23 October 2015

PENIMBANG DIGITAL (DIGITAL KITCHEN SCALE)

Dah lama teringin nak beli Digital Kitchen Scale ni.. senang nak timbang bahan masakan juga apa-apa benda pun yang berat kurang dari 5Kg. Boleh dapat timbangan yang tepat insyaa Allah. Selama ini pakai kitchen scale yang biasa tu je. 
KITCHENSCALEBIASA
Lebih kurang macam ni la
saya punya yang sebelum ni

Digital Kitchen Scale ini bukannya mahal mana pun, tapi sebab nak cari yang paling murah.. last last beli kat DIY Tesco Ara Damansara @ RM35.00. OK la kan? Ada yang sampai RM50++ Semua yang saya nampak made in China. Tak tahulah boleh bertahan berapa lama. Tapi kalau saya yang pakai, insyaa Allah bertahun lamanya bertahan sebab saya memang cermat bab jaga barang-barang ni. 

Saya sebenarnya, nak guna penimbang ni sebab nak timbang botol-botol supplements saya sebelum diposkan, so boleh agak berapa RM yang nak kena caj kat pejabat pos nanti. Selain tu, of course nak timbang bahan-bahan masakan... sekarang ni makin rajin mencuba resepi baru yang memerlukan timbangan seperti tepung, mentega, susu dan sebagainya.

Penimbang yang saya baru beli ni boleh mengukur gram, paun (Lb), auns (oz) serta ml (susu dan air). Rupanya kandungan ml susu dan air tak sama ye. Patutla botol susu pun, putingnya ada yang untuk susu dan ada yang untuk air biasa, sebab kepekatannya berbeza, betul kan.

Selain di DIY, boleh dikatakan semua pasaraya ada menjual Penimbang Digital ni. Kat kedai stationery yang besar pun ada. Kedai membekalkan barang-barang bakeri pun ada, tapi tak banyak pilihan.

Oh ya, penimbang ni guna 2 biji bateri saiz AAA. Bateri ini saya beli. Dia tak include sekali. Ada juga penimbang yang include bateri, kena check la.. samada bateri tu masih dalam bungkusan atau tidak. Haritu, saya pergi Econsave.. sepatutnya bateri included, tapi dalam kotak dah takdak.. sapa yang rembat tak tau la. 

Tak sabar nak guna penimbang ni!!! ;)

DIGITALKITCHENSCALE

SURAH ALKAHF سُوۡرَةُ الکهف Sheikh Mishary Rashid Al Afasy - English Translation

Ayuh baca surah Al Kahf!



Daripada Muaz ibnu anas al Juhari,daripada bapanya,daripada Nabi saw Baginda bersabda yang bermaksud:
Sesiapa membaca dari surah Al-Kahf maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhan ayat Al-Kahf maka jadilah baginya cahaya antara langit dan juga bumi.”  

Daripada Umar ra. bahawa beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : 
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada hari jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya dihari kiamat dan diampunkannya antara 2 Jumaat.”

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata :
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.
Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)"

Wallahua'lam.

RESEPI - TELUR MASIN

TELUR MASIN 

Terimakasih Ida Shahida untuk perkongsian ini. 

 TELUR MASIN MUDAH

BAHAN-BAHAN

10 biji telur itik atau ayam (yang fresh iaitu belum dimasak-guna sebiji sebiji yg segar tau..)
Garam kasar ~ 1 1/2 cawan
Air ~4 1/2 cawan ( atau 5 cawan asalkan telur tenggelam semuanya)

(SELAIN TELOR ITIK ANDA BOLEH GUNA TELUR AYAM KAMPUNG ATAU KEDAI. KALAU TELUR AYAM ANDA TAK PERLU RENDAM DALAM AIR GARAM LAMA LAMA SEBAB DIA MUDAH MASIN SEBAB KULIT TELUR AYAM NIPIS. RENDAM 7-10 hari dah cukup!!

kemasinan 'telur masin' itik atau ayam adalah bergantung kepada berapa hari rendamannya! kalau tak suka masin JANGAN RENDAM TERLALU LAMA.

**TELUR ITIK LEBIH SEDAP SEBAB LEBIH BESAR DAN BERISI TEBAL SERTA MEMPUNYAI KUNING TELUR YG LEBIH BESAR DAN TEBAL)**

CARA


1. Bersihkan/basuh telur dengan air biasa. (guna span bahagian yg kasar). Basuh telur sebersihnya & tos sehingga kering- guna span. ( kalau rajin boleh guna kertas pasir -gosok perlahan2 bertujuan untuk membuka liang liang udara pada telor itu supaya air garam mudah meresap)

2. Masak air sehingga mendidih selepas itu masukkan garam dan kacau sehingga garam larut semuanya.. Kita tambah garam lagi sedikit demi sedikit sehingga garam tidak lagi larut. Jadi maknanya airnya betul betul sudah cukup masin.

3. Tutup api. 
Masukkan air garam tadi ke bekas yang lain supaya ia cepat sejuk. 
Biarkan sehingga sejuk 100%.

4. Setelah sejuk masukkan air ke dalam bekas yang sesuai (balang plastik/kaca) dan masukkan telur perlahan-lahan supaya tidak retak. 
Pastikan telur tenggelam dan tutup bekas (simpan kat luar rumah @ suhu bilik)

- Tutup bekas serapat rapatnya.simpan selama 2 minggu- sedap!! Sebab tidak terlalu masin. Tapi kalau nak masin mestilah melebihi 15 hari. 
Setelah cukup tempoh rendaman, bolehlah dimasak.

Bakinya? keluarkan dari rendaman, cuci bersih2 dan lap kering pastu simpan lah dalam peti ais. ( jangan direndam melebihi 20 hari...nanti dapat darah tinggi!!!

INI CARA MUDAH!! SESUAI DENGAN IBU-IBU YANG TAK SUKA SUSAH-SUSAH.

sebab kalau yang direndam dengan tanah liat dan disaluti dengan sekam padi tu...susah .......sebab nak kena cari tanah liat dan abu sekam pulak.!!

SPENDING MY TIME - ROXETTE

Lagu all time favourite



Siapa masih ingat Roxette. Mereka popular pada tahun 80an. Kebanyakan lagu mereka menjadi favourite saya waktu itu sehinggalah sekarang.

.RoxetteHits.png.PNG

Berapa dah agaknya umur mereka sekarang ni?

Marie Fredriksson - penyanyi utama Roxette dilahirkan pada 30 Mei 1958 dan pada hari ini 23 Oktober 2015, beliau berusia 57 tahun ++
Manakala guitarist cum singer, Per Håkan Gessle dilahirkan pada 12 January 1959 (setahun saja muda daripada Marie).

Dalam klip video konsert mereka pada tahun 2014, kelihatan Marie sangat uzur kerana tumor otak yang menyebabkan beliau kehilangan sebelah penglihatan. Itu pun masih bersemangat untuk menyampaikan lebih dari 5 lagu hit mereka dulu. 

Roxette still up for the joyride


4 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA CYST DAN FIBROID

4 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA CYST DAN FIBROID 


Siang tadi membeli sedikit barang dapur di salah sebuah kedai Muslim favourite di Shah Alam. Tuan punya kedai ada di situ, dah nak balik ke rumahnya untuk memasak. Dah biasa bersembang dengan beliau setiap kali pergi ke kedainya. Tadi, beliau beritahu yang beliau dah tak boleh makan kat luar.. ingatkan dia nak cerita tentang typhoid yang dah berleluasa kisahnya, rupanya ia adalah kerana beliau didapati mempunyai cyst di serviks. First time saya dengar ada cyst di serviks, kebiasannya yang saya tahu cyst di ovari. 

CONTOHCYSTOVARI 

Punca yang boleh dia tau tu, sebab darah haid yang keluar laju seperti air paip katanya. Doktor menasihati beliau untuk tidak memakan daging merah, serta kurangkan protin termasuk soya. Ayam pun kena makan yang organik. Tak boleh makan sembarangan. Selain itu, berikut adalah makanan yang sepatutnya dielakkan / kurangkan oleh seseorang yang mempunyai cyst/fibroid :

MAKANAN_PATUT_DIELAKKAN- produk tenusu seperti keju
- bahan perisa / pes segera / kiub stok
- makanan bergula
- minuman berkarbonat
- makanan segera seperti burger, sosej
- makanan ringan / jajan
- makanan berlemak / berminyak

4 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA CYST DAN FIBROID 


Cyst adalah disebabkan oleh beberapa kombinasi faktor seperti berikut :

Antara 4 faktor utama wujudnya Cyst dan Fibroid adalah  :


(1) Hormon Estrogen yang berlebihan


(a) Cyst (juga fibroid) adalah ketumbuhan sel yang bergantung kepada hormon estrogen. Apabila hormon estrogen dan progesteron dalam badan tidak seimbang, risiko untuk mendapat cyst adalah tinggi.

(b) Bagi mereka yang mengalami masalah PCOS*, keadaan seperti ini adalah lebih ketara.

(c) Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen yang boleh mengaktifkan cycts (juga fibroid).

(2) Kewujudan Xenoestrogen dalam badan


Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran kita seperti di dalam makanan, air serta bahan kimia dari industri pertanian dan penternakan.

'Estrogen sintetik' boleh dikatakan sebagai estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Xenoestrogen ini boleh didapati mungkin daripada phthalates (bahan dlm plastik atau getah), racun serangga (pesticides) serta bahan tembakau.

(3) Keturunan / Genetik


Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga yang pernah mendapat cyst (atau fibroid) berisiko tinggi untuk mendapat cyst (atau fibroid) juga.

(4) Obesiti/Berat berlebihan


Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Ia digelar 'Endocanabinoid system'.

Ini bukan sahaja boleh menyebabkan ketumbuhan cyst serta fibroid, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.


Nota :

Perbezaan Cyst dan Fibroid


Cyst adalah satu ketumbuhan (ala-ala jerawat) dalam badan kita. Ia boleh berlaku bukan sahaja kepada orang perempuan, malah kepada lelaki juga.
Ia boleh tumbuh pada mana- mana bahagian badan dan ia boleh membesar dan mengganggu sistem tubuh badan.

Cyst bukan setakat boleh jadi dalam ovari, tapi juga pada paru-paru, buah pinggang dan pankreas.

Cyst dan fibroid ini kedua-duanya adalah sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid adalah terdiri daripada tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari (kiri & kanan).

Ia bukannya barah, namun untuk kepastian, ia hanya dapat diketahui sewaktu pembedahan dan ujian histopatologi makmal ke atas cyst dan fibroid berkenaan.

Fibroid dan cyst tidak akan hilang sendiri. Saiznya dijangka mengecil hanya selepas menopaus (berikutan kekurangan hormon estrogen) ataupun dengan penggunaan ubatan tertentu tetapi pengecilannya hanya buat sementara waktu sahaja.

FIBROID/CYST

*PCOS

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign