24 December 2014

5 MANFAAT PENIAGA ONLINE BERDAFTAR DENGAN SSM



Klik pada gambar untuk pautan link 

Wajib daftar dengan SSM?
Adakah anda tahu bahawa anda sebagai peniaga online perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? 

Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Siapakah yang dikatakan peniaga online?
Sesiapa sahaja yang melakukan urusniaga di Facebook, Mudah.my, website, blogspot dan/atau apa-apa sahaja medium pengiklanan yang menggunakan internet, adalah wajib mendaftar dengan SSM walaupun anda hanya berniaga dari rumah, secara sambilan walaupun tidak mengaut keuntungan yang banyak.

Kenapa perlu berdaftar?

Manfaat kepada Peniaga
(1) Membolehkan perniagaan anda mendapat pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang

(2) Melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti (a) perlindungan insuran, (b) kemudahan kredit, (c) kursus dan latihan (d) faedah baik-pulih premis perniagaan (jika ada) dan lain-lain.

(a) Skim Perlindungan Insurans Berkelompok Penjaja dan Peniaga Kecil yang dikenali sebagai Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional ataupun singkatannya PIMPIN dimana menerusi Bajet 2013, sebanyak RM16 juta setahun diperuntukkan untuk bayaran premium insurans bagi anggaran 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara. 

Ia memberi perlindungan sepanjang 24 jam sehari dan 365 hari setahun sekiranya berlaku kematian di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

(b) Skim kredit khas untuk golongan penjaja dan peniaga kecil bilamana peruntukan berjumlah RM90juta diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan disalurkan melalui Bank Rakyat  bagi membantu golongan peniaga memajukan perniagaan mereka. 

Ciri istimewa skim kredit ini adalah pinjaman ini tidak dikenakan faedah dan tempoh pembayaran yang munasabah.

(c) Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebagai sebuah agensi di bawah KPDNKK dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menguruskan kursus dan latihan berterusan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk melakukan tranformasi ke atas perniagaan mereka agar lebih mampan, berdaya maju dan  boleh bersaing.

(3) Membolehkan pihak kerajaan mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil.

Manfaat kepada Pengguna
Sekarang ni orang suka shopping online, dan kemungkinan besar akan ada yang mengambil kesempatan.
Jadi, semua peniaga wajib berdaftar dengan SSM, untuk melindungi pengguna daripada unsur penipuan pembelian secara online selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan. 

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

Bagaimana hendak mendaftar di SSM?
Anda boleh mendaftar perniagaan* anda di bawah 
(1) Pendaftaran Perniagaan atau 
(2) Pendaftaran Syarikat

(1) Pendaftaran Perniagaan
Untuk pendaftaran perniagaan, anda boleh memilih pandaftaran perniagaan tunggal/perseorangan ataupun perkongsian. 

Ia juga lebih dikenali sebagai enterprise

Anda boleh pergi ke pejabat SSM terdekat untuk mendaftar atau melalui perkhidmatan online e-Lodgement. Anda akan memperolehi Sijil Pendaftaran Perniagaan dalam masa 1 jam.

Bayaran yuran tahunan:
Nama Tred (Perlu Kelulusan Nama Perniagaan) – RM60 setahun
Nama sendiri (nama sendiri seperti di kad pengenalan)- RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan .

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership untuk Pendaftaran Perniagaan.

(2) Pendaftaran Syarikat
Untuk Pendaftaran Syarikat pula, proses pendaftaran adalah sedikit rumit. 

Anda memerlukan 
-sekurang-kurangnya dua pengasas kepada syer syarikat, 
-dua pengarah dan Setiausaha syarikat (berlesen dengan SSM atau ahli badan professional). 

Syarikat berhad dengan syer boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (mempunyai perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ pada nama syarikat) atau syarikat awam (mempunyai perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd’ pada nama syarikat). 

Bayaran yuran tahunan:
Yuran tahunannya adalah bergantung kepada Modal dibenarkan dan Fee/yuran bermula dari RM1,000 sehingga RM70,000.

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pemerbadanan-syarikat-tempatan

*Nota :
Pada pendapat saya, bagi peniaga online yang berniaga secara kecil-kecilan, boleh berdaftar sebagai Peniaga Enterprise. Lebih murah dan mudah.

Peringatan
Peniaga online juga perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013. 

Anda perlu memaparkan informasi berkaitan perniagaan anda pada laman jualan 
-Nama perniagaan (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
-Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
-Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan
-Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
-Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
-Kaedah pembayaran
-Terma dan syarat jualan
-Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli


Semoga bermanfaat.


7 KRITERIA UNTUK MEMILIH SUPPLEMENT PROTIN SOYA

1- Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik
Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik?
Sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. 

Dari segi kajian.. sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya ini.

2- Kacang soya tersebut mestilah yang Non GMO ( tak dihasilkan secara genetik)
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?
Sebab secara umumnya kacang soya yang dari jenis genetik ni adalah murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan

3- Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4- Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol

Alkohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alkohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru2, dsbnya. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

5- Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome.

" Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat."

6- Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7- Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

BERKORBAN APA SAJA, HARTA ATAUPUN NYAWA... ATAU RASA?

"Berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa." Itu kata P. Ramlee.
Bab supplement ni.. kena korban duit je la.. sebab nak lawa sihat gojes.
Lawa je tak sihat pun.. tak seronok juga... kan?

Oh ya.. lagi satu nak kena korban rasa. Ada yang tak suka rasa soya dalam ESP.. tapi sebab kita sendiri terdiri daripada sel.. dan, untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlukan sel-sel baru yang sihat, di mana protein merupakan makanan asas kepada sel. Dan ESP adalah sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Saya memang suka soya.. apatah lagi ESP yang banyak khasiat ni.

Shaklee ESP:
1. Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar selama beberapa jam selepas diminum

2. Mengandungi 5 jenis vitamin B penting yang diperlukan tubuh.

3. Mengandungi Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian, serta isoflavon soya, yang membantu meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat
Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus.

3. Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal dan sangat ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.

4. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

5. Dijamin Halal.

6. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign