13 June 2014

TEKANAN DARAH RENDAH - IBU HAMIL DALAM BAHAYA

Asyik dok cerita tentang bahaya darah tinggi je kan. Tekanan darah rendah pun bahaya. Jangan main-main dengan tekanan darah rendah...terutama ibu hamil.

Kekerapannya boleh dianggarkan setiap 1 daripada 3 wanita hamil boleh dikesan mengalami masalah ini.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, seorang ibu hamil dengan tekanan darah rendah bakal mendapat komplikasi kesihatan sepanjang kehamilannya juga mungkin boleh berlanjutan sehingga selepas melahirkan.

Golongan berisiko tinggi mengalami tekanan darah rendah
- disahkan menghidapi Anemia semasa hamil melalui pemeriksaan darah
- pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak / keguguran
- wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
- wanita yang menyusukan anak

Punca tekanan darah rendah
Ia berpunca dari kekurangan ZAT BESI yang sangat penting apabila hamil.
Kebiasaannya kerana
-kesan amalan diet yang tidak seimbang
-penyerapan rendah oleh badan
-kesan sampingan ubat tertentu
-kehilangan darah yang banyak 
-genetik

Kenapa Zat Besi penting
Ini kerana zat besi akan bertindak sebagai salah satu komponen utama dalam sel darah merah.

Ia akan menghantar oksigen ke seluruh tubuh bagi memastikan kelangsungan fungsi tubuh dan menyokong tumbesaran sempurna bayi dalam kandungan.

Ibu hamil yang mengalami tekanan darah rendah akan kerap mengalami 
- keletihan
- lesu
- pucat 
- pitam 
- anemia

Dalam keadaan yang lebih ekstrem, kekurangan zat besi boleh menyebabkan 
- keguguran
- kelahiran pramatang
- saiz bayi yang kecil
- koma
- kematian ibu atau bayi

Keperluan zat ini akan meningkat 50% lebih banyak dari biasa untuk terus menyokong dua nyawa iaitu ibu dan anak di dalam kandungan.

Pengambilan makanan tinggi zat besi amat membantu mengatasi kesan sampingan tekanan darah rendah.

Kategori makanan tinggi zat besi
- Ayam
- Sayuran berdaun hijau
- Kekacang
- Bijiran
- Kurma, buah tin, prun
- Tembikai
- Bijan
- Tauhu
- Delima
- Supplement 
Supplement / makanan tambahan 
Ibu hamil juga digalakkan untuk makan supplement atau makanan tambahan untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi kadar penyerapan zat besi dalam badan, seperti :-
- folat
- kuprum
- zink tambahan
- vitamin C
Yang penting, dapatkan pemeriksaan doktor melalui ujian darah secara berkala dan mintalah pendapat pakar berhubung dengan saranan pengambilan makanan tambahan yang tepat yang diperlukan.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign