28 August 2015

3 KAEDAH POS MOTORSIKAL KE NEGERI LAIN

Angah dapat belajar di Pahang.. motor dia nak hantaq macamana noo.. dari Selangor ni. Oh ya! Angah kata, girlfriend dia pernah hantaq motor guna poslaju. Oh, boleh ek?

Jom google!!!

POSLAJU
Ni dapat satu petunjuk dari SiGadisMerahJambu. Tapi dia pos time tu tahun 2011. Harga RM187++ Maybe kos dia dah bertambah.. tambahan pulak ada GST ni.. takpa, nanti call Poslaju tanya.

SiGadisMerahJambu bagitau First & foremost kena check samada Poslaju kawasan anda provide servis ni.

Kalau ada, ok, bawa motor anda ke sana.
Waktu nak pos motor tu, sila pastikan anda bawa :

  • Spanar boleh laras (untuk buka side mirror) 
  • Screwdriver (untuk buka nombor plat belakang) 
  • Plastic wrapping ( plastik lembik yang balut buah tu. Untuk balut moto, elak calar) 
  • Minyak dalam motor kena pastikan pada paras merah. Atau ¼ tank. (untuk elak kebocoran & kebakaran) 


Setelah pastikan penuhi semua perkara di atas, pergi ke kaunter poslaju minta borang nak pos motor. Akan dapat dua borang. Satu borang pos laju yang macam biasa pos barang tu (Borang 1 - seperti gambar di bawah), dan satu lagi borang checklist motor, untuk pastikan keadaan motor sebelum dihantar samaada ada kerosakan atau tidak (Borang 2 - seperti gambar di bawah).


Setelah diisi kedua-dua borang tersebut, beratur balik kat kaunter. Buat bayaran RM187.50 (masa SiGadisMerahJambu tulis blog dia) untuk penghantaran ke mana-mana lokasi di Semenanjung.

Katanya, Pos Laju ada buat promosi untuk student, kena rajin-rajin tanya la.. bila promosi tu diadakan. Bukan sepanjang tahun katanya.

Setelah bayar, bawa motor anda ke garaj Poslaju. Di situ anda kena proses sendiri motor anda. Buka side mirror, buka nombor plat, balut motor.

Anda boleh pilih samaada nak tinggal kunci kepada pihak Poslaju ataupun tidak. Kalau taknak tinggalkan pun takpa, yang penting, jangan kunci handle motor tu... supaya mudah mereka hendak menolak motor tu masuk ke dalam kontena.

Selepas selesai semua termasuk balut motor tu, tinggalkan saja motor anda di situ. Poslaju akan uruskan nanti.

Bila dah sampai destinasi, poslaju akan menelefon anda untuk anda pergi tuntut motor tersebut. Mereka tak akan hantar sampai depan pintu rumah seperti perkhidmatan poslaju biasa!

KTMB - KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
Satu lagi cara dia, guna KTMB. Lebih murah.. dan mereka yang sediakan plastik pembalut tu (tapi kena bayar la.. but still lebih murah dari poslaju).
Info ni saya dapat dari blog Hikayat Budak Pening.
Tapi tempat penghantaran tu pastinya nak kena ada stesen keretapi. Kat Pahang tak ada stesen keretapi masalahnya.

NATIONWIDE
Haa.. beliau pun ada cerita guna Nationwide hantar motor.. the best choice kot ni.

Harga ikut cc motor. Kalau motor cc kecik, elok la hantar guna Nationwide.


Ni pulak contact number ikut negeri. Terimakasih Hikayat Budak Pening, akak pinjam gambaq noo.



Alhamdulillah, at least ada idea dah ni.

27 August 2015

JAGA MATA SELAMANYA

Mata adalah satu daripada 5 pancaindera utama. Organ kecil ini mula terbentuk pada peringkat awal pembentukan janin iaitu pada minggu keempat kandungan.

Dengan organ ini, dapatlah kita melihat dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Oleh sebab itulah, kita perlu menjaga mata dengan baik.

Sekali ia rosak, seluruh kehidupan akan terganggu.

Masih saya ingat, tahun 2011-2012, Ibunda saya yang ketika itu berumur 70 tahun, telah mula berkurangan penglihatannya kerana katarak. Bulan Mac 2012 baru dibuat pembedahan di THONEH. Semasa penglihatannya terganggu dalam tempoh 2 tahun itu, Ibunda sering jatuh sakit kerana tak lalu nak makan. Kata Ibunda, bila tak berapa nampak, selera makan berkurangan. Walaupun begitu, Ibunda gigih nak buat semua kerja sendiri. Tapi, ye la, bila tak nampak, semua dibuat tak kena. Sehinggalah setelah pembedahan membuang katarak dilakukan, Ibunda telah kembali sihat kerana selera makan beliau telah kembali. Katanya lagi, bila nampak warna warni makanan baru datang balik selera makan. Happy ke - happy sangat!

AMALKAN BUAHAN & SAYURAN UNTUK MATA SIHAT
Buah-buahan dan sayuran yang berbagai warna kaya dengan antioksidan.
Inilah yang membantu mencegah kerosakan kanta dan saraf retina.

Antara antioksidan yang penting untuk mata ialah lutein dan zeaxanthin. Ia banyak terkandung di dalam sayuran seperti bayam, brokoli & sawi. Bahan-bahan ini penting untuk mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.

MANFAAT UNTUK MATA
Lutein dan zeaxanthin melindungi mata dari bahaya gelombang cahaya bertenaga tinggi, seperti beberapa sinar ultraviolet dalam cahaya matahari. Kajian menunjukkan bahawa tahap yang tinggi lutein dan zeaxathin dalam tisu mata dikaitkan dengan penglihatan yang lebih baik, terutamanya dalam cahaya malap atau di mana silau menjadi masalah. 

Diet yang kaya dengan kedua-dua antioksidan adalah untuk melindungi daripada penyakit mata yang berkaitan dengan usia. 

Sebagai contoh, satu kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai diet yang tinggi dalam makanan yang kaya dengan Zeaxanthin - terutama bayam, kale, dan brokoli - sehingga 50% kurang berkemungkinan untuk membangunkan katarak. 

Satu kajian utama (dipanggil AREDS2) telah menunjukkan bahawa makanan tambahan yang mengandungi Lutein dan Zeaxanthin boleh melambatkan perkembangan degenerasi makula jika anda sudah mempunyainya. Ujian dipanggil ketumpatan optik pigmen makula kini digunakan oleh pakar-pakar penjagaan mata untuk mengukur tahap Lutein dan Zeaxanthin dalam tisu mata.

Banyak kajian bahawa lutein dan zeaxanthin, jika digabungkan dengan lain-lain nutrien, seperti vitamin C dan E mungkin lebih berguna daripada mana-mana nutrien tunggal.

DOS HARIAN YANG DISYORKAN
Tiada RDA telah ditetapkan untuk lutein atau zeaxanthin.


TAHAP YANG DISYORKAN UNTUK KESIHATAN MATA
The American Optometric Association mengesyorkan 10 mg/hari Lutein dan 2 mg/hari  Zeaxanthin.

HAD SELAMAT 
Para penyelidik telah tidak menetapkan had untuk lutein atau zeaxanthin.

POTENSI RISIKO 
Lutein dan Zeaxanthin yang melebihi dos harian boleh menyebabkan kulit bertukar sedikit kuning. Penyelidikan seolah-olah menunjukkan bahawa menggunakan sehingga 20 mg lutein setiap hari adalah selamat.

CONTOH MAKANAN MENGANDUNGI LUTEIN & ZEAXANTHIN
Kale (1 cawan) 23.8 mg
Bayam (1 cawan) 20.4 mg
Collard hijau (1 cawan) 14.6 mg
Lobak hijau (1 cawan) 12.2 mg
Jagung (1 cawan) 2.2 mg
Brokoli (1 cawan) 1.6 mg

CAROTOMAX SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK MATA SAYA YANG SIHAT
Carotomax Shaklee tinggi dengan kandungan carotenoids termasuk Beta-carotene dan astaxanthin. Kajian menunjukkan bahawa kandungan Vitamin dalam Carotomax Shaklee dapat membantu:
1. Meningkatkan densiti pigmen macular dan ketepatan penglihatan
2. Membantu menapis cahaya UV yang berbahaya ke dalam mata
3. Menyokong kesihatan mata usai penuaan

Khasiat Carotomax Shaklee
Lebih selamat dari vitamin A biasa : pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti, seperti yang ditemui oleh saintis pada tahun 1912.

Mempertingkatkan penglihatan : ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. mempertingkatn masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, gegelung hitam di bawah mata dan sebagainya.

Meredakan penyakit kulit : pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti kulit kering, kulit gugur, jerawat, acne dan lain-lain.

Melawan kanser dan oksidasi : pengambilan kerap beta karotena membantu mengukuhkan sistem imunisasi, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser yang baru.

Menghalang infeksi : merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema.

Carotomax Shaklee berbeza daripada Vitamin A lain di pasaran kerana Carotomax Shaklee menyediakan 13mg carotenoids yang diperlukan oleh tubuh : lutein, lycopene dan beta-carotene untuk setiap hidangan (setiap 1 biji). Itu sudah melebihi 1.5x daripada purata zat yang kita perolehi daripada makanan harian!


21 August 2015

WOULD NEVER MISS MY MAGIC TONIC

Would NEVER miss my MAGIC TONIC.
Kenapa? Apa keajaibannya?
"25 TAHUN LEBIH MUDA!!!"

Tak percaya?

WhatsApp 019-289 6117
Call/sms 019-225 6117
[Ruzana Ibs]

Kelebihan Vivix :
MELAMBATKAN PENUAAN... iaitu AWET MUDA dari segala segi : tenaga, kulit, otak, jantung, sistem imun, sendi, pendengaran, penglihatan, pergerakan, rambut, organ dalaman, sel, kecergasan.
MEMELIHARA kesihatan jantung.
PERLINDUNGAN antioksidan.
MENURUNKAN bacaan Diabetes.
MENGURANGKAN risiko Alzheimer.
MENGURANGKAN risiko Kanser.
MENGURANGKAN risiko Strok.

Bagaimana?
Mengawal genetik daripada merosot pada tahap sellular.

Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Menggalakkan pembentukan baru mitochondria (penjana tenaga) untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

Melambatkan pembentukan AGE (advanced glycation end products) serta mengelakkan penimbunan protin AGE tersebut, yang menyebabkan kerosakan sel.

Melindungi dan memperbaiki sel DNA saya yang mana setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan radikal bebas yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia saya.

Membaiki sel yang rosak dengan pantas.

BEST kan?


20 August 2015

SERVIS BODY SENDIRI LEBIH DARI SERVIS KERETA KESAYANGAN

Semalam ke Tan Chong Service Centre - servis cik Na kita. Bawa Ahmad bersama sebab tau dia suka duduk kat lounge kat situ.. sambil minum Milo. Bawa bekal makanan sikit untuk Ahmad. Lama juga kena tunggu.. 2 jam baru siap katanya...memang pun. Masuk service centre pukul 2 petang, siap pukul 4 petang. Siap basuh kereta FOC. Kat situ ada TV dengan Astro.. ikut suka la nak tengok cerita apa.. orang pun tak ramai sangat. Kebetulan masa tu cerita NatGeo tentang Crocodile.. memang Ahmad enjoy habih la..

Tak lama selepas tunggu tu masuk seorang wanita muda berbangsa Cina. Kami membalas senyuman, kemudian wanita tu duduk di belakang kami. Ahmad asyik tengok sambil senyum senyum malu.. lepas tu tutup muka sambil intai wanita tu celah-celah jarinya yang mongel comel. 

Tak lama selepas tu, wanita tu datang menegur Ahmad.. macam-macam cubaan dia nak suruh Ahmad salam ... sampai sudah Ahmad takmau salam.. memang Ahmad ni pemalu sangat.. walaupun dia suka dengan wanita tu.

Wanita tu namanya Vivian. Dia tanya saya.. "Ini anak first u ke?". Saya senyum sambil jawab, "Ini anak fifth saya." Ternganga Vivian sebab padanya 5 tu ramai kot.. dan dia terus tanya.. yang first dah sekolah darjah berapa.. atau ...?" Selepas saya beritahu yang first dah berumur 20 tahun lagi dia terkejut. Dia kata saya nampak muda.. macam tak percaya je. Kemudian dia kata, "U mesti kahwin awal kan.. umur berapa berkahwin?" Saya bagitau la.. saya berkahwin semasa berumur 22 tahun. Sekarang saya berumur 44 tahun.

Lepas dah sembang-sembang.. dah nak dekat pukul 4 .. dia bagi biznez card dia.. saya pun bagi nombor hp saya.. dan bagitau dia yang saya ni Shaklee Independent Distributor... "Ooo.. Shaklee ni bagus la kan.. saya pun pernah dengar tapi saya belum pernah beli lagi.." Rupanya dia dok ingat produk Shaklee ni tentang diet saja.. rupanya ada banyak lagi supplement lain dengan fungsi yang berbeza serta produk lain seperti pencuci muka, pencuci pakaian dan sebagainya. "Interesting la product ni.. bagus sangat". Dia suruh saya cerita lagi. 

Saya pun buka ipad saya dan tunjukkan website www.Shaklee.com.my kepadanya. Saya tunjuk kat dia, semua produk yang Shaklee ada... termasuklah VIVIX, tonic magic favourite saya. Saya pun ceritala details tentang VIVIX ni.. ia anti cancer, membantu memperbaiki tubuh badan dari peringkat sel dna.. serta membantu kita awet muda sehingga 25 tahun lebih muda. Vivian tanya, "U makan juga ke VIVIX ni?" Of course lah makan.. saya nak rasa muda sentiasa.. hehe. "Ooo.. patutla u nampak muda.. inilah rahsianya ya!" Sambil ketawa kecil.
Website Shaklee

Pemilik Blog

19 August 2015

9 FAKTA TENTANG DIET YANG SELAMA INI ANDA SILAP

Semata-mata untuk kuruskan badan, anda sanggup berdiet sehingga tidak menyentuh makanan kegemaran langsung. Jangan terlalu menyekat pengambilan makanan kerana ia boleh memberi kesan yang lebih teruk. Malah, untuk gaya hidup yang sihat, anda perlu tahu 9 fakta ini.

S

6 August 2015

GET CLEAN WATER PITCHER DI KAMAR TIDUR



Pukul 1 pagi, tiba-tiba anda terjaga dari tidur & berasa haus.

Anda boleh letakkan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni di mana-mana saja termasuklah di kamar tidur - di sebelah katil anda, di atas meja solek, di atas meja kerja dan sebagainya.

Bila anda berasa haus di tengah malam, boleh capai dan tuang saja & terus minum.

Bila air dah habis, hanya masukkan air paip dan tunggu ia ditapis beberapa saat, dan boleh terus diminum.

Satu bekas Water Pitcher ini boleh memuatkan lebih kurang 1.8 Liter air setiap satu masa.

Jangan jadikan alasan untuk tidak minum air. Get Clean Water Pitcher kan ada.

Whatsapp 019-289 6117
Ruzana Ibs
FOUNDER OF EUREKA EMPIRE

COOLER BAG/ICE PACKS UNTUK SIMPAN VIVIX

Customer setia saya : nak beli cooler bag & icepack saja.. tapi terpaksa beli semua ni (termasuk bottles) sebab kedai tu tak jual asing2.. & harganya mahal pulak tu.

Kesian dia. Sebab last minit baru tau beliau nak travel. Lagipun dia tinggal sangat jauh.. tak sempat saya nak poskan. If not saya boleh tolong belikan yang lebih murah & convenient tapi bermutu.

Tujuan beliau beli cooler bag & icepacks sebab nak bawa VIVIX bersama semasa travel. Beliau amat mementingkan kesihatan & ingin kekal energetic, sebab tu beliau takkan miss minum Vivix ni walaupun sehari.

Ini bagi idea kat saya.. sesiapa yang beli VIVIX dari saya & suka travel, akan menerima cooler bag sebagai free gift special dari saya pada belian pertama!
Kenapa kena ada cooler bag & icepack bila nak travel dengan Vivix? Sebab bahan-bahan dalam VIVIX ni adalah semulajadi & untuk menjaga kualitinya yang semulajadi & dalam kondisi terbaik, VIVIX mesti disimpan di dalam petiais atau tempat sejuk setelah dibuka.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign