16 June 2014

KESAN SAMPINGAN VITAMIN E

Vitamin E MUNGKIN SELAMAT bagi kebanyakan orang yang sihat apabila diambil secara oral atau digunakan untuk kulit. Kebanyakan orang tidak mengalami sebarang kesan sampingan apabila mengambil dos harian yang disyorkan, iaitu 15 mg.

Vitamin E adalah mungkin TIDAK selamat jika diambil dalam dos yang tinggi. Jika anda mempunyai keadaan seperti penyakit jantung atau kencing manis, jangan mengambil dos 400 IU / hari atau lebih. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dos yang tinggi mungkin meningkatkan risiko kematian dan mungkin menyebabkan kesan sampingan yang serius lain. Semakin tinggi dos, lebih besar risiko kesan sampingan yang serius.

Ada beberapa kebimbangan bahawa vitamin E mungkin meningkatkan risiko strok iaitu strok pendarahan yang serius (hemorrhagic stroke), pendarahan berlaku ke dalam otak. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dalam dos 300-800 IU setiap hari mungkin meningkatkan peluang jenis strok ini sebanyak 22%. Walau bagaimanapun, sebaliknya, vitamin E mungkin mengurangkan peluang untuk mendapat strok yang kurang teruk dipanggil strok iskemia (ischemic stroke).

Terdapat maklumat yang bercanggah mengenai kesan vitamin E pada peluang mendapat kanser prostat. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil sejumlah besar multivitamin ditambah suplemen vitamin E yang berasingan sebenarnya mungkin meningkatkan peluang mendapat kanser prostat pada sesetengah lelaki.

Dos yang tinggi juga boleh menyebabkan loya, cirit-birit, kekejangan perut, keletihan, lemah, sakit kepala, penglihatan kabur, ruam, lebam dan pendarahan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran khas:
Kehamilan dan menyusu: 
Apabila digunakan dalam jumlah harian yang disyorkan, vitamin E mungkin selamat untuk wanita mengandung dan menyusukan bayi. 

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa pengambilan supplemen vitamin E mungkin berbahaya kepada janin apabila diambil di awal kehamilan. Tetapi ia adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada ini adalah sesuatu yang membimbangkan.

Sehingga lebih diketahui, jangan mengambil supplement vitamin E semasa awal kehamilan tanpa mendapatkan nasihat doktor.

Angioplasti, satu prosedur jantung: 
Elakkan daripada mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin E atau vitamin antioksidan lain (beta-karotena, vitamin C) sebaik sebelum dan selepas prosedur angioplasti tanpa pengawasan seorang profesional penjagaan kesihatan. 
Dibimbangi vitamin ini akan mengganggu proses penyembuhan yang sepatutnya.

Tahap yang rendah vitamin K (kekurangan vitamin K): 
Vitamin E mungkin memburukkan lagi masalah darah tersumbat/darah beku kepada orang yang mempunyai tahap vitamin K yang terlalu rendah.

Keadaan mata dipanggil Retinitis pigmentosa: 
All-RAC-alpha-tokoferol (vitamin sintetik E) 400 IU nampaknya mempercepatkan kehilangan penglihatan pada orang yang ada Retinitis pigmentosa. Walau bagaimanapun, jumlah yang jauh lebih rendah (3 IU) mungkin tidak menghasilkan kesan ini. Jika anda mengalami keadaan ini, adalah lebih baik untuk mengelakkan pengambilan vitamin E.

Gangguan Pendarahan: 
Vitamin E mungkin membuatkan masalah pendarahan bertambah teruk. Jika anda mempunyai gangguan pendarahan, elakkan mengambil supplemen vitamin E.

Kanser leher & kepala: 
Jangan mengambil supplemen vitamin E dalam dos 400 IU / hari atau lebih kerana ia mungkin meningkatkan risiko kanser akan kembali.

Kanser prostat: 
Terdapat kebimbangan bahawa pengambilan vitamin E mungkin meningkatkan peluang mendapat kanser prostat. 
Kesan vitamin E pada lelaki yang sedang menghidapi kanser prostat adalah tidak jelas, tetapi, menurut teori, mengambil supplemen vitamin E mungkin memburukkan keadaan kanser prostat pada lelaki yang sedang menghidapinya.

Pembedahan: 
Vitamin E mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. 
Hentikan pengambilan vitamin E sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Sumber : http://www.webmd.com/

KEGUNAAN VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin yang larut dalam lemak. Ia didapati dalam banyak makanan termasuk minyak sayur-sayuran, bijirin, daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran, dan minyak germa gandum. Ia juga boleh didapati sebagai supplement.

Kegunaan Vitamin E
(1) Vitamin E digunakan untuk merawat kekurangan vitamin E, yang jarang berlaku, tetapi boleh berlaku pada orang yang ada gangguan genetik tertentu dan terhadap bayi pra-matang yang mempunyai berat badan yang sangat rendah.

(2) Sesetengah orang menggunakan vitamin E untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit jantung dan saluran darah termasuk pengerasan arteri, serangan jantung, sakit dada, sakit kaki kerana arteri tersumbat, dan tekanan darah tinggi.

(3) Vitamin E juga digunakan untuk merawat diabetes dan komplikasinya. Ia digunakan untuk mencegah kanser, terutamanya paru-paru dan kanser mulut di kalangan perokok, kanser kolorektal dan polip dan gastrik, prostat, dan kanser pankreas.

(4) Sesetengah orang menggunakan vitamin E untuk penyakit berkaitan otak dan sistem saraf termasuk penyakit Alzheimer dan dementias, penyakit Parkinson, kekejangan di waktu tidur malam, sindrom kaki resah, dan untuk epilepsi, yang dimakan bersama-sama dengan ubat-ubatan lain. Vitamin E juga digunakan untuk chorea Huntington, dan gangguan lain yang melibatkan saraf dan otot.

(5) Wanita menggunakan vitamin E untuk mencegah komplikasi dalam kehamilan yang lewat akibat tekanan darah tinggi (pra-eklampsia), sindrom prahaid (PMS), tempoh menyakitkan, sindrom menopaus, hot flashes yang berkaitan dengan kanser payudara dan sista payudara.

(6) Kadang-kadang vitamin E digunakan untuk mengurangkan kesan-kesan bahaya rawatan perubatan seperti dialisis dan radiasi. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini dari pengambilan ubat-ubatan seperti keguguran rambut pada orang mengambil doxorubicin dan kerosakan paru-paru pada mereka yang mengambil amiodarone.

(7) Vitamin E kadang-kadang digunakan untuk meningkatkan ketahanan fizikal, meningkatkan tenaga, mengurangkan kerosakan otot selepas senaman dan meningkatkan kekuatan otot.

(8) Vitamin E juga digunakan untuk katarak, asma, jangkitan pernafasan, gangguan kulit, penuaan kulit, selaran matahari, cystic fibrosis, kemandulan, mati pucuk, sindrom keletihan kronik (CFS), ulser peptik, untuk penyakit keturunan tertentu dan untuk mengelakkan alahan.

(9) Sesetengah orang meletakkan vitamin E ke atas kulit mereka untuk mengelakkan ia daripada penuaan dan untuk melindungi daripada kesan bahan kimia terhadap kulit, yang digunakan untuk terapi kanser (kemoterapi).

Bagaimana Vitamin E berfungsi?
Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan untuk fungsi yang betul oleh kebanyakan organ-organ dalam badan. Ia juga merupakan antioksidan. Ini bermakna ia membantu melambatkan proses yang merosakkan sel-sel.

Sumber : http://www.webmd.com/

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign