3 February 2017

KERAJAAN HADIAHKAN RM1,000 UNTUK PEMEGANG AKAUN PRS

APA ITU PRS?

PRS iaitu Private Retirement Scheme secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. 

OBJEKTIF PRS

Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia. Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan 
(1) keperluan persaraan; 
(2) matlamat kewangan; dan 
(3) toleransi risiko pelabur sendiri. 

TUJUAN PRS

Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia. Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.

INSENTIF BELIA 

Dalam Bajet 2017 yang telah dibentangkan pada bulan Oktober 2016 lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan akan memberi insentif sebanyak RM1,000 kepada pencarum yang mengambil bahagian dalam skim PRS. Boleh baca berita tentang Insentif ni kat sini https://goo.gl/Wx8g7n

Tujuan insentif ini diberi adalah untuk memupuk kepentingan menyimpan dari usia muda bagi memastikan simpanan yang mencukupi semasa bersara. Ini adalah penambahan kepada insentif yang awalnya (iaitu pada pembentangan bajet 2014) yang diberi sebanyak RM500. Best kan? Ada tambahan RM500 lagi menjadikan RM1,000 sekarang ni.

RM1,000 ini akan diberi sekali sahaja seumur hidup (one-off contribution) oleh Kerajaan kepada ahli-ahli golongan belia PRS untuk menggalakkan golongan ini membuat simpanan jangka panjang untuk persaraan melalui PRS.

Kerajaan akan memberi RM1,000 kepada setiap orang yang berkelayakan untuk digunakan untuk membeli unit-unit dana PRS dalam akaun PRS golongan belia. Syarat untuk mendapatkan insentif ini, pencarum belia perlu ada caruman kasar sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh setahun (within a calendar year). Insentif ini akan disediakan sehingga tahun 2018 sahaja. Jadi, cepatlah mencarum / menyimpan di PRS.

SYARAT KELAYAKAN

(1) Belia berumur 20 tahun - 30 tahun
(2) Mempunyai akaun PRS
(3) Telah mencarum RM1,000 ke dalam akaun PRS

APA JADI DUIT TU NANTI?

Duit RM2,000 tu nanti akan beranak pinak sebab dapat dividen... dan semasa kita pencen nanti baru boleh keluarkan RM2,000 tu berserta dividennya. Most probably masa tu dah lebih dari RM2,000 dah (kalau ROR8% kita jangkakan masa umur 60 tahun boleh dapat RM30,000 ke atas) 😃 (dan kalau kita tambah simpanan secara konsisten, lebih banyak kita dapat guna masa bersara kelak.) Kita sambunglah menyimpan lagi, (kalau kita berhajat nak bersara dengan adanya RM1 juta dalam simpanan). Lagipun, jika jumlah simpanan kita mencapai RM3,000 setahun, kita akan dapat tax relief (pelepasan cukai) lagi tau! Double triple benefits!!!

BAGAIMANA nak buka akaun PRS ni? 

Caranya ialah kena melalui consultant yang ada lesen PRS. Boleh tanya saya macamana nak dapatkan Consultant tersebut. ;)

HEBAHKAN!

Kalau ANDA atau kawan2 anda, saudara mara, adik atau anak yang berumur di antara 20 - 30 tahun, tolonglah sampaikan kepada mereka tentang peluang ni! Rugi kalau tak dapat, bajet yang diperuntukkan ialah rm165 juta sahaja, siapa cepat dia dapat. 

Jom share berita ni supaya ramai lagi belia Malaysia yang dapat manfaat.

Nak tau lebih lanjut tentang PRS boleh layari website PPA di sini 

SIMPLIFY YOUR LINKS

Assalamualaikum sahabat!

Harini saya discover satu benda yang ramai orang lain dah tau.. hehe. 

Nak share dengan anda semua ni. 

Link tajuk blog kita kadang panjang berjela kan... nak tempek kat mana2 for sharing pun macam penuh ruang je. So, this is the way you can simplify your link. Just masuk ke sini https://goo.gl/

Kemudian anda copy mana-mana link yang anda nak share... I mean, dari blog anda, then paste di kotak (1), then click (2) macam gambar kat bawah ni.

There you go.. nampak?

Senang je kan? Semoga bermanfaat!!!

PROMO FEBRUARI 2017 - OSTEMATRIX & VITA-LEA FOR CHILDREN


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign