30 December 2014

MENGAPA SAYA ADA FIBROID?

  

APAKAH ITU FIBROID 
Fibroid adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita.

Fibroid (juga dikenali sebagai myomas) adalah benigna (bukan kanser) yang tumbuh di dalam uterus (rahim). Ia boleh melekap pada dinding rahim dengan tangkai, seperti dalam polip, boleh tumbuh di dalam dinding rahim, atau hanya menganjur keluar dari dinding ke dalam rongga rahim.

Ada yang tumbuh satu sahaja dan saiznya sangat besar, ada yang banyak ketul tapi kecil-kecil. Kawan saya pernah dibuang fibroid yang berpuluh-puluh ketul dalam satu pembedahan.

Sebenarnya, rahim mempunyai tiga (3) lapisan.
(1) Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.

(2) Lapisan tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi.
Setelah bersalin, otot ini akan menguncup dan pulih seperti sediakala.

Ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

(3) Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium.
Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.

Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.

Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain.

Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang yang dinyatakan tadi.

JENIS-JENIS FIBROID
Jenis-jenis fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim

(1) Intramural 
Tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Boleh menyebabkan rahim bengkak dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

(2) Submucosal 
Juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling high possibility menyebabkan gejala-gejala yang ketara.  Fibroid ini dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh berlanjutan hingga ke dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

(3) Subserosal 
Juga dipanggil fibroid subserous yang tumbuh di luar rahim. Fibroid ini selalunya memberi gejala yang paling minima, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

GLA Shaklee jenis fibroid

SIMPTOM FIBROID
Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa-apa simptom atau gejala.

30% dari wanita yang telah meningkat umur 40an, ada tumbuhan fibroid.

MENGAPA FIBROID TUMBUH?
Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui.
Ia tumbuh pada sesetengah orang, sedangkan pada yang lainnya tidak.

Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25% daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mendapatkan rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda dan tidak menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak.

Ada juga kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan mengalami fibroid.

Bagi wanita ini, di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

FIBROID DAN KETIDAKSUBURAN - MANA SATU DULU?
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid.

Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau umur 30an atau 40an dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

FIBROID BERKAITAN HORMON?
Wanita mempunyai 2 jenis hormon:
(1) Estrogen
Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid

(2) Progesteron
paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu 2 minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang

Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti
- pendarahan yang tidak tentu masa,
- ketumbuhan fibroid pada rahim, serta
- keadaan ketidaksuburan atau kemandulan


Secara hipotesisnya, adalah diketahui bahawa terlalu banyak estrogen membuat fibroid berkembang.

Apabila kita semakin tua dan kita mengeluarkan kurang estrogen, fibroid akan mengecut. 

Walau bagaimanapun, ada wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon yang teruk akan mengalami pertumbuhan atau pengecutan fibroid yang tidak rasional.

BAGAIMANA ESTROGEN DAN PROGESTERON JADI TIDAK SEIMBANG?
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak.

Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang.

Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu.

Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang.

Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

PENGARUH LAIN TERHADAP TUMBUHNYA FIBROID
Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.


KESIMPULAN
Dengan demikian, mengimbangi hormon adalah amat perlu dijadikan matlamat kerana lebih seimbang hormon, lebih berkurangan kemungkinan anda akan menghadapi masalah dengan fibroid.

Bagaimana caranya untuk kecutkan fibroid? KLIK SINI.

Rujukan : 
http://pakar-sakitpuan.blogspot.com/2011/03/apa-punca-fibroid.html
The Wisdom of Menopause- Christiane Northrup, MD)


KECUTKAN FIBROID DENGAN RESVERATROL

Jom tonton video ni dulu, sebelum saya terangkan lebih lanjut apa itu resveratrol dan bagaimana ia boleh mengecutkan fibroid.
Anda dah tengok kan video ni? Anda tentu setuju dengan saya bahawa dari apa yang Dr William Li kata, resveratrol boleh menjadi alternatif terbaik secara semulajadi untuk membuat ketumbuhan / kanser terbantut (which, fibroid adalah juga satu jenis ketumbuhan).

Beliau pada awalnya menceritakan tentang apa itu Angiogenesis yang pada saya ada persamaan dengan bagaimana Fibroid membesar.

Ok, now jom kita kenali apa itu resveratrol.

RESVERATROL 
Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. 

Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Menurut American Cancer Institute, resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa yang mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

PRODUK SHAKLEE ADA RESVERATROL?
Produk Shaklee yang mana ada reseveratrol?
Ya... VIVIX

Malah, Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol. ia berfungsi sebagai anti growth.

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2


Untuk mendapatkan konsultansi yang lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019 - 289 6117. 



PRODUK SHAKLEE INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG JENIS PENYAKIT
Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan

Anda juga mungkin ingin mengetahui tentang apa itu Fibroid dan mengapa anda ada Fibroid. Klik sini.

29 December 2014

NAK PRODUK SHAKLEE SECARA PERCUMA?

Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee - PERCUMA
Anda telah mencuba beberapa produk Shaklee - dan sekarang anda telah tertawan! Malah, anda dah jatuh cinta dengan produk Shaklee dan tanpa sedar anda dah beritahu keluarga dan rakan-rakan semua tentang produk Shaklee dengan bersemangat.

Bagaimana jika saya beritahu anda bahawa itu saja yang diperlukan untuk mendapatkan produk yang anda gunakan dan jatuh cinta - secara PERCUMA? 
Anda berminat? 
Teruja?

Ya...sudah tentulah, kan?!

Pada asasnya, apa yang anda hanya perlu lakukan adalah berkongsi tentang produk Shaklee, dengan orang yang anda kenal dan dengan sesiapa saja yang anda berjumpa. 

Sebagai Pengedar Bebas Shaklee, anda boleh mendapat bonus wang tunai apabila seseorang membeli produk melalui anda, sama ada sebagai pelanggan anda atau sebagai "Ahli" yang menyertai Shaklee sama seperti yang anda lakukan. Bonus tersebut boleh bertambah dan terkumpul... dan, lepas itu... anda dapati yang bonus anda itu telah cukup untuk membayar produk untuk kegunaan anda sendiri.

Jika anda membuat keputusan untuk membina sebuah perniagaan Shaklee secara sepenuh masa malah secara sambilan pun, anda berupaya mendapat wang tunai. Anda juga boleh mendapat faedah hebat termasuk lawatan ke tempat-tempat eksotik, bayaran untuk kereta idaman anda... dan banyaaaak lagi.

Seronok kan?! Ya memang seronok. Itu yang saya dan ramai lagi yang telah nikmati!

Untuk mengetahui tentang faedah menjadi Pengedar Shaklee, sila klik sini atau hubungi saya di 019 - 289 6117... boleh kita sembang-sembang, lebih direct.. nak tanya apa pun boleh.

Jadi, anda telah membuat keputusan untuk mendapat produk Shaklee secara percuma? Syabas! Klik sini.


28 December 2014

10 KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Apa keistimewaan dan kelebihan menjadi ahli Shaklee / Independent Distributor? 

1001 keistimewaan dan kelebihan yang anda akan dapat apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Tapi, biar saya senaraikan antara 10 yang paling istimewa :

(a) Anda mendapat harga ahli iaitu sebanyak 20% - 30% jauh lebih rendah dari harga bukan ahli. 

Malah anda akan mendapat lebih diskaun bagi produk yang ada promosi setiap bulan... on top of harga ahli tu.

(b) Menerima bonus tunai atas jualan yang telah dibuat samada untuk kegunaan sendiri ataupun dijual kepada orang lain. 

Bonus ini adalah dalam bentuk tunai yang dibank-in (secara eft) ke dalam akaun bank anda pada setiap pertengahan bulan berikutnya. 

Cara kira bonus boleh rujuk di sini.

Dapat beli dengan harga ahli, Shaklee bayar bonus lagi.. best best!

(c) Mendapat untung jualan dengan menjual pada harga pasaran (retailed price).... jika anda decide nak buat bisnes dengan Shaklee, selain beli produk untuk makan sendiri.

Contohnya harga produk A ialah RM500. Harga ahli ialah RM400. Dah untung RM100 di sini. 

Jika pada bulan promosi anda beli 6 percuma 1,harga Produk A seunit menjadi RM343. Berapa dah untung kat sini? RM500 - RM343  = RM157. Banyak kan? Itu baru untung jualan ye... tak termasuk BONUS TUNAI yang Shaklee hadiahkan kepada anda.

(d) Keahlian tidak perlu diperbaharui. Dengan modal RM65 sahaja sekali seumur hidup.. atau percuma (dengan terma syarat - boleh rujuk bahagian Syarat di sini) anda boleh menggunakan keahlian sehingga ke anak cucu cicit. Tak perlu pening-pening memikirkan bila nak kena perbaharui keahlian. Lesen memandu kenderaan pun kena renew ikut tarikh lahir setiap tahun atau beberapa tahun sekali ikut nilai bayaran pembaharuan.

(e) Belian online
Kalau tak jadi ahli tak boleh buat belian online dengan harga ahli. Belian online dengan harga ahli hanya eksklusif untuk ahli Shaklee saja.

Belian online boleh dibuat di website Shaklee (www.shaklee2u.com.my). 

Tapi, jika anda berdekatan dengan pejabat/cawangan Shaklee, anda boleh terus ke situ untuk membuat pembelian dan terus pick-up produk di situ juga.

(f) Penghantaran produk diuruskan oleh Shaklee
Dengan pembelian online, Shaklee akan poskan produk kepada anda dengan kadar hanya RM10 untuk sebarang jumlah pembelian. 

Tapi, yang menariknya, bila anda membeli hanya sebotol Vivix, pengeposan adalah PERCUMA!

Bagi produk selain Vivix pula, jika belian berjumlah RM800 di semenanjung atau RM1,000 di Sabah/Sarawak, pengeposan adalah PERCUMA. 

Jika anda membuat pembelian untuk pelanggan, anda boleh meminta Shaklee poskan produk tersebut kepada mereka.

Senang bukan? Jimat masa, jimat tenaga. Kalau anda ibu-ibu yang ada anak kecil seperti saya, menjadi kurang selesa untuk membawa anak ke sana ke mari, ke Shaklee..ke pejabat pos dan sebagainya. Nak berkejar-kejar masa untuk urusan anak-anak ke sekolah dan sebagainya lagi. Tak termasuk jalan jem lagi.

(g) Tidak perlu dahulukan modal untuk beli produk / Tidak perlu simpan stok
Pelik tak bila saya bagitau, tak perlu modal untuk beli produk? Tak perlu simpan stok juga. Habis tu, nak berniaga macamana? Haaa.. teruskan membaca. Menarik ni!

Jika anda berniaga produk Shaklee, anda hanya perlu kongsikan pengalaman anda menggunakan Shaklee atau promosikan kepada orang lain melalui internet je.. facebook, blog, email, tweeter, instagram, Masyaa Allah ... banyak cara lain lagi yang mudah yang anda boleh guna. Tak perlu jumpa orang, ketuk pintu ke pintu, pergi meja ke meja seperti yang anda nampak ramai yang buat untuk mengenalkan/menjual produk mereka. 

Apabila ada yang berminat untuk membeli, mereka akan membuat pembayaran terlebih dahulu, kemudian barulah anda buat pembelian tersebut samada secara online atau pergi ke pejabat/cawangan Shaklee yang berhampiran dengan anda. Anda tak perlu dahulukan modal anda... mudah kan? Ya, mudah. Menarik bukan? Ya.. sangat menarik.

(h) Tidak perlu kekalkan points atau belian minima 
Sekiranya anda menjadi ahli untuk makan sendiri, anda tidak perlu kekalkan points untuk kekalkan keahlian. Anda juga tidak perlu mempunyai nilai belian minima untuk kekal menjadi ahli.

(i) Tidak perlu sponsor ahli (dapatkan kaki) untuk mendapatkan bonus 
Tidak seperti beberapa syarikat produk lain, anda tidak perlu ada ahli lain di bawah anda untuk melayakkan anda mendapat bonus tunai. Cukup dengan nilai UV yang anda kumpul seorang sudah melayakkan anda diberi bonus tersebut. Cara kira bonus di sini.

(j) Menjadi ahli group eksklusif di Facebook dan Telegram / Whatsapp.
Group ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat, serta anda mendapat bimbingan untuk berbisnes secara serius dan banyak lagi. Anda juga akan mendapat guideline yang betul dan teliti dari saya serta Master dari group ini.


Istimewa kan jadi ahli Shaklee (Independent Distributor Shaklee)?
Bila anda dah sah jadi ahli Shaklee, lagi banyak keistimewaan yang anda akan discover sendiri...macam saya bagitau awal-awal tadi.. 1001 keistimewaan & kelebihan. 

Lagipun, ruginya kalau tak jadi ahli, sebab bonus daripada belian anda akan dapat pada ahli Shaklee yang menjual produk kepada anda. Kalau sikit mungkin anda tak kisah. Tapi bila anda rasa produk Shaklee adalah terbaik untuk anda dan keluarga, lebih berbaloi berganda-ganda bila anda mendapat kesemua benefit sebagai ahli ni.

Jadi.. tunggu apa lagi? Marilah DAFTAR di sini.

26 December 2014

KENTUT FARAJ - HUKUM IBADAH SOLAT

Soalan:
Apakah hukum ibadah bagi seseorang yang mengalami masalah keluar angin daripada kemaluan terutama ketika sedang solat?

Jawapan:
Telah disepakati oleh ulama' bahawa batal wudhu' jika yang keluar dari kemaluan itu (sama ada depan atau belakang) adalah benda-benda yang biasa keluar iaitu tahi, air kencing, air wadi, air mazi dan kentut. 

Adapun jika yang keluar ialah yang luar biasa (yakni jarang berlaku) seperti batu, darah atau sebagainya, para ulama' berbeza pandangan:

Pertama: menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Syafi’ie, AbuHanifah dan Ahmad); batal wudhu'

Kedua: menurut mazhab Maliki; tidak batal wudhu'

Dinisbah kepada kemaluan hadapan, keluar angin darinya merupakan suatu yang luar biasa (jarang berlaku). Maka mengikut pandangan jumhur, ia tetap membatalkan wudhu'.

Bagi Imam Malik pula; tidaklah membatalkan wudhu' kerana bagi beliau; perkara-perkara yang jarang keluar melalui kemaluan tidak membatalkan wudhu'.

Merujuk masalah keluar angin daripada kemaluan, jika pandangan jumhur ulamak yang dijadikan panduan, maka wajiblah berhenti dari solat dan mengambil wudhu' semula dan kemudian mengulangi semula solat. Itu sekiranya masalah tersebut berlaku sekali-sekala kepada anda. 

Adapun jika ia menjadi masalah berterusan kepada anda -yakni keluar angin itu tanpa menentu termasuk adakalanya waktu solat-, maka anda menghadapi keuzuran yang sama seperti wanita istihadhah (yakni wanita yang keluar darah penyakit dari kemaluannya tanpa henti) dan orang yang menghadapi masalah sulasul-baul (kencing tak putus). 

Apa yang perlu anda lakukan ialah;
1) Hendaklah menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu

2) Apabila masuk waktu solat, ambil wudhu' sebagaimana biasa. Jika tengah mengambil wudhu' angin keluar dari kemaluan, jangan hiraukan dan teruskan wudhu' hingga selesai.

3) Setelah selesai wudhu' hendaklah segera menunaikan solat, tanpa menangguh lagi.

4) Jika semasa solat itu dirasakan angin keluar dari kemaluan, tidak perlu berhenti solat. Solat terus seperti biasa.

5) Setiap kali hendak solat fardhu, hendaklah anda memperbaharui wudhu'. Tidak harus memakai wudhu' yang sama kecuali untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunat sahaja (iaitu solat-solat sunat, bacaan al-Quran dan sebagainya).
Untuk ibadah wajib, hendaklah diulangi semula wudhu'.

Firman Allah (bermaksud); "Bertakwalah kepada Allah sehabis yang kamu mampu” (al-Quran). Maka, apabila anda telah melakukan ibadah mengikut yang termampu, tidak perlulah anda merasa syak atau was-was lagi. Begitu juga, tidak perlu anda mengqadha semula solat yang dilakukan kerana anda telah berusaha melakukan apa yang terdaya dilakukan. 

Dalam kaedah fiqh ada disebutkan; “Orang dalam kepayahan harus baginya mengambil kemudahan”.

Wallahu a’lam.


dipetik dari Figh Wanita TV3

PENYELESAIAN KEPADA KENTUT FARAJ DENGAN SHAKLEE

Setelah anda mengetahui apa itu Kentut Faraj di sini... apakah pula penyelesaian kepada Kentut Faraj ini?

Senaman Kegels

Ia cukup senang dibuat:
(1) Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing.
(2) Tahan selama 2-3saat. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
(3) Buat 25 kali setiap kali.
     Tiga kali sehari (pagi, petang atau malam) tidak kira di mana anda berada        (sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya).
   
Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.

Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

Amalkan supplement
Di samping senamana Kegel's, anda boleh cuba amalkan supplement untuk penyelesaian dari dalam.
Anda boleh cuba Vivix dan / atau Alfalfa Complex dari Shaklee untuk membantu masalah kehilangan grip yang semakin lama semakin ketara. 
   

Kadang-kadang perkara kecil begini boleh menyebabkan anda malu untuk melakukan hubungan intim atau keseronokan ketika bersama sedikit terganggu. 

Dengan mengamalkan Vivix dan Alfalfa Complex, vagina bukan sahaja semakin ketat, hubungan intim yang selama ini hambar kembali hangat seperti pengantin baru. Masalah keputihan juga semakin berkurang. Anda akan rasa awet muda. Dari hujung rambut ke hujung kaki... serta bahagian dalaman anda terasa masih muda.

Bonus dengan Alfalfa Complex, bau badan pun hilang.

KENTUT, TAPI KELUAR DARI FARAJ


Pernah tak anda merasai / mengalami ketika solat, terutama setelah bangun dari sujud, terasa ada angin keluar melalui faraj seperti terkentut?

Ia dipanggil "kentut faraj".

Pasti anda berasa ragu-ragu, samada solat anda sah atau tidak?
Samada perlu berhenti dan mengambil semula wudhu' atau teruskan solat seperti biasa?

Sebelum mengetahui hukum solat, jom kita kenali dulu apa sebenarnya kentut faraj ini.

Kentut faraj ini berlaku apabila kumpulan udara dikeluarkan daripada faraj. Angin dalam faraj adalah udara sekeliling yang masuk ke dalam faraj yang boleh berlaku ketika ataupun setelah melakukan hubungan seks bersama suami.

Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. 

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.  

Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.  

Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  

Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas).

Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan :
(a) berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, 

(b) mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, 

(c) atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). 

Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika ia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. 

Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

Bagaimana angin boleh memasuki faraj?
Keadaan bibir pada kemaluan wanita lazimnya bertemu antara satu sama lain dan keadaan ini menghalang udara daripada masuk ke dalam faraj.

Walau bagaimanapun, keadaan bibir di permukaan faraj boleh menjadi renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj disebabkan beberapa keadaan yang berikut:

Ketika hubungan seks
Ketika hubungan seks, pergerakan alat kelamin suami boleh menyebabkan udara terkumpul di dalam saluran faraj isteri.

Melahirkan anak
Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopause. 

Menopause
Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari.

Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud. 

Oleh itu amat penting bagi wanita untuk melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot yang terdapat pada pelvis (senaman Kegel’s).


Perbezaan kentut faraj dengan kentut biasa
Kentut adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Oleh itu, lazimnya kentut berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur.

Angin itu adalah udara di sekeliling, yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau...walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.

Kesimpulan
Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.

Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotik.

Rawatan "kentut faraj"
Ada pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengecilkan kembali saluran faraj yang telah “over expanded” disebabkan proses kelahiran. Pembedahan ini dikenali sebagai “pelvic floor repair”.

Selain mengecilkan saluran dan pembukaan faraj, pembedahan ini juga boleh membetulkan sudut (angle) saluran pengeluaran air kecing daripada pundi kencing keluar.

Dengan pembetulan sudut ini, masalah terkencing semasa batuk atau bersin boleh diatasi.

Selain daripada pembedahan, penggunaan hormon gentian (HRT) bagi mereka yang telah menopause berserta senaman Kegel's, mungkin juga dapat menolong mengatasi masalah ini.

Langkah-langkah menghadapi "kentut faraj"
Wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Supplement untuk "kentut faraj" rujuk sini
Hukum solat apabila "kentut faraj" berlaku rujuk sini.

24 December 2014

5 MANFAAT PENIAGA ONLINE BERDAFTAR DENGAN SSM



Klik pada gambar untuk pautan link 

Wajib daftar dengan SSM?
Adakah anda tahu bahawa anda sebagai peniaga online perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? 

Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Siapakah yang dikatakan peniaga online?
Sesiapa sahaja yang melakukan urusniaga di Facebook, Mudah.my, website, blogspot dan/atau apa-apa sahaja medium pengiklanan yang menggunakan internet, adalah wajib mendaftar dengan SSM walaupun anda hanya berniaga dari rumah, secara sambilan walaupun tidak mengaut keuntungan yang banyak.

Kenapa perlu berdaftar?

Manfaat kepada Peniaga
(1) Membolehkan perniagaan anda mendapat pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang

(2) Melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti (a) perlindungan insuran, (b) kemudahan kredit, (c) kursus dan latihan (d) faedah baik-pulih premis perniagaan (jika ada) dan lain-lain.

(a) Skim Perlindungan Insurans Berkelompok Penjaja dan Peniaga Kecil yang dikenali sebagai Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional ataupun singkatannya PIMPIN dimana menerusi Bajet 2013, sebanyak RM16 juta setahun diperuntukkan untuk bayaran premium insurans bagi anggaran 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara. 

Ia memberi perlindungan sepanjang 24 jam sehari dan 365 hari setahun sekiranya berlaku kematian di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

(b) Skim kredit khas untuk golongan penjaja dan peniaga kecil bilamana peruntukan berjumlah RM90juta diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan disalurkan melalui Bank Rakyat  bagi membantu golongan peniaga memajukan perniagaan mereka. 

Ciri istimewa skim kredit ini adalah pinjaman ini tidak dikenakan faedah dan tempoh pembayaran yang munasabah.

(c) Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebagai sebuah agensi di bawah KPDNKK dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menguruskan kursus dan latihan berterusan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk melakukan tranformasi ke atas perniagaan mereka agar lebih mampan, berdaya maju dan  boleh bersaing.

(3) Membolehkan pihak kerajaan mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil.

Manfaat kepada Pengguna
Sekarang ni orang suka shopping online, dan kemungkinan besar akan ada yang mengambil kesempatan.
Jadi, semua peniaga wajib berdaftar dengan SSM, untuk melindungi pengguna daripada unsur penipuan pembelian secara online selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan. 

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

Bagaimana hendak mendaftar di SSM?
Anda boleh mendaftar perniagaan* anda di bawah 
(1) Pendaftaran Perniagaan atau 
(2) Pendaftaran Syarikat

(1) Pendaftaran Perniagaan
Untuk pendaftaran perniagaan, anda boleh memilih pandaftaran perniagaan tunggal/perseorangan ataupun perkongsian. 

Ia juga lebih dikenali sebagai enterprise

Anda boleh pergi ke pejabat SSM terdekat untuk mendaftar atau melalui perkhidmatan online e-Lodgement. Anda akan memperolehi Sijil Pendaftaran Perniagaan dalam masa 1 jam.

Bayaran yuran tahunan:
Nama Tred (Perlu Kelulusan Nama Perniagaan) – RM60 setahun
Nama sendiri (nama sendiri seperti di kad pengenalan)- RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan .

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership untuk Pendaftaran Perniagaan.

(2) Pendaftaran Syarikat
Untuk Pendaftaran Syarikat pula, proses pendaftaran adalah sedikit rumit. 

Anda memerlukan 
-sekurang-kurangnya dua pengasas kepada syer syarikat, 
-dua pengarah dan Setiausaha syarikat (berlesen dengan SSM atau ahli badan professional). 

Syarikat berhad dengan syer boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (mempunyai perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ pada nama syarikat) atau syarikat awam (mempunyai perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd’ pada nama syarikat). 

Bayaran yuran tahunan:
Yuran tahunannya adalah bergantung kepada Modal dibenarkan dan Fee/yuran bermula dari RM1,000 sehingga RM70,000.

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pemerbadanan-syarikat-tempatan

*Nota :
Pada pendapat saya, bagi peniaga online yang berniaga secara kecil-kecilan, boleh berdaftar sebagai Peniaga Enterprise. Lebih murah dan mudah.

Peringatan
Peniaga online juga perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013. 

Anda perlu memaparkan informasi berkaitan perniagaan anda pada laman jualan 
-Nama perniagaan (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
-Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
-Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan
-Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
-Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
-Kaedah pembayaran
-Terma dan syarat jualan
-Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli


Semoga bermanfaat.


7 KRITERIA UNTUK MEMILIH SUPPLEMENT PROTIN SOYA

1- Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik
Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik?
Sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. 

Dari segi kajian.. sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya ini.

2- Kacang soya tersebut mestilah yang Non GMO ( tak dihasilkan secara genetik)
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?
Sebab secara umumnya kacang soya yang dari jenis genetik ni adalah murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan

3- Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4- Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol

Alkohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alkohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru2, dsbnya. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

5- Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome.

" Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat."

6- Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7- Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

BERKORBAN APA SAJA, HARTA ATAUPUN NYAWA... ATAU RASA?

"Berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa." Itu kata P. Ramlee.
Bab supplement ni.. kena korban duit je la.. sebab nak lawa sihat gojes.
Lawa je tak sihat pun.. tak seronok juga... kan?

Oh ya.. lagi satu nak kena korban rasa. Ada yang tak suka rasa soya dalam ESP.. tapi sebab kita sendiri terdiri daripada sel.. dan, untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlukan sel-sel baru yang sihat, di mana protein merupakan makanan asas kepada sel. Dan ESP adalah sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Saya memang suka soya.. apatah lagi ESP yang banyak khasiat ni.

Shaklee ESP:
1. Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar selama beberapa jam selepas diminum

2. Mengandungi 5 jenis vitamin B penting yang diperlukan tubuh.

3. Mengandungi Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian, serta isoflavon soya, yang membantu meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat
Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus.

3. Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal dan sangat ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.

4. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

5. Dijamin Halal.

6. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.


14 December 2014

TESTIMONI - VIVIX : DETOX DALAM MASA 14 HARI JE!!!

Saya pengamal tegar Vivix. Memang rasa perubahan ketara sebelum dan selepas : rasa hebat!...dari banyak aspek: kulit, tenaga, berat badan, kebas sebelah tangan due to mengadap komputer selama 20 thn pun hilang, buasir & banyak lagi.

Saya minum sesudu sehari, 5ml sehari. Setakat ni dah 9 botol saya minum.

Harini dapat tahu ada grup testimonial yg minum 1/2 botol vivix sehari which is 75ml sehari... lepas 14 hari memang ketara perubahan.. detox abih. Kulit depa jangan cerita la.. flawless.. Awet muda.

Uish. Jeles.

Jomla sama2 cun awet muda.. well.. cun satu hal.. nak awet muda dari aspek tenaga tu yang penting. (Takkan nak bagi suami tengok muka monyok tak bertenaga kita setiap kali balik opis kan?)

Kat bawah ni cerita grup testimoni yang minum 1/2 botol vivix sehari tu.. jom baca jom. Sangat hebat Shaklee Effect dari Vivix ni. SubhanAllah! (courtesy from safiyhealthy)

Vivix 14-Days Cellular & Organ Detox Program

-----------------------------------------------------------------------------------

vivix detox
Add caption
-----------------------------------------------------------------------------
Toxic danger! I have just finished a 14-day Vivix entrails deep cell detox program.
 Good spirit, good skin supple and light, 30 “pants are loose, and sleep through the night every day (without reading the theatre to see sleeping).Originally thought should be distracted by food and party have been dropped, but so many friends supporting each other, we also will host a day, gallstones, and testimony of various magical and true feelings, not selfish, post on Facebook, so I completed 14 days of smooth and happy.
Now to start the cinch and collagen, let me turn turn turn. Received many users of PM, several old friends I hadn’t seen in many years begins at home: Detox.
At home my mom his detoxification. You must be wondering, why are so many people doing Vivix treads cellular detoxification, detoxification. PM me, and want to know more.
vivix -3
-------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

PM ANDREW PANG 
Awet mude sungguh PM Andrew ni..

TESTIMONI DIRI SENDIRI DENGAN VIVIX - HEBAT!!!

Saya dah beberapa bulan amalkan VIVIX SHAKLEE. Ermm.. baru nak masuk botol ke 10 (pada hari ini 14.12.2014). 
Kesannya...? Alhamdulillah, memang BEST!!! 

Yang buat saya rasa sangat bersyukur pada Allah bila ketulan di bawah lengan (ketiak) serta kesan buasir selepas 5 kali bersalin hilang terus. Alhamdulillah. Ketulan tu tak tau la bahaya ke tak tapi rasa sangat tak selesa. Dah takde ni lega rasa.

Baru saya teringat, ada suatu masa dulu saya selalu rasa kebas tangan dan sakit di bahu. Pakar Orthopedik di tempat saya kerja dulu ada nasihatkan saya buat further check-up di Specialist Centre lain.. tapi saya takut. Alhamdulillah sekarang ni dah takde rasa kebas-kebas tu lagi. Sebenarnya dah lama saya tak rasa kebas tu.. selepas beberapa botol Vivix yang saya amalkan. 
Alhamdulillah.

Kesan-kesan lain : 
Tekstur kulit : lembut tapi pejal. Kalau digaru tiada kesan putih.. moist gitu. 
Badan pun jarang2 dah rasa lemau.
Bila travel, rasa bertenaga.
Suami saya pun amalkan juga.. kami sama2 minum setiap malam sebelum tidur. Adakalanya kami minum semasa sahur. Kesan kepada suami? Best la.. tapi segan nak cerita...kalau nak tau tanyala kat dia sendiri.
Overall, rasa awet muda.. nampak awet muda.
Ramai yang berpuashati dengan VIVIX ni. Sila jemput baca testimoni mereka kat sini. 
---------------
Sebolehnya saya taknak la saya sorang je rasa kehebatan VIVIX ni.. macam selfish je bila kita sorang je rasa kehebatannya.

Berbaloi la beli VIVIX ...dengan senarai kebaikannya (yang sangat panjang) kepada tubuh anda. 

Beli 2 pun dah untung, sebab dapat keahlian percuma di samping bonus RM30++ yang akan diterima pertengahan bulan hadapan.


KOLESTEROL TINGGI PUNCA MAUT

KOLESTEROL TINGGI PUNCA MAUT?

Haha... seram bila baca tajuk? Acah je tu. Tapi selalu sangat dengar orang cakap "jaga kolesterol, jangan makan tu, nanti kolesterol tinggi" & selalunya orang akan kaitkan kolesterol dengan gemuk & sakit jantung yang boleh membawa maut. 

KOLESTEROL_TINGGI_PUNCA_MAUT

Kenapa dikatakan kolesterol tinggi punca maut? 


Kolesterol adalah sejenis bahan seperti minyak yang memang dah ada dalam badan kita, iaitu yang didapati di dalam darah dan setiap sel di dalam badan kita. Kerana banyak yang berfikir bahawa kolesterol sama dengan lemak, jadi ada yang berfikir orang gemuk banyak kolesterol dan orang kurus sedikit kolesterol. Tapi tak semestinya begitu tau. Ada orang yang kurus tapi tahap kolesterolnya sangat tinggi. (Sesiapa yang kurus tu, baik pi check, entah2 tahap kolesterol anda tinggi).

MANFAAT KOLESTEROL BAGI TUBUH

Kolesterol dalam kadar tertentu sebenarnya bermanfaat bagi tubuh.
Manfaat kolesterol antara lain :
- membantu pembentukan dinding sel tubuh
- membentuk hormon-hormon
- pembentuk vitamin D yang penting bagi kesihatan tulang
- membantu proses pembentukan asam dan garam hempedu dalam proses
  emulsi lemak dalam tubuh
- merupakan sumber tenaga bagi tubuh.

GANGGUAN KOLESTEROL BAGI TUBUH

Namun, jika tidak dikawal dan kadarnya berlebihan dalam badan, kolesterol boleh menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan seperti darah tinggi, penyakit jantung, strok, batu hempedu dan kegagalan buah pinggang. Kolesterol tinggi punca maut.

Oleh itu, kita perlu mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh dengan mengambil makanan yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di tubuh. Kebanyakan makanan yand dicadangkan adalah ikan yang kaya dengan omega-3, kayu manis, badam, epal, anggur merah, apricot, bawang putih, teh, jus lemon.

Kajian yang pernah dilakukan di Norway University of Science and Technology mendapati penghidap diabetes tahap 2 yang banyak makan ikan yang kaya Omega 3 selama 9 minggu ternyata mengalami penurunan kepekatan dan saiz jenis kolesterol di dalam tubuhnya.

Untuk menangani kolesterol yang berlebihan yang tidak diperlukan tubuh, mulai sekarang amalkan makanan dan minuman di atas secara teratur dan konsisten.

Leceh? Ok, ada cara yang paling mudah : amalkan supplemen OMEGA-3 dalam bentuk kapsul. Pilihan saya? Mestilah dari bahan yang semulajadi, cara proses yang bermutu tinggi & selamat. Nak tau lebih lanjut? Telegram/Whatsapp/sms/call me @ 019-2256117 / 019-2896117 atau klik sini

Anda akan berminat untuk membaca tentang Omega Guard & Phytocol-ST.

OMEGAGUARD

PHYTOCOL

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign