21 September 2015

JOM MAIN BUIH SABUN

Ahmad baru ni main tiub pencuci muka saya, dia picit keluar buih. Excited bila keluar buih. Malangnya, itu pencuci muka saya, nanti habis la pulak. So, of course saya tak bagi dia main dah la. Syukur dia tak mengamuk, sebab saya janji nak bagi yang lebih best dari tu. So, dia ok la.

So, saya pun google cara nak buat buih sabun untuk dia main sepuas-puasnya. Cuti sekolah pulak sekarang ni.

Saya guna bahan recycle untuk bekas isi air sabun dan peniup.

Bekas untuk letak air sabun tu saya guna botol Vita-Lea Shaklee, sebab penutupnya jenis berkunci, maka air takkan tumpah walaupun tudungnya longgar.
Tudung_botol_berkunci

Untuk meniup belon, batangnya saya guna berus gigi yang dapat free dari hotel dan besi bulat keychain disambung ke berus gigi. Tak reti nak explain, tengok gambar di bawah :)

Resepi untuk buat buih agar jadi belon yang besar dan banyak :

Bahan yang diperlukan
1/2 cawan air panas untuk bancuh gula
1 1/2 cawan air biasa untuk bancuh sabun
1/2 cawan gula (untuk pekatkan campuran, bila pekat buih tahan lama)
1 sudu kecil tepung jagung (tak bubuh pun takpa - fungsi sama dengan gula)
1 cawan sabun pencuci pinggan (saya guna brand JOY.. buih banyak)
Cawan penyukat
Sudu untuk mengacau campuran

Cara
Masukkan gula ke dalam 1/2 cawan air panas. Kacau sehingga larut.
Masukkan sabun ke dalam 1 1/2 cawan air biasa. Tutup botol & goncang sehingga sebati.
Masukkan air gula ke dalam air sabun. Tutup botol & goncang sehingga sebati.
Masukkan 1 sudu kecil tepung jagung dalam sebati sabun & gula tadi. Tutup botol & goncang sehingga sebati.
Lepas tu boleh dah main air sabun tu.. yeay.

Ahmad main dalam bilik air je.. hehe. (Gambar sedang bermain tak boleh letak sini sebab "censored".. hehe.)

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign