kosong sebelum tidur malam.

🐝 CIRIT BIRIT
Campurkan 2 sudu FOREVER BEE HONEY dengan barli dan teh hijau bersama segelas air kosong diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

🐝 ANTIBIOTIK
1 sudu kecil FOREVER BEE HONEY dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

🐝 BATUK
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil FOREVER BEE HONEY.
Minum sekaligus 4 kali sehari.
Ulangi 3-7 hari.

Atau:

1 biji limau nipis + 1 sudu kecil FOREVER BEE HONEY.
Limau nipis diperah dalam FOREVER BEE HONEY.
Minum 3 kali sehari

🐝 BIBIR PECAH (Ni my favourite)
Sapu 1 sudu kecil FOREVER BEE HONEY di tempat bibir yang pecah

🐝 KENCING MANIS
Dinasihatkan agar makanFOREVER BEE HONEY
1 sudu kecil sebelum sarapan,
1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan
1 sudu kecil sebelum tidur malam.

🐝 BENGKAK/BENJOL
1 sudu besar FOREVER BEE HONEY + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung. Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

🐝 CERDAS
2 sudu kecil FOREVER BEE HONEY+ 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma.
Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji.
Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

🐝 CERGAS
Minum 1-2 sudu kecil FOREVER BEE HONEY 3 kali sehari.
Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

🐝 DARAH TINGGI
1 sudu kecil FOREVER BEE HONEY di minum secara terus menerus 3 kali sehari.
Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

🐝 KURANG DARAH (Anemia)
Makan 3 sudu kecil FOREVER BEE HONEY 3 kali sehari.

Biiznillah. Kita ikhtiar dan tawakkal kepada Allah.


SUMPAH TAKKAN CARI MADU LAIN DAH...!


Bismillah
Majoriti orang dah tahu yang Madu Lebah memang baik untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, setiap individu ada macam-macam persoalan dan keraguan bila nak beli Madu Lebah ni, betul tak? Antaranya :

❓Adakah Madu yang aku nak beli ni betul-betul tulen?
❓Madu yang dijual ni asli kah atau ada campur dengan gula? Silap haribulan daripada takdak diabetes, boleh dapat diabetes lepas makan madu.
❓Mana satu Madu yang best ni? Ada Madu Tualang la.. Madu Kelulut la.. Madu Yaman la..
❓Madu ni asal dari mana? Kat mana ladang ternakannya? Ok kah tempat tu?
❓Botol Madu ni kaca ka plastik? Boleh tahan lama kah madunya dalam botol ni?
❓Botol Madu ni satgi senang tuang kah, melekit belengaih belemoih dak nanti?

Jom tengok 1️⃣2️⃣3️⃣4️⃣5️⃣

5 Kelebihan Madu Forever Living Products yang pasti membuatkan kita tak cari yang lain dah

1️⃣ Syarikat Forever Living Products memiliki ladang penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di dunia. Jadi? 

Bekalan madu setakat ni ان شاء الله  sangat banyak. Ladang penternakan lebah depa yang terbesaq di dunia kat Sonoran Desert ada sekitar 17,000 ke 20,000 koloni lebah. Tedia, banyak kan?

Sebagai pemain utama ataupun big brother yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan teknologi yang canggih dalam bisnes produk yang berasaskan Madu, sudah tentu produk Madu Lebah keluaran Forever Living mempunyai kualiti yang tinggi berbanding dengan produk Madu Lebah daripada syarikat yang lain. 

2️⃣ Nindia fakta sebab apa Madu Lebah Forever awesome...

✅ Ladang Lebah Forever ni terletak di kawasan tanah tinggi dan persekitarannya bebas daripada pencemaran kerana jauh dari bandar dan kawasan perindustrian. 
✅ Pokok-pokok bunga liar yang mengandungi pelbagai khasiat yang ada di sini bebas daripada penggunaan racun serangga bagi menjaga kualiti Madu yang bakal dihasilkan.
✅ Kat Sonoran Desert ni pun ada sekitar 3,000 - 7,000  jenis tanaman bunga yang ditanam .. lebah2 bahagia memilih manisan dari nektar yang banyak dan pelbagai jenis.
✅Kawasan yang tiada hujan mempengaruhi rasa Madu Lebah kerana apabila air hujan yang membasahi bunga bercampur dengan udara yang kotor akan menyebabkan rasa Madu Lebah menjadi masam-masam manis. Sebab itu Madu Forever pekat & manis sahaja.
✅Madu Lebah Forever hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat likat. 17% air itu datangnya daripada air liur Lebah bukan daripada campuran air minuman menjadikan ianya Madu Lebah  dengan gred yang berkualiti sangat tinggi. 
✅Madu Forever adalah madu mentah yang 100% tulen. 
tidak dimasak
‼️tidak ditapis
‼️tidak diproses
‼️kandungan semulajadi royal jelly dan debunganya dikekalkan.


3️⃣ Reka bentuk botol Forever Bee Honey yang ada "class".
Khasiat Madu Lebah akan beransur-ansur hilang atau berkurangan apabila terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. 

Oleh itu reka bentuk botol Forever Bee Honey telah direka khas supaya kalis cahaya (tinted) bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat Madu Forever Bee Honey.

Dengan reka bentuk sebegini, Madu Lebah yang terkandung di dalam botol Forever Bee Honey adalah terpelihara daripada sinaran cahaya matahari. 

Ini menjawab persoalan ramai orang yang bertanya kenapa Madu Forever Bee Honey tidak dibotolkan di dalam botol kaca.

Di samping itu, penutup botol Forever Bee Honey juga direka agar mudah untuk Madu Lebah dikeluarkan dan dikawal pengeluaran isipadu nya. Ianya juga direka dengan sistem penguncian "locking system" agar Madu Lebah tidak mudah meleleh keluar setelah digunakan.




4️⃣Forever Bee Honey mempunyai  pengiktirafan Kosher dan Halal IFANCA.

Madu Lebah Forever adalah 100% organik. 
Tiada campuran bendasing dan bahan kimia atau bahan terlarang. 
Dari semasa ke semasa Madu Lebah Forever akan dianalisa dan dipantau kandungannya (ingredient) oleh badan bebas seperti Kosher dan Halal IFANCA untuk menjamin keaslian dan kualiti Madu serta kesucian dari segi syarak.

5️⃣Harga pasaran Madu Lebah Forever sangat murah berbanding KUALITInya yang terbaik kerana
‼️Forever ternak lebah sendiri
‼️Forever tanam bunga sendiri
‼️Forever mempunyai ladang sendiri
‼️Forever dapat kurangkan harga kos operasinya sebab takdak kos perantaraan orang tengah.

Inilah 5 kelebihan yang membezakan Madu Lebah Forever dengan madu-madu lain. 
Saya percaya kalau anda dah rasa Madu Lebah Forever, memang confirm anda tak akan cari Madu Lebah yang lain dah!!!

MADU LEBAH PILIHAN SETIAP MUSLIM

Bismillah
Betul tak, kalau saya kata, setiap rumah seorang Muslim mesti ada at least SEBOTOL MADU?
Sebabnya :
1. Madu Lebah adalah makanan sunnah yang telah disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith Rasullullah ‎ﷺ akan khasiat serta manfaatnya yang menceritakan akan kehebatan madu asli.
🐝 Madu Lebah daripada segi kajian saintifik mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan manusia.
🐝 Badan manusia memerlukan 46 nutrisi yang penting dalam sehari untuk membina sel yang sihat, iaitu
8 amino asid
18 vitamin
20 mineral
🐝 Madu Lebah dapat membekalkan lebih 100 jenis nutrisi penting kepada tubuh badan manusia. 🐝 Madu asli mempunyai pelbagai unsur hebat seperti vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E, K dan pelbagai mineral seperti kalsium, natrium, kalim, fosforus, mangan dan lain-lain lagi 🐝 Sebotol madu lebah asli Forever Bee Honey mengandungi 1/2 kilogram madu asli yang berkhasiat.
2. Madu Lebah dipercayai makanan penyembuh kepada segala penyakit, dengan kehendak dan izin Allah
🐝 Madu Lebah memang hebat untuk menyah-toksik,
🐝 Menyembuh dan meningkatkan kecergasan tubuh. 🐝 Ia adalah ejen yang sangat bagus untuk memperbaiki pelbagai kerosakan dalam tubuh badan. 🐝 Madu juga berperanan penting untuk mencergaskan otak dan menguatkan daya ingatan. 🐝 Selain itu, madu juga berperanan sebagai bahan ejen anti penuaan. 🐝 Madu Lebah juga baik sebagai pengganti gula terutamanya bagi pesakit yang menghidapi penyakit diabetes
🐝 Madu Lebah juga dikenali sebagai agen anti-kanser.
Walau bagaimanapun, setiap individu ada macam-macam persoalan dan keraguan bila nak beli Madu Lebah ni, betul tak? Antaranya :
Adakah Madu yang aku nak beli ni betul-betul tulen?
❓Madu yang dijual ni asli kah atau ada campur dengan gula? Silap haribulan daripada takdak diabetes, boleh dapat diabetes lepas makan madu. ❓Mana satu Madu yang best ni? Ada Madu Tualang la.. Madu Kelulut la.. Madu Yaman la.. ❓Madu ni asal dari mana? Kat mana ladang ternakannya? Ok kah tempat tu?
❓Botol Madu ni kaca ka plastik? Boleh tahan lama kah madunya dalam botol ni?
❓Botol Madu ni satgi senang tuang kah, melekit belengaih belemoih dak nanti?

Aaah.. banyak betul persoalan. Ni semua antara soalan2 yang bermain di benak kita? Betul kan?

Ok, kita tengok next entry untuk jawapan bagi persoalan2 tu. Check it out!!!






TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign