28 May 2015

RORO (ROLL ON ROLL OFF)

First time dengar perkataan ni, teringat kat Roro Mendut..haha.. entah kenapa.

Anyway, sebenarnya RORO ni adalah pengangkutan menggunakan kapal besar untuk pindahkan kenderaan anda dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui laut. Contohnya, dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak. Boleh baca kat sini details mengenai RORO.

Cars going in the RoRo Vessel

First time juga ni, since ini first time nak berpindah ke 'seberang laut' .. hehe.

APA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN 
(1) Kad pengenalan Pemilik kenderaan
(2) Geran kenderaan
(3) Surat pelepasan dari bank jika masih ada hutang dengan bank. Pergi ke bank di mana anda buat loan kenderaan tersebut, berjumpa dengan mana-mana pegawai yang boleh buat surat pelepasan tersebut. Biasanya mereka akan ambil masa 1/2 jam saja untuk sediakan surat tersebut.
Oh ya, jangan lupa bawa surat sokongan, contohnya surat arahan berpindah dari majikan.

Kemudian email kepada Syarikat RORO tersebut. Biasanya mereka akan meminta anda email dokumen di atas, 5 hari sebelum kapal bertolak... untuk tujuan 'booking'. Email juga salinan kad pengenalan orang yang nak ambik kenderaan apabila sampai di destinasi, jika bukan pemilik kenderaan itu sendiri yang ambil.

Anda boleh meminta jadual vessel / kapal yang akan membawa kenderaan anda dari syarikat RORO itu.

Anda juga boleh menghantar kenderaan anda 2 - 3 hari sebelum tarikh kapal bertolak.

HARGA RORO
RM1,700 untuk kenderaan kecil
RM1,800 untuk MPV


URUSAN PERTUKARAN & PENEMPATAN MURID SEKOLAH

Suami dapat arahan bertukar ke negeri lain. Jadi, sekarang dah perlu fikirkan proses pindah memindah rumah, mover, kereta dan yang paling penting persekolahan anak-anak.

Tadi mencari-cari kat google proses pindah sekolah.. jumpa banyak juga blog yang membantu. Saya summarize kat sini secara mudah ye.

Jika anak anda masih berSEKOLAH RENDAH
(1) Isi 4 salinan borang PUA275 (dapatkan borang di sekolah yang anak sedang bersekolah sekarang) – borang mesti ditandantangi oleh pengetua sekolah & ada cop sekolah
(2) Kepilkan 2 salinan Sijil lahir pelajar
(3) Bawa kesemua dokumen di atas (1 - 4) ke Jabatan Pendidikan Negeri di daerah mana anda hendak sekolahkan anak anda di tempat baru tu.

Jika anak anda berSEKOLAH MENENGAH
(1)Isi 4 salinan borang PUA275 (dapatkan borang di sekolah yang anak sedang bersekolah sekarang) – borang mesti ditandantangi oleh pengetua sekolah & ada cop sekolah
(2) Kepilkan 2 salinan IC Pelajar & 2 salinan IC IbuBapa
(3) Kepilkan 2 salinansijil nikah IbuBapa
(4) Kepilkan 2 salinan sijil keputusan PT3 jika anak anda akan memasuki tingkatan 4 ketika masuk sekolah baru (jika berpindah pada hujung tahun)*
(5) Bawa kesemua dokumen di atas (1 - 4) ke Jabatan Pendidikan Negeri di daerah mana anda hendak sekolahkan anak anda di tempat baru tu.

*Jika berpindah sebelum peperiksaan, atau jika anak anda berada di tingkatan 1 atau 2 atau baru nak masuk tingkatan 3 pada tahun hendak masuk sekolah baru, kepilkan sijil keputusan UPSR

Lupa pulak saya nak tanya, kenapa untuk sekolah rendah tidak perlukan IC Ibubapa & Sijil Nikah. Tapi apa apa pun, lebih elok sediakan, mana tau kot dia minta.

Borang PU(A)275

Selain itu, anda boleh rujuk website Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ni, saya rasa lebih kurang sama kat mana2 negeri pun proses/prosedur pertukaran sekolah ni.
http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2011/02/urusan-pertukaran-dan-penempatan-murid.html
http://www.scribd.com/doc/33393040/P-U-A-275-JADUAL-KETIGA
http://www.scribd.com/doc/33393237/SRTATS

Anda juga boleh jenguk blog ni kalau nak tau pengalaman mereka.
http://teachergiler.blogspot.com/2011/06/prosedur-nak-pindah-sekolah.html
http://www.kakinakl.com/2014/01/cara-cara-pertukaran-ke-sek-men-keb.html?showComment=1432794072962#c1560332995771183341



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign