28 June 2015

6 FAKTA TENTANG G6PD YANG ANDA TIDAK TAHU

Kalau sebut G6PD pasti ramai pernah dengar.. tapi apa itu G6PD?

Biasanya dalam buku rekod bayi akan ada penerangan ini tapi adakah anda baca keterangan tersebut? Seperti saya, tak baca pun bila doktor bagitahu yang anak saya tiada kekurangan G6PD. 

Tapi besar hikmahnya bila berkecimpung dengan Shaklee ni sebab banyak benda yang sebelum ni tak pernah dengar pun tapi kerana teman-teman pengguna Shaklee yang lain ada masalah-masalah itu, maka secara tak langsung saya belajar mengenainya... termasuklah G6PD ni.

(1) APA ITU G6PD?
G6PD iaitu ringkasan kepada Glukosa-6-Fostat Dehidrogenase, merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah.
Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah (hemolisis) apabila terdedah kepada
(1) jangkitan 
(2) ubat tertentu
(3) makanan tertentu

Ia boleh menyebabkan penyakit kuning, terutamanya semasa 3 minggu pertama selepas bayi dilahirkan. Jika penyakit kuning ini teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan otak serta kematian.

(2) BAGAIMANA SEORANG IBU TAHU ANAKNYA KEKURANGAN G6PD?
Semua bayi baru lahir akan diperiksa secara rutin untuk mengesan masalah kekurangan enzim ini. Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak.

Kekurangan ini berlaku dalam 2 - 3% sahaja daripada penduduk.

Kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. 

Ia secara am ditemui pada mereka yang mana ibubapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. 

Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis di dalam darah. Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan daripada mengambil ubat atau makanan tertentu yang boleh mencetuskan suatu tindakbalas.

Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan individu lebih kuat melawan penyakit Malaria.

(3) KOMPLIKASI YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH INDIVIDU KEKURANGAN G6PD
Kebanyakan individu yang kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau komplikasi. 

Walau bagaimanapun, pada mereka yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya yang mengakibatkan mereka mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Salah satu masaalah yang dialami oleh individu dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. 

Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutann, kekurangan G6PD disyaki. 

Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. 

Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati. 

Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler, 1994).

(4) RAWATAN
Individu kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. 

Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti :
(1) memakan kacang parang
(2) terdedah kepada ubat gegat 
(3) meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. 

Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya, TERUTAMA sekali ubat anti-Malaria.

(5) UBAT ANTI-MALARIA
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. 

Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi.  

Anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.

Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti kerana dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan, selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD.

Agak menarik bagi mengetahui bahawa kekurangan G6PD terbukti kadang-kala memberikan ketahanan pada parasit penyebab malaria.

Ketahanan ini disebabkan parasit menjangkiti khusus sel darah merah. Bagi sel darah merah orang yang kekurangan G6PD, metabolit penting bagi kemandiran parasit wujud dalam jumlah yang tidak mencukupi. Ini disebabkan pengurangan aktiviti G6PD dalam sel tersebut yang akhirnya mendorong kepada kematian parasit 

(6) AGEN PENYEBAB HEMOLISIS PADA INDIVIDU KEKURANGAN G6PD
Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakkan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut. 

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sendiri doktor yang merawatnya.

27 June 2015

LELAKI PUN MENOPAUS SEPERTI WANITA?

Kita selalu mengambil berat tentang menopaus wanita, risau kesannya ke atas isteri / ibu kita.. betul tak?

Rupanya lelaki pun ada keadaan menopaus juga  yang perlu diambil tahu dan diambil berat.

Jom kita baca lebih lanjut tentang menopaus lelaki dan cara-cara untuk melambatkan andropos.

ANDROPOS
Menopaus lelaki dinamakan ANDROPOS - dikatakan hasil daripada penurunan beransur-ansur dalam testosteron, yang merupakan androgen. 

Apabila andropos berlaku, ia dianggap sebagai keadaan di mana kekurangan testosteron hormon berada di bawah julat normal untuk seorang lelaki tua. 

Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopaus kecuali:
(1) Ia berlaku secara perlahan-lahan.
(2) Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopaus 

BAGAIMANA TERJADINYA ANDROPOS?
Andropos adalah disebabkan oleh pengurangan hormon testosteron di kalangan lelaki pertengahan umur.

Andropos juga dikaitkan dengan penurunan sel-sel Leydic. 

APAKAH ITU HORMON TESTOSTERON?
- Testosteron dihasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
- Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan 
   corak kebotakan lelaki.
- Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar 
  dan pancutan sperma.
- Testosteron juga menyumbang kepada beberapa fungsi metabolik termasuk 
  pembentukan tulang dan fungsi hati.
- Testosteron membantu badan lelaki dalam membina protein dan ia adalah penting untuk memandu seksual normal dan stamina

FAKTOR RISIKO PENURUNAN TESTOSTERON
Faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan pengurangan hormon testosteron adalah termasuk 
(1) pengaruh ubat 
(2) pemakanan yang tidak sihat
(3) merokok
(4) penyakit
(5) kekurangan tidur
(6) kekurangan aktiviti seks
(7) tekanan
(8) pengambilan alkohol yang berlebihan
(9) pembedahan. 

UMUR TERJADINYA ANDROPOS
Kejadian Andropos di kalangan lelaki dianggarkan:
2%-5% semasa berumur 40 - 49
6% - 30% semasa berumur 50 - 59
20% - 45% semasa berumur 60 - 69
34% - 70% semasa berumur 70 - 79
91% bila berumur 80 ke atas

SIMPTOM ANDROPOS
Tidak seperti wanita yang mengalamai menopaus apabila berhentinya darah haid, anda boleh mengesan yang anda mengalami Andropos apabila ada tanda-tanda berikut :

(1) Masalah ketegangan zakar
(2) Nafsu seks rendah
(3) Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, murung dan
     pemarah
(4) Masalah tidur
(5) Bulu-bulu tubuh berkurang
(6) Saiz dan kekuatan otot berkurang
(7) Peningkatan lemak tubuh
(8) Hilang daya ingatan
(9) Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
(10) Daya tumpuan yang lemah
Walaupun begitu, tidak semua lelaki mengalami tanda-tanda dan tahap perubahan yang sama, dan setengahnya tidak mempunyai tanda-tanda langsung.

APA TERJADI BILA ANDA ANDROPOS?
Kebiasaannya, apabila lelaki telah andropos, ia akan menyebabkan semangat kelelakian yang ada pada mereka mula berkurangan dan berasa seolah-olah kehilangan sesuatu dalam kehidupan harian yang dilalui.

Selain mengalami panas badan, rasa gementar dan sukar tidur, mereka juga dikatakan lebih mudah tersinggung dan cepat penat jika melakukan sesuatu tugas.

Manakala perubahan fizikal dapat dilihat apabila kulit didapati mula kering dan berkedut.

MELAMBATKAN ANDROPOS
Anda pasti tidak mahu cepat andopos bukan? Pasti anda masih mahu menikmati aktiviti semasa muda seperti aktiviti seksual bersama isteri serta aktiviti harian biasa dengan keadaan normal kalau tidak seperti muda, sekurang-kurangnya dengan lebih selesa bukan?

JAGA KELELAKIAN ANDA DENGAN SUPPLEMENT



KESIMPULAN
Kaum lelaki dinasihatkan agar mengenali dan memahami masalah seumpama ini lebih awal lagi serta mendapatkan nasihat pakar agar dapat dibantu demi kebahagiaan diri dan keluarga mereka. 

Amalan memakan makanan sunnah di samping supplement seperti Set Kesihatan Lelaki Shaklee adalah sangat digalakkan untuk melambatkan penuaan dan Andropos khususnya.


25 June 2015

Resep Dapur Umami - Macaroni Schotel

Dapur Umami - Bola-Bola Mie

Dapur Umami - Martabak Mie Bayam

Dapur Umami - Burger Tempe

(RESEPI LENGKAP) = Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)

(RESEPI LENGKAP) = Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)
Kredit kepada Warisan Network :)

Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam)
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kari ayam
3 sudu serbuk pasti sedap
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam
sedikit air

Bahan-bahan : (Tepung Salut)
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk bawang putih
sedikit serbuk five spice
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk thyme
sedikit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
5. Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.

Note : Pastikan api dapur tidaklah terlalu besar untuk mengelakkan minyak masak tersebut menjadi hitam.

24 June 2015

TRIFLES

( sumber : Dapur hanieliza )

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:

Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
Masukkan ke dalam peti sejuk.

PUDING CASTARD FRUIT COCKTAIL

Puding Castard Fruit Cocktail

1 cawan tepung castard
5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail )
5 sudu besar gula pasir

Cara2 nya :
Tapis fruit cocktail
Ambil airnya jadikan 5 cawan
Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
Tuang dalam acuan yang disukai
Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.

Kuahnya :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Campur semua bahan2
Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye )

Terima kasih FB Resepi Sahabat kerana sudi berkongsi

5 PETUA SENANG HATI

GLA STABILKAN HORMON (HAID & EMOSI)



GLA COMPLEX SHAKLEE adalah ekstrak borage yang mengandungi lebih dari 2 KALI GANDA GLA dalam evening primrose oil (EPO).

Setiap kapsul mengabdungi 300mg GLA yang menjadi sumber terbaik OMEGA-6. Ia digabungkan dengan minyak sunflower & vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan & kestabilannya.

Borage adalah herba yang boleh merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf & meningkatkan stamina.

GLA membentuk PROSTAGLANDIN untuk mengawalselia HORMON lelaki & wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air & sakit payudara.

GLA juga melambatkan menopaus. Ia mengurangkan simptom seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman & depresi.
Pengamalan jangka panjang dapat melambatkan penuaan, mengetatkan uterus & membuatkan kulit lebih muda.

GLA memperbaiki masalah prostat lelaki serta masalah kerap kencing.

GLA mengurangkan inflamasi kulit, ‪#‎eczema‬ alergi, kegatalan, kulit kering, rheumatism, artritis & kurap.

GLA merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes.

GASTRIK BUKAN HALANGAN BERPUASA

Apakah perkara yang paling membimbangkan ketika bulan puasa? Mungkin ada di kalangan anda yang bukan pening memikirkan tentang godaan makanan yang lazat tetapi gangguan penyakit yang boleh menggagalkan puasa anda. Paling meresahkan apabila anda tidak mampu menyempurnakan puasa walaupun hanya setengah hari.

Mulut terasa mual, sakit pada bahagian ulu hati, muntah sehingga lembik.. sehinggakan anda tidak mampu berbuat apa-apa.

DISPEPSIA FUNGSIONAL
Ia adalah gangguan fungsi gastrik yang disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak teratur, pengambilan snek berlemak, minum kopi atau mengambil minuman bersoda sepanjang hari.

Masalah ini normal dan pengambilan makanan yang teratur boleh mengurangkan gangguan gastrik atau hilang sama sekali.

DISPEPSIA ORGANIK
Ia adalah gangguan kesihatan yang bermula dengan luka pada bahagian usus akibat jangkitan kuman Helicobacter Pylori.

APAKAH PENYAKIT GASTRIK?
Penyakit gastrik adalah penyakit yang disebabkan oleh radang atau hakisan pada dinding perut. Penyakit ini boleh terjadi secara mengejut atau secara perlahan. 

BAGAIMANA BOLEH TERJADI GASTRIK
Keadaan ini terjadi disebabkan oleh jus perut yang berlebihan sehingga terjadinya radang atau hakisan di dinding perut.

PUNCA GASTRIK
- Jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan
- Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan
- Pengambilan makanan secara tidak menentu
- Peningkatan usia
- Tekanan perasaan

SIMPTOM
- Sakit pada bahagian atas perut.
- Kembung perut
- Loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Najis berwarna hitam

KESIMPULAN
Sebenarnya penyakit gastrik yang tidak terkawal boleh menjejaskan ibadah puasa yang dilakukan dan berkemungkinan besar TIDAK akan dapat menunaikan ibadah puasa. Malah, simptom gastrik pesakit akan bertambah teruk apabila seseorang meneruskan puasa.

Walau bagaimanapun, sekiranya penyakit gastrik berjaya dikurangkan, seseorang itu boleh berpuasa dengan lengkap.

BAGAIMANA ATASI GASTRIK DENGAN SHAKLEE
Jom baca dulu testimoni mereka yang amalkan supplement Shaklee
sebelum saya senaraikan produk Shaklee yang berkaitan.

Di bawah ini adalah senarai supplement yang saya nak cadangkan berdasarkan testimoni di atas di samping beberapa pengalaman pelanggan saya yang telah mengamalkannya.


ESP adalah sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Kerana itu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.


Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

MAKANAN YANG MENAMBAHKAN GASTRIK
Seboleh-bolehnya elakkan makan makanan yang berikut
1) Makanan banyak angin. Contoh : Durian, cempedak, nangka
2) Makanan pedas 
3) Makanan masam
4) Minuman bergas

DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada  waktu yg mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu
1. berdoa saat menjelang berbuka puasa.
2. menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.

Di Makkah & Madinah, satu jam sebelum adzan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa utk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia maupun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai2 air mata mrk mengalir deras..
Ya, berdoa meminta kepada Allah yang Maha Kaya...

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin kita disini yaitu menyia2kan waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk menyiapkan hidangan berbuka menjelang adzan maghrib..!!! 

Kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka & mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....", padahal hanya mencakup maknanya berupa laporan & ucapan syukur..

Setelah kita memahaminya, hendaknya minima 10 ~ 15 minit sebelum adzan maghrib (sudah dalam keadaan berwudhu) kemudian berdoa meminta apa saja (adabnya dengan didahului puji2an kpd Allah & bersalawat atas Nabi), 
Kerana Allah memberikan jaminan bahawa doa2 tersebut akan dikabulkan.."Allah sesuai prasangka hamba kepada Nya"

Manfaatkanlah waktumu sahabat, bukan hanya demi santapan atau berburu makanan saat menjelang waktu berbuka. 

Berdo'alah untuk diri kita, keluarga kita, orangtua kita, sahabat kita,  negara kita....

Musuh2 Islam tahu betapa hebat ummat Muhammad SAW bila mereka berdo'a kepada Rabbnya di saat menjelang berbuka. Kerana itu, mereka buat tipu daya untuk melalaikannya dgn program2 tv & media lainnya di waktu yang mustajab iaitu: menjelang berbuka & menjelang sahur (2/3 malam).
Sehingga ummat ini, mereka makan-minum, berpuasa, namun tak sempat untuk berdoa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi umat yg belum mengetahui nya.

أمـــــين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ..

WAHAI HAMBA ALLAH, APA YANG KALIAN KEJAR?

Baca la..sedih

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...
Pada suatu Subuh...
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan...
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti. :)

ADAKAH ANDA CAKNA DENGAN AYAM APA YANG ANDA MAKAN?

Saya baru saja baca & juga telah berkongsi info tentang ayam yang kita dok makan selama ini, di facebook saya. Info itu saya perolehi dari mukabuku CikPuan Siti Wan Mahani.

Elok kita ambil cakna bukan saja tentang cara penyembelihan ayam ini, tetapi juga dari asasnya semasa ia dibela.


Di sini saya kongsikan sharing beliau.

"MAAF...Info terbaru yg SANGAT MENGGANGGU HATI kalian semua, dari sahabat... KENYATAAN PAHIT Yg terpaksa diterima..rupa rupanya selama ini makan ayam yg dibesarkan dgn enzim babi...

sila baca pautan dibawah dan cuba sendiri ayam azzain dgn ayam daging biasa...

"Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ada paparan ttg ayam organic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja. Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol sahakan, bersih, terkawal dan halal.

sy menjejaki Dr Zainol, dpt jumpa, berborak, sy juga pernah bawa Dr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz, berjumpa dgn network saya di Melilea Puchong. Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn kami. Saya kagumi insan ini, mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnya memilih jalan berbakti kepada ummah.Terlalu mudah akidah umat islam di Malaysia kini diperalat, kami sgt sedih. Matlamat kami sama, Insyaallah.

Sungguh, teknologi menjadikan kita negara yg moden, teknologi juga akan kemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita.. yg akhirnye akan merosak akidah. Kalau hendak dicerita, sgt panjang. Saya ringkaskan.

Wujud enzim babi dlm ayam diperakui setelah bbrp tahun buat research, malah byk website yg ade maklumat ini, sy akan beri add. nnt. Enzim babi mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam (m'sia tidak akan buat label), tp hasil dari kajian, protein dari babi, antibiotik dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam, cepat gemuk, lg berat lagi cepat boleh jual, cepat dpt hasil., maka suntikan, makanan ayam ada campuran pelbagai yg sumbernya diragui. Thats y, dari telur hingga ia menjadi hidangan anda, ayam tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan.. ayam KFC cuma 28-33 hari, ayam daging mungkin 40 hari... sy tidak pasti.

Lately sibuk harga ayam naik, sy come across pulak seorang pengusaha ayam berbangsa cina di Buletin Utama 2 mlm yg lalu, "harga ayam mesti mau naik sikit, makanan ayam pun sulah naik halga, itu UBAT ayam pun sudah naik halga" ...ubat ???.. tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya.... anda fikirkan, anda nilailah. Ayam di malaysia ni sampai dah macam tak cukup supply, harga semakin lama semakin naik, yg gemuknye pengusaha ayam cina inilah.

Halal ke ayam daging? tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannya, tambahan di Malaysia ada sykt besar yg melabelkan halal utk apa pun jua produk ayamnye tetapi Taraf Halal itu, saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu.. even pernah masuk TV, tetapi cara ayam dibesarkan, di beri mkn makanan yg bagaimana tidak mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan.... anda fikir bagaimana?

Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol, government negara Islam ini tak berbuat ape ape ke? Dia jawab, it happens around the world nanee. Its the technology!!

Percaya atau tidak, sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzim babi, beliau menangis, after a long time of research, baru skrg confirm!! Saya juga sgt sedih.. sgt sgt sedih. Bayangkan kotornya, hinanya makanan yang kita mkn, makanan yg membentuk 'kita'.

Ayam daging biasanya dlm 20 minit kalau letak kat luar peti sejuk mesti lalat dah datang, bau dia mak aaiiii... senang hanyir, kenapa? Ada certain part part ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan ... kenapa ye...? fikir fikirkan.

Saya tidak berniat mempromosi ape ape, sy juga tiada share dlm biz Dr Zainol, tapi saya seru, kepada sesiapa sahabat yg terbaca email ini, mungkin skrng tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita.. maafkan saya jika terlambat bercerita, sy hanya manusia, kdg2 sy takut juga pandangan ikhlas saya di salah erti. Pernah beberapa kali saya bercerita kpd kawan kawan, tapi cerita saya di anggap seperti diada adakan, malah ade yg tak respon apa apa, (bila pk pk kelakar pun ade, takkan benda dasyat mcm ni takde respon..) jd sy berhenti bercerita seketika.. maafkan sy terlambat memanjangkan kepada kwn kwn.. but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.

Fwd this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawab ini. Insyaaallah Allah berkati.

last mth pun article Ayam Organic ade keluar kat Berita Harian, full page, kat dlm tu pun ade ttg enzim babi ini.

Anyway sy dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke turun ke Ayam organic jauh lebih sedap, manis dan yg penting
kita pasti ttg sumber pembesaran ayam ini, Insyaallah.

pilihan yg ada untuk kita sekarang ialah ayam az-zain (Prof. Dr Zainol), ayam hijrah (Kuala Ketil, Kedah), ayam ustaz (Kelantan), ayam HPA (Perlis) & last sekali ayam kampung..

rujukan ; http://az-zain.com/?page_id=17
http://duniaherbahpa.com/2008/02/ayam-organik-hpa/

https://ms-my.facebook.com/ayam.hijrah
https://www.facebook.com/pages/AYAM-USTAZ/468724033271477
http://www2.hmetro.com.my/a…/Ayamorganikbersih_halal/Article
: kelebihan ayam-ayam ini

- pengusaha 100% muslim
- tiada stunning atau kejutan elektrik sebelum di sembelih
- usus dikeluarkan sebelum dimasukkan dalam air panas
- tidak dicelup dalam air klorin (ayam organik az-zain)
- diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran (ayam ustaz)
- diberi makan Hebbatussauda (ayam HPA)
- rendah lemak
- tidak disuntik dan tidak diberi makanan yang berunsur syubhah
- dijamin HALALan Toyibban dan baik untuk kesihatan anda sekeluarga

: Sahabat-sahabat sila baca di sini semua.... http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19595.0

SENARAI KEDAI AZ ZAIN DI SELURUH NEGERI... http://www.azzain.com.my/kedai/"

PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE

PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE
Harga: RM45 
*Untuk dapatkan harga ahli, sila mendaftar sebagai ahli di sini---> DAFTAR AHLI
Kandungan : 90 tablet

Segar dan Melegakan
Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

10 June 2015

TAK PERNAH BUAT MEDICAL CHECK-UP : BOLEH MEMBAWA KEMATIAN...?

Tengok tajuk macam teruk sangat kan, kalau tak pernah buat medical check-up boleh membawa kematian.. masyaa Allah. Scary.
Hidup mati, ajal maut di tangan Allah. 

Apa pun, saja buat gempaq soalan tu.. sebab, selama ini kita tengok seseorang tu sihat je, tetapi, sampai satu hari dapat berita beliau telah meninggal dunia, akibat sesak nafas dan sebagainya.

PERLUKAH ANDA MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN (MEDICAL CHECK-UPwalaupun anda rasa tubuh badan anda sihat walafiat tidak pernah rasa sakit, hanya demam setahun sekali? Tak tau maknanya tak sakit.. hehe. Bahaya tu. Tak pernah sakit, tak semestinya dalam badan tu sempurna.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat membantu kita memantau perkembangan kesihatan kita. Gaya hidup moden, faktor stress, kurang bersenam, selalu makan makanan segera boleh mempengaruhi keadaan kesihatan kita. Pemeriksaan kesihatan adalah satu rangkaian ujian kesihatan, yang dilakukan secara menyeluruh bertujuan mengetahui kondisi kesihatan kita. Jadi dengan melakukan pemeriksaan kesihatan ini, kita dapat mengetahui sejak awal jika adanya penyakit yang dapat mengganggu kesihatan kita. Ia dapat membantu kita melakukan tindakan pencegahan dan pengubatan awal untuk mengatasi serangan penyakit tersebut. Pemeriksaan kesihatan sangat efektif untuk mengesan dan mengetahui penyakit sejak awal.

Anda pasti bersetuju dengan saya bahawa mencegah penyakit lebih murah biayanya berbanding pengubatannya. Pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan seawal mungkin, pada usia dewasa muda (sekitar 25 tahun). Bila anda telah berusia lebih dari 35 tahun atau 40 tahun, memang sangat disarankan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. Selain itu kita juga harus menjalankan pola hidup sihat dengan mengkonsumsi makanan berserat seperti sayur, buah, mempunyai cukup istirehat (paling kurang tidur 8 jam sehari) serta minum air kosong sebanyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Kebiasaannya, bila umur dah mencapai 40an, tubuh badan mungkin akan mengalami perubahan ketara dari segi kesihatan.. maklumlah, dah 40 tahun mengumpul toksik dan sebagainya.. kalau tak jaga pemakanan la... DAN.. kebiasaannya bila berumur 40 tahun, berbagai penyakit mula cuba hinggap. Jadi, jawapannya : YA, anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bila anda mencapai umur 40 tahun.

KISAH MEDICAL CHECK-UP SAYA
9 Jun 2015 pergi ke Salam untuk buat pemeriksaan kesihatan. Saja-saja nak buat sebab bulan Ogos ni saya berumur 44 tahun. 
2 jam juga menunggu untuk berjumpa doktor. Sampai hospital pukul 10.35pagi... selesai semua pukul 12.35 tengahari. Dah sampai lewat, ramai lagi pesakit lain yang sudah tiba lebih awal. Jadi, nasihat saya, kalau nak cepat selesai, datang awal ye.. seawal 7.30 pagi.. hihi.

Doktor tu saya dah kenal, sebab saya dulu pernah kerja kat situ sebagai Ketua Unit bahagian Akaun. Jadi, tak lah rasa takut sangat... Doktor tu pun baik orangnya, Dr Nik Wan Rusmani. Beliau sendiri yang mengambil darah saya. 
Sebelum dia letak jarum kat pelipat lengan saya, dia kata, "saya nak cucuk ni ye.. sakit sikit je." Nervous semacam pulak dah.. padahal dah berapa kali kena ambil darah sebelum ni, setiap kali mengandung kut.. 5 kali mengandung dah tu.. hehe.. Sebenarnya, tak sakit pun.

DEBARAN MENUNGGU KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
Keputusan didapati keesokan harinya. Sebelum pergi ke hospital, saya whatsapp Dr Nik dulu. Beliau awal-awal dah bagitau, keputusan OK.. Alhamdulillah!

Sampai di hospital, jumpa doktor & beliau terangkan serba sedikit tentang keputusan pemeriksaan kesihatan ni.

Beliau tekankan tentang tahap kolesterol. Kata beliau, bacaannya tak membahayakan malah masih terkawal. Kalau selama ini tak pernah makan ubat kolesterol, tak perlu risau .. cuma kena kawal pemakanan. Beliau berseloroh, "Puan kan tokey Shaklee.. makan la supplement Shaklee!"

Sebenarnya saya memang sedang mengamalkan Phytocol serta Omega Guard, tapi bukan setiap hari saya makan...hanya selang sehari, sebab saya yakin tahap kolesterol saya baik. Jadi, lepas ni, saya akan tingkatkanlah kekerapan pengamalan 2 supplement tersebut selepas ini. Di samping itu saya pun mengamalkan Vivix yang memperbaiki sistem tubuh dari tahap selular. Makanan pun kena pilih dengan berhati-hati, jangan makan yang banyak kolesterol... daaaann....PASTIKAN BERSENAM DENGAN KERAP...
Hmm.. patutla, dah lama tak pi jalan-jalan kat taman Shah Alam tu.

Oh ya, selepas darah diambil baru doktor mengambil tekanan darah saya. Tapi beliau berkata takde masalah kalau ambil tekanan darah selepas ambil darah, it won't make much difference. 

Bacaan tekanan darah saya waktu itu adalah 126/76*.

*126 = tekanan sistolik
    60 = tekanan diastolik. 

Bacaan tekanan darah yg normal ialah : 
Tekanan sistolik = 120 – 139 mmHg 
Tekanan diastolik = 80 – 89 mmHg

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SAYA
Nah, di bawah ini adalah keputusan dari pemeriksaan kesihatan saya semalam. Insyaa Allah akan saya kupaskan tentangnya secara terperinci.. kena study dulu.. hehe.






8 June 2015

HARGA MINYAK NAIK LAGI 10 SEN MULAI 1 JUN 2015


Nak balik kampung Jumaat lepas, saya biar tangki hampir kosong baru isi petrol. Nak tengok berapa ringgit setangki penuh. Phew, RM20 lebih tinggi dari bulan lepas.

Kebiasaannya, setiap 5 hari saya perlu isi tangki penuh untuk aktiviti harian seperti menghantar anak ke sekolah, ke rumah / pejabat pelanggan Shaklee saya di sekitar lembah klang atau ke poslaju. Bermakna, sebulan kena tambah RM120 la.
It's ok, hanya perlu bekerja lebih keras dari biasa.


Anda juga pasti menghadapi situasi seperti saya kan? Apa alternatif yang ada? Naik motorsikal? Bagus cadangan tu, memang banyak boleh jimat, tapi kalau takde motorsikal... naik bas? Hmm ok juga. Tapi susah juga ye.. kalau dah biasa naik kereta sendiri.

Selain tu, boleh tambah pendapatan sampingan.. buat macam saya share dulu...
Ingat tak?

Mari saya refresh :
Nak dapatkan extra RM120 tu anda boleh jual produk shaklee seprti berikut (contoh la.. ada banyak produk yang anda boleh pilih tapi saya pilih produk yang paling orang suka beli-Set Cantik)
3 tin esp
3 botol vita c
3 botol vita e
3 botol b comp
3 botol alfalfa
3 botol vitalea
3 botol omega

Dengan hasil jualan tersebut anda dapat 8% bonus peribadi dengan nilai RM132. Ada baki RM12 lagi dari RM120 target anda nak dapatkan. Boleh la kumpul-kumpul beli supplement untuk diri sendiri.

Mudah sangat kan? Dalam 30 juta penduduk Malaysia, takkan la tak ada langsung 3 orang yang nak set cantik ni kan? Jangan lupa minta doa kat Allah.. niat kita baik pasti Allah permudahkan urusan kita.

Mudah kan? Ya mudah.

Apa langkah sebelum tu? WhatsApp / SMS saya
Ruzana Ibs, 019 - 289 6117
Founder of Eureka Millionaire Empire

2 June 2015

5 SIMPTOM HEMPEDU ANDA ADA BATU, YANG ANDA TIDAK TAHU

Pagi ni dapat perkhabaran dari sahabat yang suaminya dimasukkan ke wad.
Katanya ada batu dalam hempedu, jangkitan kuman dalam darah & darah putih yang sangat tinggi. Kami semua doakan semoga suami beliau dapat rawatan terbaik dan Allah memberi kesembuhan seperti sediakala dan semoga urusan beliau sekeluarga, Allah permudahkan. Syafakallah.
Amin.

Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

SIMPTOM SUAMI BELIAU
Menggigil sejuk. Selepas diberi minuman panas, selimut 2 lapis, letak minyak panas di kaki, beliau berpeluh, basah kuyup. Selepas itu, sentiasa berpeluh dan mengalamai senak dada.

Suami beliau pun sudah sedia ada darah tinggi dan diabetes sebelum ini.

Semasa di hospital, doktor cuba masukkan wayar ke jantung, tujuan mengawal kandungan air dalam badan kerana kalau lebih air dikhuatiri masuk ke dalam paru-paru, manakala kalau kurang akan memberi kesan buruk kepada buah pinggang.

Walau bagaimanapun, di entri ini, saya hanya akan berkongsi tentang batu dalam hempedu saja. Dalam entri lain akan saya kongsikan tentang darah putih lebih dari darah merah serta jangkitan kuman dalam darah.

Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada anda semua.

SIMPTOM BATU DALAM HEMPEDU
Bagaimana nak tau samada anda ada batu dalam hempedu atau tak? Biasanya memang tak ada simptom yang khusus, tapi, kalau kena simptom berikut, elok la pergi check. Atau saja buat routine medical check-up pun boleh.

(1) Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.

(2) Demam - Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.

(3) Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal.

(4) Sakit perut, loya dan muntah.

(5) Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’.
Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

PUNCA BATU DALAM HEMPEDU


(1) Batu dalam hempedu biasa terbentuk sekiranya kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak.
2) Kurang minum air
3) Suka makan benda berlemak
4) Suka makan benda-benda masin
5) Suka makan nasi lemak (bilis,sambal dan santan sangat bahaya)
6) Suka makan “seafood” yang kaya dengan kolestrol jahat

RAWATAN UNTUK BUANG BATU HEMPEDU
PERKONGSIAN EN IZWAN MOHAMED NORDIN di Facebook

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010. Antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan. 

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba . Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati. Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.

Petua rawat "Batu Dalam Hempedu (gallstone flush)" tanpa pembedahan.

Cara 1 : Express 1 hari
1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.
2. Esok pagi sarapan - minum jus 3 biji epal hijau (granny smith) . Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.
3. Makan tengahari - minum jus 3 biji epal hijau
4. Makan malam - minum jus 3 biji epal hijau
5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.
6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.
7. Lansung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Cara 2: Proses 6 hari
1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.
2. Pada hari ke 6 : Lepas sahur mula puasa.
3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.
- 6 pm : minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.
- 8 pm : ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)
- 10 pm : Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan penggunaan
- limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

- Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu

- Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

- Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu

- Amalkan 6 bulan sekali.

Selamat mencuba. Insyaallah
Boleh lawati Facebook untuk baca pengalaman dan tips bekas pesakit di sini 

BAGAIMANA MENGATASI BATU DALAM HEMPEDU
Anda dah tau apa yang menyebabkan batu dalam hempedu dan cara merawatnya. Seboleh-bolehnya, anda kawal tubuh badan anda supaya tidak kena batu dalam hempedu ni.

Bagaimana? 
Dengan menjaga pemakanan anda, iaitu dengan mengurangkan makanan yang boleh menyebabkan batu hempedu seperti yang disebut di atas.

Selain itu, anda boleh amalkan supplement berikut bagi tujuan di atas.
Anda mempunyai 5 pilihan:

(1) Garlic Complex 60 biji RM47.50
(2) Lecithin 180 biji RM52.50
(3) Omega Guard 90 biji RM136.00
(4) CoQHealth Plus 30 biji RM124.00
(5) Phytocol 120 biji RM197
(6) Vivix 150ml RM475.00

Bagaimana hendak membuat pilihan supplement?

(1) Anda disarankan memilih Garlic Complex jika:
Anda kurang mampu dari segi kewangan
Anda penggemar makanan bersup sahaja
* Garlic Complex menurunkan kadar serum trigliserida dan kolesterol LDL (kolesterol jahat)

(2) Anda disarankan memilih Lecithin jika:
Anda gemarkan makanan yang berkolesterol
Anda sedar yang menjaga tahap kolesterol lebih penting daripada kemampuan kewangan
* Lecithin menerutralkan kolesterol dalam darah

(3) Anda disarankan memilih Omega Guard jika:
Anda memerlukan hasil yang lebih pantas untuk membuang kolesterol yang banyak di dalam tubuh badan anda
* Omega Guard mempunya EPA & DHA yang dapat menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat)

(4) Anda disarankan memilih CoQHealth Plus jika:
Anda suka makan
Anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
Anda belum berkemampuan memiliki Vivix
* CoQHealth Plus mengikis lemak & kolesterol dalam saluran darah

(5) Anda disarankan memilih Phytocol-ST™ jika:
Anda mempunyai tahap kolesterol yang masih rendah
Anda gemarkan makanan yang berkolesterol
Anda sedar yang menjaga tahap kolesterol lebih penting daripada kemampuan kewangan
* Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
Berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL  (kolesterol jahat) secara semula jadi.

(6) Anda disarankan memilih Vivix jika:
Anda berkemampuan
Anda suka makan
Anda memegang rekod tahap kolesterol tertinggi
Anda ada penyakit-penyakit lain
Anda amat jarang bersukan
Anda semakin meningkat usia
* Vivix membaik pulih tubuh dari pelbagai jenis penyakit dengan cepat, selamat & berkesan



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Salam sayang,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms/Telegram : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com
Facebook Page : Sihat Jelita Bersama Ruza
Instagram : Ruzana Ibs




TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign