Showing posts with label vitamin. Show all posts
Showing posts with label vitamin. Show all posts

15 November 2020

ALOE VERA GEL


VIP RM64.35
NOVUS RM84.15
RETAIL PRICE RM99



Imagine slicing open an Aloe leaf and consuming the gel directly from the plant. Our Aloe Vera Gel is as close to the real thing as you can get.

The miraculous aloe leaf contains 200 compounds, including 

  • 20 minerals, 
  • 18 amino acids 
  • 12 vitamins. 
A product of our patented aloe stabilization process, our gel is favored by those looking to maintain a healthy digestive system and a natural energy level.

The first to receive certification by the International Aloe Science Council, this rich cocktail of pulp and liquid authenticates this product just as nature intended. Taken daily, either alone or mixed with pure fruit juice, it is one of the best nutritional supplements available!

• The power of aloe – from the inside out

• The first of its kind to be certified by the International Aloe Science Council

• Contains over 200 compounds

• Beneficial for maintaining a healthy digestive system


INGREDIENTS

Aloe Vera Gel, 
Sorbitol, 
Ascorbic Acid (Antioxidant), 
Citric Acid, Potassium Sorbate (To Help Protect Flavor), 
Sodium Benzoate (To Help Protect Flavor), 
Xanthan Gum, 
Tocopherol (Antioxidant).




https://bit.ly/3phIisP







8 May 2020

MADU LEBAH PILIHAN SETIAP MUSLIM

Bismillah
Betul tak, kalau saya kata, setiap rumah seorang Muslim mesti ada at least SEBOTOL MADU?
Sebabnya :
1. Madu Lebah adalah makanan sunnah yang telah disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith Rasullullah ‎ﷺ akan khasiat serta manfaatnya yang menceritakan akan kehebatan madu asli.
🐝 Madu Lebah daripada segi kajian saintifik mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan manusia.
🐝 Badan manusia memerlukan 46 nutrisi yang penting dalam sehari untuk membina sel yang sihat, iaitu
8 amino asid
18 vitamin
20 mineral
🐝 Madu Lebah dapat membekalkan lebih 100 jenis nutrisi penting kepada tubuh badan manusia. 🐝 Madu asli mempunyai pelbagai unsur hebat seperti vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E, K dan pelbagai mineral seperti kalsium, natrium, kalim, fosforus, mangan dan lain-lain lagi 🐝 Sebotol madu lebah asli Forever Bee Honey mengandungi 1/2 kilogram madu asli yang berkhasiat.
2. Madu Lebah dipercayai makanan penyembuh kepada segala penyakit, dengan kehendak dan izin Allah
🐝 Madu Lebah memang hebat untuk menyah-toksik,
🐝 Menyembuh dan meningkatkan kecergasan tubuh. 🐝 Ia adalah ejen yang sangat bagus untuk memperbaiki pelbagai kerosakan dalam tubuh badan. 🐝 Madu juga berperanan penting untuk mencergaskan otak dan menguatkan daya ingatan. 🐝 Selain itu, madu juga berperanan sebagai bahan ejen anti penuaan. 🐝 Madu Lebah juga baik sebagai pengganti gula terutamanya bagi pesakit yang menghidapi penyakit diabetes
🐝 Madu Lebah juga dikenali sebagai agen anti-kanser.
Walau bagaimanapun, setiap individu ada macam-macam persoalan dan keraguan bila nak beli Madu Lebah ni, betul tak? Antaranya :
Adakah Madu yang aku nak beli ni betul-betul tulen?
❓Madu yang dijual ni asli kah atau ada campur dengan gula? Silap haribulan daripada takdak diabetes, boleh dapat diabetes lepas makan madu. ❓Mana satu Madu yang best ni? Ada Madu Tualang la.. Madu Kelulut la.. Madu Yaman la.. ❓Madu ni asal dari mana? Kat mana ladang ternakannya? Ok kah tempat tu?
❓Botol Madu ni kaca ka plastik? Boleh tahan lama kah madunya dalam botol ni?
❓Botol Madu ni satgi senang tuang kah, melekit belengaih belemoih dak nanti?

Aaah.. banyak betul persoalan. Ni semua antara soalan2 yang bermain di benak kita? Betul kan?

Ok, kita tengok next entry untuk jawapan bagi persoalan2 tu. Check it out!!!






21 January 2015

ANDA DAH BERSEDIA UNTUK HAMIL?

Sebelum anda hamil, biasanya anda akan makan apa sahaja makanan yang digemari tanpa berfikir panjang. Bagaimanapun,jika anda merancang untuk hamil, anda perlu ubah tabiat itu. Ubah cara pemakanan anda dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak sebaliknya tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam hidangan anda.

Ini penting kerana ia salah satu persediaan yang perlu anda lakukan jika ingin hamil.

Anda perlu memberi perhatian kepada diet dan pola pemakanan harian anda bagi memastikan badan anda sudah bersedia untuk menghamilkan bayi. Pastikan vitamin, mineral dan nutrien yang diambil adalah mencukupi.

ASID FOLIK

Nutrien adalah perkara pertama yang anda mesti ambil apabila mengambil keputusan untuk hamil. Ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah semasa hamil. Apabila kurang pengambilan nutrien, akan wujud masalah yang dikenali sebagi neural tube defects iaitu kecacatan yang berlaku pada saluran saraf bayi yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifilda). Malah ia boleh mengganggu pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi.

Adalah digalakkan untuk mengambil tiga bulan sebelum hamil.

Buah oren, sayur bayam, asparagus dan jagung mempunyai kandungan asid folik tinggi yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan.

Jika anda sukar untuk mendapat asid folik yang secukupnya dari pemakanan harian anda, anda boleh mengambil supplement asid folik.

ZINK

Menurut kajian, zink sangat memainkan peranan dalam membentuk kekuatan janin bagi ibu hamil.

Zink berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang.

Zink boleh diperoleH daripada daging, ikan, kerang, susu, produk gandum serta kekacang.

VITAMIN C

Demi bayi yang bakal dikandung sihat, kesihatan anda perlu tip top.

Vitamin C membantu menguatkan sistem imun anda.

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu, anda mungkin mudah mendapat batuk atau selesema. 

Makanan yang tinggi vitamin C adalah buah kiwi, brokoli & strawberi.

Amalkan memakan sumber ini setiap hari, seminggu sekali pastinya tidak mencukupi!


Apabila anda mendapati anda telah hamil, anda perlu lebih menjaga pemakanan anda.

ASID FOLIK


Anda harus terus mengambil asid folik sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama semasa kehamilan untuk pembentukan saraf tunjang bayi.

Namun tidak memudaratkan jika pengambilannya diteruskan selepas itu. Seeloknya dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan kandungan anda.

Ia juga membantu menghasilkan DNA dan perkembangan dan pembahagian sel semasa hamil.


KALSIUM


Kalsium bersama Vitamin D dan magnesium adalah untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi anda.

Makanan yang kaya kalsium ialah yogurt, keju dan salmon.

Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium dengan lebih efektif. Ia boleh didapati pada minyak ikan dan produk tenusu.

Idea mengambil supplement yang mengandungi vitamin D adalah sangat bernas.


ZAT BESI


Apabila anda bercadang untuk hamil, 10% - 15% potensi untuk anda menghadapi masalah anemia (kekurangan zat besi). Ketika ini baru anda sedar bahawa ia penting dalam diet anda.

Anda perlukan zat besi semasa hamil kerana perkembangan fetus dan plasenta adalah bergantung kepada anda. 

Jadi tingkatkan zat besi di dalam diet anda atau anda akan berasa penat jika ia berkurangan.

Kebiasaan wanita hamil akan mengambil supplement zat besi terutama trimester terakhir.

Jangan lupa, hidangan anda mesti ada daging, sayur-sayuran dan buah kering.


IODIN


Iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengamalami masalah.

Ia perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan.

Makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu.

Bagi wanita hamil yang 'vegetarian', pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka dapat menampung keperluan harian.

ZINK

Teruskan mengambil makanan yang mengandungi nutiren zink untuk penghasilan DNA bayi anda.

Cuma elakkan makan kerang terutama kerang mentah terdedah kepada bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

VITAMIN C

Amat penting sekali sistem imun anda berada di tahap yang sangat baik apabila anda sudah hamil.

Ia perlu untuk memastikan bayi dalam kandungan anda sihat.

Jadik, teruskan mengambil Vitamin C dalam pemakanan anda.

OMEGA 3 & DHA

DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi.

Jika dibanding dengan komponen badan yang lain, otak dan sistem saraf merupakan bahagian yang paling tinggi kandungan DHA.

Pengambilan Omega-3 yang tinggi semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko bayi menghadapi alergi kepada makanan selepas kelahiran nanti.

Ini kerana Omega-3 turut berfungsi "melawan keradangan".

Ikan tuna, salmon, sardin dan ikan bils adalah sumber Omega-3.

RINGKASAN VITAMIN SEBELUM HAMIL
ASID FOLIK
ZINK
VITAMIN C

CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE 
SEBELUM HAMIL
B COMPLEX 
ZINC COMPLEX
SUSTAINED RELEASE VITAMIN C




RINGKASAN VITAMIN SELEPAS HAMIL
ASID FOLIK
ZINK
VITAMIN C
KALSIUM
ZAT BESI
IODIN
OMEGA 3 & DHA

CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE 
SELEPAS HAMIL
B COMPLEX 
ZINC COMPLEX
SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
OMEGA GUARD

ANDA MESTI BACA INI JUGA : 7 Tabiat Makan Sihat Semasa Hamil


Sumber : Pa&MaJanuari15

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign