29 May 2013

SUPPLEMEN UNTUK IBU MENGANDUNG

Tahun ni ramai rakan karib yang mengandung. Ada yang anak sulung, anak kedua, anak keempat pun ada. Tahniah semua... alhamdulillah!

Nak makan apa supaya bayi sihat, ibu pun sihat? Tak boleh sembarangan makan, sebab apa yang ibu makan akan beri kesan kepada kandungan. Semasa trimester pertama orang tua-tua pesan jangan makan makanan yang tajam seperti nenas, air berkarbonat, air tebu... kena makan makanan berkhasiat terutama yang ada protin, asid folik, kalsium dan sebagainya. Nak senang makan vitamin je. Insya Allah dapat khasiat-khasiat yang diperlukan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan tu.

Trimester Pertama (sehingga kandungan berusia 12 minggu)

Semasa trimester pertama tubuh akan mengalami banyak perubahan. Perubahan hormon menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam tubuh kita. Perubahan yang mungkin dialami semasa trimester pertama termasuk keletihan melampau, payudara bengkak, sakit perut, tekak loya dan muntah (morning sickness). Mengidam atau membenci makanan tertentu, perubahan mood, sembelit, perlu membuang air kecil lebih kerap, sakit kepala, pedih ulu hati, penambahan berat badan atau penurunan... owh, banyak lagi.


Vitamin yang sesuai untuk Trimester Pertama

a) Vita-Lea dengan zat besi
    - Vita-Lea adalah Multivitamin, tak perlu makan Obimin lagi 
    - Makan 1 biji sehari

b) Vitamin B Complex

    - Ada 8 komponen vitamin B dalam B Complex ni, termasuk Asid Folik
    - Makan 1 biji sehari

c) Vitamin C (Sustained Release)

    - Mengukuhkan sistem imunisasi
    - Kurangkan gusi berdarah (ibu mengandung selalu kena penyakit gusi berdarah)
    - Kurangkan stretch mark kat perut & peha 
    - Kurangkan rasa loya (kalau makan chewable Vit C boleh kemam untuk hilangkan rasa loya-tapi kena makan 3-5 biji sehari kerana kandungan dosnya rendah sikit dari Sustained release Vitamin C untuk dewasa)
    - Makan 1 biji sehari

d) Ostematrix

    - Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium
    - Ibu mengandung perlukan sekurang-kurangnya 1000mg Kalsium sehari
    - Bayi akan menyerap Kalsium dari ibu... kalau tak cukup Kalsium, ibu boleh mengalami       osteoporosis di masa depan... tulang cepat reput... oh no no.
    - Makan 4 biji sehari
    - Sesiapa yang tak suka minum susu atau alah dengan susu lembu, elok lah makan ostematrix ni. Macam saya suka sangat susu lembu tapi malas nak beli. Dan rasanya lagi jimat dan cepat makan ostematrix.


Trimester 2 dan 3 (sehingga kandungan berusia 38 minggu)



Pada minggu ke-18 ultrasongrafi sudah boleh dilakukan untuk memeriksa kesempurnaan janin, kedudukan plasenta dan kemungkinan bayi kembar.

Pada minggu ke 20 hingga 21 rangkaian kuku, kulit dan rambut berkembang dan mengeras. Indera penglihatan dan pendengaran janin mulai berfungsi. Kelopak mata sudah dapat membuka dan menutup. Janin (fetus) mulai tampak sebagai susuk manusia dengan panjang 30 cm.


Pada minggu ke-24 hingga 40 semua organ tumbuh sempurna. Janin menunjukkan aktiviti motor yang diselaraskan (menendang, menyucuk) serta tempoh tidur dan bangun. Masa tidurnya jauh lebih lama dibandingkan masa bangun. Paru-paru berkembang pesat menjadi sempurna. 

Pada bulan ke-9, janin mengambil kedudukan kepala di bawah, siap untuk dilahirkan. Berat bayi lahir berkisar antara 3 -3.5 kg dengan panjang 50 cm.


Vitamin yang sesuai untuk Trimester 2 dan 3
Kesemua vitamin (a) hingga (d) ditambah dengan 2 supplement yang berikut:

1) Omega Guard
   - 1 tablet sehari. 
   - DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. 
   - Untuk ibu mengandung pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

2) Energizing Soy Protein
   - Bancuh 1 sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum (air kosong atau apa-apa saja minuman pilihan termasuk jus buah-buahan, kecuali kopi & teh).
  - Sekali sehari
  - ESP ini akan memberikan tenaga berterusan, supaya ibu mengandung tidak cepat letih, selain mencantikkan kulit & mengurangkan "stretch-mark effect".




*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*



Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

27 May 2013

SEMOGA BAPA CEPAT SEMBUH

Alhamdulillah dapat berjumpa dengan beloved Bapa & Mak masa balik weekend baru ni. Kebetulan masa sampai di hospital Bapa tengah dalam proses nak discharge.
Sampai rumah terus suapkan Bapa & Mak Vivix. Sedih melihat Bapa yang terbaring tak dapat menggerakkan sebelah kanan badan. Tapi Bapa sangat determine... nak cuba bangun sendiri. Doktor bagitahu yang Bapa boleh sembuh tapi kena buat fisioterapi.

Macam tak percaya tengok Bapa terbaring begitu mengenangkan Bapa seorang yang aktif semasa muda sampailah sebelum Bapa jatuh baru2 ni.

Allah maha berkuasa dan maha pengasih. Kena banyak bersabar & redha dengan apa yang Allah berikan. Kena berusaha dan berusaha, insya Allah dapat apa yang dihajati. Sebagai anak2 kena ikhlas dalam apa yang dilakukan untuk Bapa & Mak. Tak rugi berbelanja untuk Bapa & Mak. Rasanya takkan sama dengan apa yang Bapa & Mak berikan & lakukan kepada kami adik beradik dari sejak kami lahir , malah sehingga kami semua dah dewasa dan berkahwin sebelum Bapa sakit.

"Ya Allah, sembuhkan Bapa secepat mungkin, dan berikan kesihatan yang baik kepada kedua Bapa & Mak supaya mereka masih dapat beribadat kepadamu ya Allah!"

Amin.

25 May 2013

CONTOH-CONTOH PENYAKIT & KEPERLUAN VITAMIN (RESPIRASI & KESIHATAN ORAL)


VITAMIN C SHAKLEE - MANFAAT


Vitamin C Shaklee dinamakan Sustained Release Vita C kerana ia adalah Vitamin C yang dibebaskan berterusan secara semulajadi. Ia mampu kekal di dalam plasma darah manusia selama 24 jam. 

Di dalam setiap tablet Vitamin C Shaklee ini mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh manusia, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama Vitamin C

Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen, iaitu sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ia mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah dan lebam di kulit serta pemulihan kecederaan yang lambat, menyebabkan kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
Mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit juga asma (lelah).
Memendekkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

Memerangi Kanser
Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser.
Ia membuang kimia berbahaya dari tubuh manusia dengan berkesan.
Ia mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel manusia.

Mencantikkan kulit
Dengan pengambilan Vitamin C setiap hari dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen (pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat).

Memperbaiki Insomnia
Vitamin C memperbaiki insomnia, iaitu stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Mengekalkan Kolesterol Sihat
Vitamin C mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.
Mengekalkan kapilari darah yang sihat.
Menghindarkan arteriosclerosis & thrombus.
Menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

24 May 2013

GUSI BERDARAH

Along pergi dentist semalam kerana dah lama tak jumpa dentist & since dia nak masuk universiti, Along nak pastikan giginya dalam keadaan baik. Kalau sakit gigi susah pulak nak concentrate on study. Lagipun gusi Along selalu berdarah especially semasa gosok gigi.

Selain buat scaling, dentist berikan dia antibiotic untuk kuatkan gusi (agaknya. Not sure of the reason for having the antibiotics). 
Sebagai seorang pengamal vitamin Shaklee yang tegar, saya tak puashati Along diberi antibiotics.

Stok Vitamin C sentiasa ada di rumah tapi Along jarang-jarang makan. Yang suka makan vitamin C adalah adik perempuan bongsu, Azrina yang berumur 8 tahun. So, I told Along, make sure, starting from today, makan Vitamin C setiap hari... jangan culas and see if the gums would stop bleeding or not. 

APA YANG MENYEBABKAN GUSI BERDARAH
Penyebab utama penyakit gusi (bahasa doktor kata periodontium) adalah *plak. Bakteria dalam plak menghasilkan toksin yang menyebabkan gusi merah, bengkak serta mudah berdarah. Jika tidak dirawat, penyakit gusi boleh merebak ke tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi bergoyang.

*Plak ialah lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi, warna keputihan atau kekuningan di celah gigi yang keras.Biasanya orang sebut karang gigi.

Minum air berkarbonat, makan makanan ringan & menghisap rokok pun antara sebab-musababnya. Banyak juga penyebab-penyebab lain bagi gusi berdarah ni, antaranya :-
  • perubahan hormon semasa mengandung
  • berus gigi keras sangat
  • cara gosok gigi yang salah... gosok gigi dari kanan ke kiri, kiri ke kanan (horizontally)
  • kurang vitamin K
  • kurang vitamin C
Gusi berdarah ini jangan dipandang ringan. Bakteria dari gusi boleh menular ke jantung melalui pembuluh darah vena. 
Boleh juga pergi ke otak yang menyebabkan menginitis. 

KESIMPULAN
Untuk menghindar gusi berdarah, gosok gigi dengan berus gigi yang lembut. Di atas bungkusan berus gigi tu dia tulis 'Soft'. Guna ubat gigi Paradontax. Ubat gigi ni saya belikan untuk Along. 

Gosok secara menegak, dari gusi ke gigi. Dari atas ke bawah.

Rajin-rajin melawat dentist, buat scaling, sekurang-kurangnya sekali setahun.

Makan Vitamin C, Vita-Lea & Ostematrix. 
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium & Vitamin D. Vitamin D fungsinya menyerap kalsium.
Vita-Lea mempunyai Vitamin K yang funsinya membekukan darah, mengurangkan risiko pendarahan.

Berbelanjalah lebih sedikit untuk kesihatan... lebih sikit je. Kalau kedekut sangat untuk kesihatan... takpelah, tanggunglah kerugian yang besar di kemudian hari. 

Kita berusaha, Allah akan menolong hamba-hambanya yang rajin berusaha.



23 May 2013

VIVIX

PENEMUAN REVOLUSIONARI DALAM ANTI-PENUAAN PADA TAHAP SELULAR

PENGENALAN

Vivix merupakan suplemen anti-penuaan terbaik dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular:
  • Melindungi dan membaiki selular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan pembentukan baru mitochodria
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Product)
  • Membantu menjaga kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi
  • Perlindungan antioksidan
  • Peningkatan tenaga pada tahap selular
BAHAN-BAHAN di dalam Vivix

Anggur Muscadine


Anggur ini mempunyai lebih satu kromosom, yang dipercayai boleh mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.
Ia mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, yang telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser. Juga bertindak sebagai anti-virus & anti-bakteria.






Lobak Ungu

Lobak Ungu ini adalah sumber terbaik Vitamin A. Ia juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan utama di dalam lobak yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes. Ia juga dibuktikan melalui kajian yang anthocyanins mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.






Elderberry
Salah satu manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.
Elderberry megandungi flavonoids, yang mempunyai ciri anti-oksidan yang kuat, yang mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus & bakteria.
Ia juga boleh mengurangkan simptom seperti sakit otot dan demam  yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
Selain dari menguatkan imun, ia melawan jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes, juga memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok.
Manfaat lain elderberry ialah mengurangkan stress serta memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

Polygonum Cuspidatum

Mempunyai resveratrol yang boleh membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.








MANFAAT KESIHATAN VIVIX

1.Anti penuaan
2.mati pucuk/impotence
3.masalah prostat
4.kemandulan wanita & lelaki
5.ketiadaan nafsu berahi
6.masalah keputihan/leukorrhea
7.sindrom pra haid/ pre menstrual syndrome
8.menapous
9.penyakit kelamin

MASALAH MATA
1.katarak
2.glaukoma
3.mata malas/lazy eyes

MASALAH OTOT, TULANG & SENDI
1.arthiritis
2.sakit/sakit badan/ sendi
3.masalah kuku
4.patah tulang

SISTEM SARAF & KESIHATAN MENTAL
1.depresi/kegelisahan
2.gila babi
3.penyakit alzheimer/ lemah daya ingatan
4.kebas-kebas & kekejangan kaki
5.insomnia/masalah tidur
6.migrain/pening kepala
7.letih & lesu
8.vertigo
9.penyakit parkinson

METABOLISMA/SALUR URINARI
1.diabetes/kencing manis
2.gout
3.masalah ginjal & pundi kencing
4.infeksi saluran urinari/ sistitis
5.batu karang

SISTEM PENGEDARAN DARAH
1.penyakit jantung/ hypertensi/ strok
2.kelosterol tinggi

SISTEM PENGHADAMAN & HATI, PUNDI HEMPEDU
1.gastrik/peptik, ulser perut
2.masalah pundi hempedu
3.sembelit
4.hepatitis
5.hemorrhoids/ piles

RESPIRASI & KESIHATAN ORAL
1.alergik hidung
2.asthma
3.selsema & flu
4.bronkitis
5.batuk/tuberculosis
6.sinusitis
7.perokok 

NOTA
  • Sila simpan Vivix di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kebaikan semulajadinya.
  • Vivix tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG
  • Beli 2 Vivix dapat KEAHLIAN PERCUMA



KERATAN AKHBAR MENGENAI VIVIX



















*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*



Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

SEDIHNYA - DIABETES

Hari Ahad lepas bapa jatuh dalam bilik air. Mujur tak ada kecederaan yang serius, tapi bibir bengkak. Abang sulung balik kampung tengok keadaan bapa pada hari yang sama dan bawa Bapa ke hospital. Doktor kata kadar kandungan gula dalam darah tinggi, BP pun tinggi. Sedihnya!

Harini kakak pula balik...
Hari Jumaat nak balik tengok Bapa & nak bawa balik Vivix untuk Bapa! Kena pastikan Bapa makan VIVIX dengan berdisiplin & kena makan continuosly. Tak kisahlah berbelanja lebih... asalkan Bapa sihat. Lagipun berapa sangatlah nak bandingkan dengan jumlah wang ringgit dan kasih sayang yang dah Bapa berikan dulu.
I ♥ u Bapa!

KESIMPULAN

Kencing manis (diabetes) kalau sudah di tahap kritikal boleh menyebabkan pening atau hilang kawalan. Sebab itu pesakit kencing manis ini boleh jatuh tiba-tiba. Bahayanya kalau terjadi semasa memandu atau sedang melintas jalan. Nauzubillahiminzalik!

Kalau ada luka kecil sekalipun akan merebak dan sukar untuk sembuh. Lebih parah kalau kena potong anggota badan yang terbabit. Kalau kena potong kaki boleh pakai tongkat atau kerusi roda...mungkin akan menyusahkan tapi lebih menyusahkan kalau bahagian tangan yang dipotong. Masya Allah. Jauhkanlah dari kami ya Allah perkara ini daripada terjadi kepada kami.

Apalah sangat berbelanja untuk menjaga kesihatan yang baik berbanding berbelanja mengubati setelah sakit. Bagaimana kalau ditakdirkan tidak boleh bekerja lagi disebabkan penyakit ini.

Semoga mendapat iktibar.

Yang Ikhlas 
Ruzana

19 May 2013

I AM YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR


Masa depan anda bergantung kepada apa yang anda pilih



Dr Shaklee telah mencipta produk pemakanan semulajadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semulajadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.


Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda MEMILIH Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa 
  1. SELAMAT
  2. BERKESAN
  3. SEMULAJADI





TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign