25 December 2016

PROMO DISEMBER 2016 - COLLAGEN POWDER BELI 2 DISKAUN 5%


PROMO DISEMBER 2016 - COLLAGEN BELI 7 PADA HARGA 6


29 November 2016

ANGKAT PAKAIAN DARI JEMURAN PUN ADA SISTEM?

Baru lepas angkat kain di jemuran. Uol nak tau tak apa yang saya buat lepas tu? Haha, this might be normal to some people, tapi untuk yang tak berapa rajin atau tak sempat nak melipat kain baju lepas tu, this is the idea. Idea ni tak sesuai untuk orang yang super rajin atau super malas atau yang ada bibik di rumah. Hehe.

Ok. Let's start.

FIRST THING FIRST

Lepas kutip baju di jemuran / penyidai, what I do is : sediakan sebuah bakul... bakul 4 segi ke, bujur ke, laundry bag ke.. yang penting ia bersih. Sambil kutip baju, lipat .. maknanya, kutip sehelai, lipat sehelai.. lipat tak perlu lipat cantik-cantik, yang penting lipat, tak alih lagi pun takpe (biasanya kita alih bahagian dalam ke luar kan, masa jemur tu, sebab nak elakkan warna pudar.)

DO IT SYSTEMATICALLY

Ok.. masa kutip baju tu pun, kena sistematik. Kalau ada baju isteri, baju suami, baju anak dara, baju anak teruna, baju bayi, seluar kecik, baju kecik.. haa, masa ni la kena ikut turutan/aturan. (Masa jemur pun kena sistematik.. baju isteri... satu bahagian, tudung kat satu bahagian, baju, seluar kecik.. gantung kat jejari.. tu pun ikut susunan, jangan caca merba. - gamaknya ada dak orang stress dengan cara saya ni..hehe. Suami saya pun buat cara sistematik ni tau.. baru tak sakit mata memandang).

Ikut la, nak kutip baju siapa dulu. Katalah, kutip baju isteri dulu.. haa, sambil kutip, lipat... pastu kutip baju suami pula.. kalau seluar kerja, lipat seluar tu dulu, then seluar jeans pulak.. then seluar track (track bottom)... pastu baju anak2.. ikut lah, kalau uniform, make sure susun sesama uniform.. laaaast sekali baru kutip seluar kecik.. mula seluar kecik isteri, pastu seluar kecik suami.. susun side by side.

CAMPAK JE SENANG

Mesti korang kata, Allah, alang-alang kutip campak je la dlm bakul tu, nanti lipat la balik.

Ye la tu, kan dah bagitau awal2 tadi, kaedah ni untuk orang yang BUKAN super rajin atau super malas. Especially yang memang tak sempat ... sekurang-kurangnya sementara nak sampai hujung minggu untuk ada masa melipat betul2 cantik2.. takdele nak serabut nampak baju bertimbun atas katil atau sofa... atau, masa nak cari stokin atau seluar kecik, takde le kena terselak2 mengamuk-ngamuk cari tak jumpa... jumpa sebelah warna lain, sebelah lain. 


SUSUN IKUT KUMPULAN

Kalau ada banyak bakul (kalau nak sediakan setiap sorang ada bakul sendiri pun boleh), baju masing-masing disusun dalam bakul tu dulu. Bakul2 tu tak perlu besar sangat, muat untuk seminggu pakaian yang telah dibasuh dah memadai. Samada susun dalam bilik tidur atau di bilik laundry kalau ada. 


Jangan lupa bakul untuk letak baju busuk/baju dah dipakai. Yang ni sukahati nak campur aduk pun takpe, tapi masa basuh elok asingkan dulu.


Jadi... setuju tak dengan cadangan saya tu? Haha, kalau setuju, lepas ni boleh la ikut. Kalau tak setuju pun tak kisah, maybe uol ada cara yang lebih baik, yang uol selesa. Kalau ada cara lain nak share ... silakan share di bahagian komen ye.. tapi jangan kutuk2 kat situ. TQ. 




25 November 2016

KENAPA SAYA KATA SUPPLEMENT TU UBAT?

Anda rasa anda tahu tak, Supplement tu apa... dan Ubat tu macamana?

Apa jadi bila anda makan ubat? Kalau demam then makan panadol.. terus rasa sembuh, kan? Itu ubat la.
Tapi, bila makan supplement, tak pernah atau jarang-jarang sekali kena demam. 

Perbezaan mudah : Supplement ni untuk kekalkan kesihatan yang baik dan Ubat untuk sembuhkan yang sakit. Mana lebih baik?

SUPPLEMENT BUKAN UBAT

Apa itu suplement? Atau lebih tepatnya dietary supplement.


(1) Suplement atau makanan tambahan ialah sesuatu yang membekalkan nutrien kepada tubuh yang mana jika tidak mengambilnya, tubuh tidak mencapai kuantiti nutrien yang mencukupi.

(2) Suplement secara amnya adalah vitamin, mineral, serat, asid lemak dan asid amino.

(3) Suplement BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

(4) Untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet seharian, suplement ditambah untuk mencukupkannya (sebab tu namanya makanan tambahan).


Apa itu ubat?


Mengikut Wikipedia, ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati penyakit. Ada 2 jenis ubat iaitu OTC (over the counter) dan preskripsi (yang dipreskripsi oleh doktor).

Ubat dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hakmilik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten dipanggil ubat generik.

Untuk tahu lebih lanjut tentang ubat boleh rujuk kepada ahli farmasi atau/dan juga doktor.

TAPI, kenapa ramai  pula orang yang bila sakit-sakit akan makan suplement (terutama Shaklee) tetapi taknak makan ubat?

Yang saya tahu dari rakan-rakan yang sedang dan pernah mengamalkan supplement Shaklee :

1. Sebab mereka dah letih dan tak larat nak makan ubat, steroid dan segala bagai sedangkan penyakit tak baik-baik jugak.

2. Sebab mereka mahukan kesan penyembuhan semulajadi, bukannya ubat. Ubat semakin dimakan semakin meningkat dos yang kita kena makan. Kalau tak percaya cuba tanya orang sakit kencing manis.

3. Sebab tubuh kita perlukan vitamin, mineral dan sebagainya untuk kembalikan fungsi normal tubuh. 

Contoh untuk kesuburan, kami cadangkan pasangan suami isteri makan vitamin / suplement. Sebab? Bila tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, segala tindakbalas biokimia yang 'pause', tergendala, mati akan dicetuskan semula.
Contohnya zinc complex. Kami biasanya akan cadangkan suami isteri makan zink kerana zink sangat diperlukan untuk kesuburan lelaki dan wanita. Baca link zink dan kesuburan lelaki ni.

9 FAKTA BERKENAAN ZINK YANG ANDA TIDAK TAHU


Kenapa pula ada yang makan suplement tapi tak berkesan pun?


1. Ia bergantung kepada individu. Janganlah kita expect malam ni makan zink, besok isteri dah hamil. Kalau macam tu, senangnye la beribu2 bayi Shaklee dihasilkan setiap hari.

2. Semak semula gaya pemakanan kita, air cukup tak, jadual makan ikut tak, konsisten makan atau waktu ingat je baru makan?

3. Kemungkinan ia healing crisis. 

4. Kemungkinan tubuh kita memang tak dapat terima / alergi terhadap produk supplement yang dimakan. Contoh alfalfa, tidak sesuai untuk pesakit SLE. 

5. Suplement dikatakan berkesan selepas 4-5 bulan diamalkan secara konsisten. Kalau masih tiada perubahan juga, maknanya badan anda memang tidak sesuai atau tidak perlukan supplement / vitamin tersebut. Jadi berhenti dari mengamalkannya.

Soalan Pelanggan : "Saya dah makan Vitamin E sebotol, kulit pun dah cantik, jadi tak de masalah kalau saya nak berhenti kan?"

Memang taiada masalah kalau nak berhenti. Tetapi setelah beberapa ketika, kemungkinan masalah2 lama kembali datang. Sebab? sebab badan kita dah tak dapat nutrisi yang best itu, ia jadilah seperti asal sama sebelum kita makan suplement tersebut. Saya sendiri pernah try & error. Saya dah lama mengamalkan Vivix. Kulit tegang, kurang cela, tiada kesan putih, dan banyak lagi lah yang dah improve. Tapi, bila saya berhenti seketika, masalah kulit kendur, bila garu keluar habuk putih dan sebagainya. Jadi, saya teruskan pengambilan Vivix tu walaupun harga dia lebih sedikit (macam iklan susu cap junjung masa tahun 70an pulak) tapi saya usahakan cari duit nak beli.

Lagi satu Contoh : Ostematrix (kalsium magnesium) yang penting untuk tulang, gigi, otot, saraf. Bila simpanan kalsium dalam tubuh sudah habis digunakan, gigi pun patah, sakit urat, mudah terkehel, dan sebagainya.

Bayangkan analogi ini... dipinjam dari blog Ilham family sihat.

Situasi #1.

Negara Malaysia sedang menghadapi pencerobohan oleh pihak asing. Bayangkan kesultanan Sulu. Askar-askar kita sudah bersedia untuk bertempur. Tak semena-mena PM panggil askar dari China untuk lawan dengan penceroboh Sulu. Agak-agak apa jadi dengan askar kita? Balik rumah je gamaknye, skill berperang pun hilang tah ke mana..

Situasi #2.

Negara Malaysia sedang menghadapi penceroboh Sulu lagi. Askar-askar sudah dikerah untuk bertempur, dan mereka bertempur sehabis tenaga.. Sampai habis senapang-senapang, M-16,  peluru ke hape benda dah guna. Segala strategi, skill perang habis semua keluar. PM pun tambah lagi senjata, untuk memperkuatkan barisan ketenteraan Malaysia. Dan Malaysia pun menang.. Apabila ada penceroboh lagi, askar Malaysia dah yakin, lebih bersemangat untuk bertempur untuk bebaskan Malaysia dari pencerobohan.

Nampak tak perbezaannya??

Penceroboh asing tu seperti bakteria, virus, mikrob, racun, toksin, radikal bebas, bahan kimia, bahan sintetik yang sama sekali bukan daripada tubuh kita.

Askar China seperti ubat. Ia melawan penceroboh, dalam masa yang sama melemahkan sistem pertahanan perumah iaitu kita sendiri.

Senjata tambahan tu seperti suplement (pastikan ia semulajadi macam Shaklee, kalau tidak...  sama je macam makan penceroboh sintetik). Ia memperkuat sistem pertahanan tubuh kita melawan penceroboh.

Ok, sekarang dah boleh faham kan sebab apa dikatakan suplement Shaklee bukannya ubat? 
Tapi malangnya masih ramai juga yang panggil ia sebagai 'ubat' kerana sifatnya mampu 'memulihkan' penyakit.

Hasil carian imej untuk kenapa supplement bukan seperti ubat

23 November 2016

PROMO NOVEMBER 2016 - LECITHIN BELI 4 PADA HARGA 3


PROMO NOVEMBER 2016 - NUTRIFERON BELI 2 DISKAUN 5%


PROMO NOVEMBER 2016 - NUTRIFERON BELI 6 PERCUMA 1


3 October 2016

PENGUMUMAN ! VITA-LEA IRON FORMULA TELAH KEMBALI!


OCTOBER 2016 PWP PROMOTION - NEW MULTIFUNCTION TUMBLER (828ml)


ENROLLMENT DRIVE (1 - 15 OCTOBER 2016) UNTUK AHLI BARU


PROMO OKTOBER 2016 - OMEGA GUARD BELI 2 DISKAUN 5%

RM258

PROMO OKTOBER 2016 - OMEGA GUARD BELI 6 PERCUMA 1

RM816 

22 May 2016

RINGGIT COST AVERAGING

KEBAIKAN RINGGIT COST AVERAGING (RCA)

Dalam entri pertama saya mengenai Unit Amanah, saya ada sebut yang Unit Amanah mengamalkan konsep Ringgit Cost Averaging (RCA).


BENDA APA RCA TU?

Ringgit Cost Averaging (RCA) atau dalam bahasa Melayunya Kos Pemurataan Ringgit adalah salah satu teknik yang digunapakai secara meluas di dalam industri unit amanah. Ia melibatkan jumlah pelaburan yang tetap secara bulanan, tahunan atau berdasarkan keadaan pasaran saham semasa. Teknik ini akan digunakan terutamanya ketika harga dana lebih rendah di mana pelabur dapat mengambil kesempatan ini untuk menambahkan jumlah unit dengan membelinya pada harga yang murah/rendah. Ketika pasaran kembali naik, unit-unit ini kemudian dijual untuk mendapatkan untung dengan lebih cepat.

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah Ringgit Cost Averaging (RCA). 

Tujuan kita melakukan RCA ini adalah untuk mengurangkan kos asal pembelian kita di samping mempercepatkan masa serta sudah tentu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Sebenarnya dalam keadaan pasaran yang lemah di mana kebanyakan harga setiap unit akan jatuh itulah kita sepatutnya menambahkan lagi pembelian dan bukannya menjauhkan diri. Apa yang penting ialah kita memilih dana yang betul, selepas itu teruskan melabur secara tetap tanpa mengira harga sedang naik atau turun.

Ambil contoh yang mudah, andaikan anda suka membeli baju. Waktu bilakah anda akan membeli baju baru? Semasa jualan murah, beli 2 pada diskaun 50% atau beli sehelai pada harga biasa? Sudah tentulah semasa jualan murah kan.. anda akan dapat 2 baju pada harga yang sama anda beli sebelum itu.

BAGAIMANA RCA BERFUNGSI?


“Simpan sedikit simpan selalu – RCA berkesan jika anda terus menggunakannya.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Untuk menjelaskan RCA secara mudah... 
Contoh : kita hendak menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung persaraan kita. Daripada melaburkan jumlah ini sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, kita mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut: 



Keputusan

Kos Purata Seunit RM0.1923 [jumlah (b)/12 bulan]
Harga Unit pada Disember RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember RM15,664.48 [62,408.28 x RM0.2510]

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah RCA, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.

Jumlah unit yang diperolehi dengan jumlah pelaburan RM12,000 secara RCA adalah sebanyak 62,408.28 unit berbanding dengan jika jumlah pelaburan secara ‘lump sum’ dalam bulan Januari sahaja sebanyak RM12,000 adalah sebanyak 47,077.28 unit sahaja yang dibeli dengan harga RM 0.2549/unit. Ini baru pelaburan untuk setahun. Jika diteruskan selama 3 tahun atau lebih, lebih banyak unit akan kita dapat.

Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil.

Contoh lagi :

Harga dana A pada 1/4/09 = RM1.00 seunit
Jumlah simpanan pertama = RM 100,000
Jumlah unit diperolehi (a) = 100,000 unit

Manakala

Harga dana A pada 1/12/09 = RM0.90 seunit
Tambahan simpanan dibuat = RM100,000
Jumlah unit diperolehi (b) = 111,111.11 unit

Jumlah unit dana A sekarang = (a) + (b)
=100,000 + 111,111.11 = 211,111.11 unit.

=============================================

SIMPANAN berjumlah RM200,000 yang dibuat pada 1 April 2009 & 1 Disember 2009 memberikan kita jumlah UNIT sebanyak 211,111.11 unit >>>>> Dapat lebihan 11,111.11 unit..!!!

=============================================

Kos asal seunit = RM1.00
Kos kedua seunit = RM0.90

Kos terkini = Modal/jumlah unit

=RM200,000/RM211,111.11 unit
=RM0.9474 seunit..!!!

Maka, untuk mendapatkan capital gain 10%, kita hanya perlu tunggu harga pasaran naik 10% dari RM0.9474 iaitu kepada RM1.0421 dan bukan menunggu sehingga RM1.10 untuk mendapatkan 10% dengan harga pasaran RM1.00.

Ok, dalam kes ini, penyimpan akan mendapat keuntungan sebanyak RM219,998.89 apabila harga pasaran dana A RM1.0421 seunit. (RM1.0421 x 211,111.11 unit=RM219,998.89)

Jika tidak dilakukan RCA ini, maka pelabur perlu menunggu harga RM0.90 naik ke RM1.10 bagi mendapatkan keuntungan 10% itu tadi. Dengan RCA, anda tidak perlu menunggu tempoh yang lama untuk mendapat keuntungan. Maksudnya, tidak perlu menunggu harga naik RM1.10 tapi pada RM1.0421 sahaja pun kita telah mendapat capital gain 10%. Kalau harga naik RM1.10, lebih dari 10%++ la jawabnya..:)

STRATEGI PELABURAN JANGKA PANJANG 


“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”
– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”

Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, RCA adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang.

Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, RCA tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja.

Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urusniaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar.

Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. RCA akan menolong memastikan kos purata seunit anda mewakili kedua-dua premium pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya premium yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.

PETUA UNTUK ANDA BERMULA


“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang
apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”
- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker. 

Banyak dana unit amanah membenarkan anda mula melabur dalam jumlah minimum dengan pilihan untuk membuat caruman lagi melalui potongan tetap daripada gaji atau akaun bank anda.

Jika anda berminat dengan RCA, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:

$ Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.

$ Terus menggunakannya (konsisten). RCA adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.

$ Ambil kesempatan ke atas potongan automatik. Caruman pelaburan secara potongan gaji atau potongan akaun bank kita merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk melabur, dan boleh menolong kita menanamkan tabiat melabur secara tetap.

$ Bersedia menghadapi kerugian. RCA tidak menjamin bahawa portfolio kita sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun kita membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, kita masih boleh mengalami kerugian jika kita memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.

Membina kekayaan dengan melabur dalam unit amanah adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan dan nasib. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada kita sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang kita. Jika kita sanggup, maka RCA boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong kita mencapai matlamat kita itu.


Boleh hubungi saya bila anda perlukan penjelasan lagi.
019-2896117




3 PERKARA YANG KITA SANGAT NAK TAU TENTANG UNIT TRUST

Assalamualaikum bakal pelabur!

KENAPA SAYA WUJUDKAN SEGMEN UNIT AMANAH

Kenapa saya wujudkan segmen Unit Amanah di dalam blog ini?
Saya nak berkongsi tentang apa yang saya tahu tentang Unit Amanah.
Umur bertambah, kita semakin tua, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi hari tua yang selesa? Atau masih menagih simpati anak-anak malah orang lain? Masihkah perlu bekerja ketika tua pada umur yang sepatutnya kita telah berehat dan sentiasa beribadat?
Selain menjaga kesihatan yang baik, saya mulai sedar betapa pentingnya kita menyimpan, selain menyimpan di tempat yang betul. 
Macamana kita nak tahu tempat tu betul untuk meyimpan? Apa beza menyimpan dengan melabur?
Sebelum saya ceritakan tentang persoalan tu semua, jom berkenalan dulu dengan Unit Amanah.

UNIT AMANAH? APA TU?

Unit amanah sama juga dengan amanah saham. Biasanya orang sebut Unit Trust (orang suka sebut unit trust sebab senang sebut, ringkas). Orang Amerika panggil Mutual Fund.

Ok. Unit amanah ni adalah salah satu daripada ‘Investment Vehicle’ yang merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif atau dalam perkataan mudah, pelaburan terkumpul.

Pelaburan terkumpul maksudnya, Unit Trust ni ibarat kita kumpulkan wang pelaburan kita ke dalam satu tabung. Kemudian pelabur yang lain juga akan memasukkan wang pelaburan mereka ke dalam tabung yang sama. Contohnya nama tabung tu Tabung A. Tabung A ni kemudiannya akan dipertanggungjawabkan kepada Fund Manager iaitu seorang yang berpengalaman dalam bidang trading dan investment. Dia kemudian akan memegang Tabung A itu untuk diperdagangkan ke dalam portfolio tertentu mengikut objektif pelaburan. Segala pulangan pelaburan ke dalam Tabung A itu akan diagih-agihkan kembali kepada setiap pelabur tadi.


FUND MANAGER

Fund Manager adalah “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). Terdapat lebih kurang 40 UTMC di Malaysia ketika ini yang menawarkan lebih daripada 600 dana keseluruhannya. Antara UTMC adalah Public Mutual, Maybank Asset Management, CIMB Principal, AmInvestment, RHB Asset Management, Amanahraya Investment, dan banyak lagi.

Dalam skim unit trust, pelabur tidak memegang sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai pemegang unit dan bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan. Sekiranya fund di dalam portfolio tersebut mengalami kenaikan atau penurunan. Harga seunit bagi pemegang unit juga berkadar langsung dengan kenaikan dan penurunan ini. Bilangan pemilikan unit adalah bergantung kepada harga unit semasa pelaburan dibuat.

Pelaburan Unit Trust ini secara amnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan Kementerian Kewangan. Justeru, para pelabur tidak perlu risau tentang pelaburan ini kerana ianya bukan pelaburan yang tidak sah disisi undang-undang seperti program Pak Man Telo dan Swisscash.

ASB SAMA TAK DENGAN UNIT TRUST?

ASB pun adalah merupakan satu medium Unit Trust. Cuma ASB dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu PNB manakala Unit Trust yg lain dikendalikan oleh badan swasta seperti Public Mutual contohnya. 

Perbezaan ketara antara dua medium ini adalah ASB menawarkan pulangan berdasarkan Dividend dan Bonus. Manakala Unit Trust menawarkan pulangan berdasarkan Distribution dan Capital Appreciation. 

Distribution adalah sama konsep seperti dividend. Capital Appreciation pula adalah kenaikan harga unit belian. Contohnya jika anda beli Fund A pada harga RM1.00 seunit. Apabila anda ingin menjualnya. Fund A sekarang beharga RM1.20 seunit. Maka anda mengalami keuntungan RM0.20 seunit. Risk yang anda hadapi ialah capital ini boleh appreciate dan juga boleh depreciate. Maka keunikan Unit Trust ini terletak pada strategi pelaburan iaitu melabur dalam jangka masa sederhana ke panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 tahun dan mengamalkan konsep Ringgit Cost Averaging yang saya akan kupaskan di artikel lain.



21 May 2016

PROMO MEI 2016 - ALFALFA COMPLEX BELI 3 PERCUMA 1 (KECIL ATAU BESAR)

RM161 (Kecil)
RM292 (Besar)

PROMO MEI 2016 - COLLAGEN POWDER BELI 2 DISKAUN 5%

RM566

PROMO MEI 2016 - COLLAGEN POWDER BELI 6 PERCUMA 1

COLLAGEN_POWDER_ PROMO_ MEI_ 2016
RM1,788

24 January 2016

SENARAI JENAMA MUSLIM

Untuk rujukan barangan jenama Muslim boleh klik sini.



atau di sini untuk dapatkan senarai halal mengikut kategori / skim.

23 January 2016

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB

Forwarded oleh rakan bisnes. Sebagai ingatan untuk diri sendiri serta sahabat-sahabat Muslimin & Muslimat sekalian.

Coretan Dato Roslan Abd Hamid

"Saya selalu berjumpa lelaki tua ini..
Selalunya selepas solat Asar, dia iktikaf di Masjid
Membaca al Quran.
Umurnya dalam 70an.

Duduk rumah dekat masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta..
.
Pendapatan pasif kutip sewa dalam RM70k sebulan...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
.
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
.
Saya catat & mahu kongsikan..
.
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala-galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
.
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, teruslah solat.. Selepas solat, bertebaranlah berusaha cari rezeki.
.
3. Berdoa dengan khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakallah..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
.
4. Namun begitu, kenalah berusaha..
Usaha pagi petang siang & malam..
Usahalah bersungguh-sungguh..
Usaha bermula dengan berniat..
Lepas itu buat, sampai dapat..
Kalau tak dapat, usaha yang lain pula..
Adakan masa untuk membaca Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari..
.
5. Jaga Kesihatan..
Banyakkan berjalan kaki..
Banyakkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
.
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mestilah dihabiskan..
Usah berlagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasalah belanja orang makan & minum..
Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih, masuklah..
Di situ kita akan temui ramai orang susah..
Belanja mereka makan & minum..
.
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jalan...
Apabila dalam perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dengar orang mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira-kira untung & rugi..
Siapkan bahan untuk kerja esok hari..
.
8. Usah takut jumpa orang..
Walaupun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri..
.
9. Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia ni yang tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita untuk maafkan semua orang..
.
10. Niatkan mahu kaya..
Niatkan mahu bantu ramai orang..
Niatkan mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis suratlah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul-betul."

Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.

15 January 2016

10 PETUA TERAMAT ISTIMEWA MENYAYANGI ANAK

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai.

Petikan Prof Muhaya www.ohbulan.com

BERAPA KALI SEELOKNYA BACA ALQURAN SEHARI?

Dari Ustaz Dusuki Abdul Rani:
"Berapa kali kita kena baca Al-Quran dalam sehari?Kita kena baca Al-Quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari.Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup".

"Rasulullah s.a.w menceritakan dalam hadith baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-Quran dibaca setiap hari sebelum subuh.Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa,zakat,haji.Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum subuh."

"Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguam bela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar & Nakir yang diajukan pada kita.Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari." 

RESEPI MUDAH KEK KEJU KUKUS

Kek keju yang disukai keluarga saya. Mudah pulak tu untuk membuatnya.
Jom kita buat jom.

TQ Tuanpunya resepi ni Maz Aries (gambar semua milik beliau).
Bahan-bahan dan cara membuat kek adalah seperti caption & gambar di bawah ye

1 cawan gula kastor
6 keping sliced cheese
1/2 cawan susu cair
Semua bahan di atas disatukan
Masak hingga cair di atas api sederhana.
Kacau selalu supaya tak berketul-ketul.
Kemudian diketepikan
KEKKEJUKUKUS


3 biji telur (gred B)
250gm mentega (marjerin pun boleh)
1 sudu teh esen vanila
Pukul semua bahan sampai kembang
KEKKEJUKUKUS

...seperti ini..
KEKKEJUKUKUS

Kemudian masukkan cheese yang dicairkan tadi
Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati
KEKKEJUKUKUS


2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Diayak bersama
KEKKEJUKUKUS


Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan tadi, dikaup-balik sehingga sebati

KEKKEJUKUKUS

Seperti ini
KEKKEJUKUKUS


Kemudian masukkan ke dalam acuan (acuan apa-apa pun boleh) lalu dikukus sehingga masak, lebih kurang selama 45 minit hingga 1jam
KEKKEJUKUKUS


Ini rupa kek yang Maz Aries dah siapkan. Selamat mencuba!
KEKKEJUKUKUS

RESEPI PUDING BETIK

PUDINGBETIKwww.Ruzanaibs.com

RESEPI ROTI CHEESE

TQ Puan Teh Anuar Gul untuk resepi roti cheese ni.


RESEPI KEK CAWAN COKLAT MUDAH

KEKCOKLATMUDAH

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign