18 October 2014

HEART HEALTH

PHYTOCOL-ST
RM197

GARLIC COMPLEX
RM47.50

COQHEALTH PLUS
RM124

OMEGA GUARD
RM136




RESEPI - CHOCOLATE LASAGNA

Ada 2 resepi chocolate lasagna.. basically sama saja resepinya tapi lebih mudah kalau refer link ni untuk buat chocolate lasagna ni di sini http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2014/10/resepi-chocolate-lasagna.html (Kredit kepada Blog Cahaya Cinta Ku)
Ini gambarnya yang dah siap untuk dimakan.


Manakala, resepi satu lagi dari sini http://www.bukuresepi.com/chocolate-lasagna/
clangsa

Cuba la.. nanti hantar sikit kat saya ya.. :)


Salam sayang
Ruzana Ibs, 0192896117

TIPS SIMPLE MACAMANA NAK KURANGKAN MAKAN

Tips ni specially untuk yang nak kurangkan berat badan. Nampak macam simple bodoh je tips ni.. tapi in syaa Allah berkesan.

7 tips stupid-simple untuk kurangkan makan dan secara automatik anda boleh menjadi sihat. Jom baca.

(1) BANGUN AWAL
Tak percaya? Ia dibuktikan oleh University Northwestern, Amerika Syarikat. Melalui kajian dari universiti ini, individu yang bangun lambat pada pukul 8.00 pagi dan ke atas akan mengambil diet tinggi kalori. Mereka juga dikesan akan makan malam dengan hidangan berat yang mengandungi 200 sehingga 375 kalori lebih banyak dari biasa.

Agama Islam juga menggalakkan kita bangun awal, solat sunat & solat subuh yang merupakan senaman rohani serta jasmani yang baik.

(2) BERGEMBIRA
Mengekalkan berat badan bukanlah terlalu sukar. Anda cuma perlu lakukan sesuatu yang mampu membuatkan anda tersenyum ceria.

Menurut saintis dari Brazil, apabila anda gembira hormon serotonin atau dikenali sebagai hormon gembira, mampu mengurangkan selera makan. lebih menguntungkan hormon ini juga merangsang tubuh untuk membakar lebih banyak lemak yang berlebihan.

(3) GUNAKAN JEJARI MINIMUM
Orang Asia sememangnya biasa makan menggunakan tangan... tapi jangan gunakan kesemua jari-jemari anda untuk menyuap makanan. Cukup sekadar 3 jari sahaja. Boleh juga gunakan chopstik atau garpu. Dengan cara ini akan membuatkan anda makan lebih sedikit dan cepat kenyang. Lagipun menggunakan tiga jari saja merupakan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mulia.
 

(4) PECAHKAN KULIT KACANG
Kekacang adalah snek untuk mengatasi ketagihan makanan. Elok pilih yang ada kulit dan anda perlu memecahkannya untuk makan.

Kajian University Eastern Illinois, Amerika Syarikat mendapati, individu yang makan kacang pistasio yang sudah dibuang kulit akan makan sebanyak 211 kalori, manakala individu yang lain yang diberi kacang yang sama dengan kulit (dan mereka perlu memecahkan kulit untuk dapatkan kacang tu) hanya makan sebanyak 125 kalori.

(5) GUNAKAN PINGGAN KHAS
Cubala makan dengan pinggan khas macam kat hospital/asrama tu.. (portion plate) yang ada pecahan bahagian-bahagian tertentu yang boleh membantu anda mengikut diet pemakanan sihat:
- daging 1/3 pinggan
- nasi atau bijirin 1/3 pinggan
- sayuran dan buah separuh dari pinggan

Bukan itu sahaja, penggunaannya memberi ilusi pinggan yang penuh dan membuatkan anda mengambil makanan lebih sedikit dari biasa.

Atau, boleh cari di pasaran pinggan khas seperti gambar di bawah ni :

(6) MAKAN BERSAMA WANITA
Berdasarkan kajian Universiti New York, lelaki hanya akan makan 37% lebih sedikit jika ditemani wanita atau isteri berbanding jika mereka keluar makan bersama teman-teman.

Jika anda wanita, makan bersama lelaki atau suami anda. :)

(7) PELBAGAIKAN DAGING ORGANIK
Bagi yang gemar makan daging, hidangan cara memanggang cukup selamat serta sihat... tetapi pastikan hanya mengambil 100 gram daging yang mana ia membekalkan 148 kalori dan 4 gram lemak.

Kemudian anda boleh tambah hidangan tadi dengan daging tanpa lemak seberat 26 gram.

Percayalah.. menu ini sudah memadai dan tidak perlu lagi tambahan makanan pemanis /pencuci mulut (dessert).

Good luck! Jangan lupa mencuba tips stupid-simple ni ya!


Salam sayang
Ruzana Ibs, 0192896117
Shaklee Independent Distributor



Kredit : Noor Hidayah Shafie-Majalah Wanita

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign