Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

5 May 2020

TUTORIAL MEMBUAT ICON / FAVICON DI SEBELAH TITLE POST/ENTRY

FAVICON ialah icon kecil yang terletak di sebelah kiri browser tab kita. Kalau macam saya, nampak tak icon ni ðŸ¦… yang saya bulatkan kuning kat bawah ni?
Ia melambangkan identiti sesebuah blog atau website.



Mudah sangat nak tukar Favicon tu. Ada beberapa cara. Tapi paling mudah, follow step berikut :

Kejap, kejap... sebelum tu, save dulu gambaq yang nak buat Favicon tu dalam "paint" pun boleh. Ni paling simple.

Just make sure gambaq tu bentuk SQUARE... maksudnya, saiz kiri kanan sama.
Contoh saya punya 108 x 108px & gambaq tu tak boleh la besaq sangat nanti dia akan cakap file too big dan sebagainya. So, to be safe, pakailah saiz 108 x 108px tu ye.

Then save la gambaq tu boh nama apa2 pun boleh kat paint. Then seterusnya...

1. Sign in Blogger
2. Pergi ke Layout
3. Then look for Favicon

Rujuk gambar kat bawah ye. Nampak tak bulat kuning tu?

4. Click "Edit" dalam kotak Favicon tersebut.




5. Remove gambar lama (Rujuk gambar bawah pulak)
6. Choose File yang kita save gambaq Favicon kita tadi
7. Then SAVE
8. Dah siap!




Credit Richard Byrne


SATU LAGI CARA 

(yang ni saya belum cuba sebab sedikit complicated, takut tersilap, but you may try then bagi feedback)
Cara ni, terimakasih kepada Blog BicaraFarah ! Saya copy dari blog beliau.

1. Sign in Blogger > Design > edit HTML > Tick Expand Widget Template
2. Cari code di bawah..cara mudah tekan Ctrl F
<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>
3. Selepas sesi mencari dan jumpa code di atas..Sila copy ini
<img src="LinkGambar"/>
dan paste di tengah-tengah code di atas seperti di bawah.

<a expr:href='data:post.url'><img src="URL GAMBAR"/><data:post.title/></a>

4. Gantikan URL GAMBAR dengan URL icon yang u all suka..
5. Click preview dan SAVE kalau menjadi..


Good Luck!


4 November 2015

TUTORIAL - LETAK LINK KITA DI RUANGAN KOMEN

TUTORIAL - LETAK LINK KITA DI RUANGAN KOMEN

Apa tujuan kita buat blog?

Nak luahkan isi hati
Nak berkongsi pendapat/resepi/idea
Nak berbisnes
Syiok sendiri
...banyaaak sebab lagi.. atas diri anda sendiri la kan.

Oleh sebab itu, kita nak orang melawat & baca blog kita, betul?
Sebab tu kita 

LETAK LINK KITA DI RUANGAN KOMEN 

... atau lebih menarik, kita letak link tajuk blog kita yang latest atau yang paling popular kat blog yang kita komen tu.

Kalau pemilik blog dah letak "Comment Luv" lagi senang, ia akan automatik listkan tajuk blog kita yang latest kat situ.

Anyway, tak kisah kalau pemilik blog tak letak Comment Luv pun, kita boleh LETAK LINK KITA DI RUANGAN KOMEN sendiri.

Mari saya tunjukkan cara yang mudah tu.

TUTORIAL - LETAK LINK KITA DI RUANGAN KOMEN


KOMEN KITA : <a href="LINK ENTRI KITA"><b>TAJUK ENTRI KITA</b></a>

Di LINK ENTRI KITA, letakkan link yang kita nak kongsikan entri kita tu dan kat TAJUK ENTRI taip balik tajuk link tanpa ada hyphen (-) dan taip dalam huruf besar.

Contoh :
Semoga dipermudahkan : <a href="http://ruzanaibs.blogspot.my/2015/09/jerebu-kuatkan-sistem-imun-anda.html"><b>JEREBU KUATKAN SISTEM IMUN ANDA</b></a>


TUTORIALLETAKLINKKITADIRUANGAN KOMEN


Hasilnya >>>> tadaaa >>

TUTORIALLETAKLINKKITADIRUANGANKOMEN



Senang kan? Selamat berkongsi link entri anda!!!



6 October 2015

TUTORIAL : PASANG COMMENTLUV KAT BLOG (BLOGGER)


Dah bertahun rupanya commentluv ni .. tapi baru je tahu 2 minggu lepas ... and selama 2 minggu tu dok cari tutorial nak letak commentluv kat blog sendiri. Commentluv ni applikasi kat wordpress tapi boleh juga bubuh kat blogger.. tapi ada caranya la. Dah jumpa banyak tutorial tapi tak faham-faham.. macam susah je. Haish.

Kenapa saya naaaak sangat letak commentluv kat blog saya?

Tujuan ada commentluv kat blog adalah untuk membolehkan ia memberikan backlink kepada pengomen dan ia sesuatu yang sangat istimewa buat pengunjung. Sebab apa? Sebab ia boleh membawa orang lain pergi ke blog pengunjung.. terutama yang suka blogwalking.

Selain daripada meninggalkan backlink, pengunjung jugak dapat berinteraksi dengan "thread comment" (balas komen) orang lain sekaligus dapat meluahkan pandangan masing-masing. Dengan kaedah blogwalking serta meninggalkan backlink seperti ini sebenarnya akan menguatkan lagi status ranking anda di carian engine. Haa.. yang itu sebenarnya yang kita mau kan?

Saya dah cuba tutorial yang diajar oleh Saudara Khairul Asrol ni.
Tutorialnya sangat mudah diikuti sebab ada gambar sekali. Yang tu yang best.

Anyway, tak elok kalau saya copypaste sebiji-sebiji kan... so, ni ha saya share link beliau untuk anda pula letakkan commentluv di blog anda.

Selamat mencuba & bercommentluv!!!


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign