5 June 2014

STEROL & STANOL - RENDAHKAN KOLESTEROL LDL

Saya pasti anda semua ramai yang pernah makan makanan merendahkan kolesterol seperti walnut, salmon dan oatmeal. Tetapi apakah anda pernah makansterol atau stanol?

Kebanyakan pakar mengatakan "Dengan memakan sterol dan makanan yang mengandungi stanol adalah cara yang mudah untuk menurunkan kolesterol LDL anda, yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung" kata Ruth Frechman, RD, seorang jurucakap Persatuan Dietetik Amerika (ADA).

Sterol dan stanols adalah bahan yang berlaku secara semulajadi dalam jumlah yang kecil dalam kebanyakan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, kacang, dan benih. Oleh kerana ia mempunyai sifat merendahkan kolesterol yang tinggi, pengeluar makanan telah mula menambah bahan ini ke dalam makanan proses.

Bagaimana Sterols dan Stanols Membantu?
Pada peringkat molekul, sterol dan stanols nampak lebih mirip seperti kolesterol. Oleh itu, apabila ia bergerak melalui saluran penghadaman anda, ia dapat menembusinya. Ia boleh mencegah kolesterol sebenar daripada diserap ke dalam aliran darah anda. Daripada membuatkan arteri anda tersumbat, kolesterol jahat tersebut akan keluar bersama najis.


RuthFrechman memberitahu WebMD. "Kajian menunjukkan bahawa tiga hidangan sehari boleh mengurangkan kolesterol sebanyak 20 point."

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign