12 June 2013

BAGAIMANA NAK HABISKAN 3 LITER AIR SEHARI?

Kita digalakkan meminum 3 liter air sehari jika mengambil suplemen.  
"3 liter? Banyaknya..." rungut seorang dua kenalan. "Tak banyak kalau kita tahu sebab dan cara mudah untuk habiskan air sebanyak 3 liter tu."

Sebab perlu minum 3 liter air sehari: 
     Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh serta memperbaiki sel-sel 
     yang rosak. Semasa proses ini, air amat diperlukan, kalau tidak kita akan mengalami     
     keadaan yang dinamakan healing crisis (healing crisis nanti saya ceritakan dalam post lain).
     Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat 
     pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Bayangkan kita bancuh 
     sesudu garam dalam dalam sebiji cawan berbanding dengan mengacau sesenduk garam 
     dalam sebiji cawan. Satu senduk garam pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji 
     cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu mangkuk atau periuk.

     Berbeza dengan memakan buah-buahan, kita tak perlu minum air yang banyak selepas  
     itu kerana kerana buah-buahan tersebut sudah mengandungi air. Tahap kepekatan 
     nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Contohnya, dalam 
     sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 1/2 biji oren. Dalam 7 1/2 
     biji oren sudah ada sangat banyak air.

Cara untuk habiskan 3 liter air sehari :
Bahagi 3 liter dalam masa 24 jam. 
3 liter bersamaan 6 botol kecil sahaja yang bersaiz 500ml. Kalau rasa susah sangat nak bayangkan minum 3 liter... bayangkan minum 1 botol setiap 4 jam kerana sehari ada 24 jam. 
(1)  Dalam masa 4 jam pertama (PAGI); botol pertama 500ml
      Bangun saja dari tidur, sebelum gosok gigi dan buang air, minumlah separuh botol dulu.   
      Baru beberapa teguk.Separuh botol lagi minum selepas mandi.

(2)  Dalam masa 4 jam kedua (PAGI); botol ke2 500ml
      Minum air sewaktu sarapan pagi. Separuh botol sebelum menjamah makanan. Separuh 
      lagi selepas selesai makan.

(3)  Dalam masa 4 jam ketiga (PAGI); botol ke3 500ml
      Minum air seteguk dua sambil buat kerja. Kalau di pejabat, letakkan botol di atas meja 
      kerja. Sambil buat kerja, teguklah air setiap 1 jam pun boleh. 

OK, dah habis 1/2 dari 3 liter (1,500ml = 1.5 Liter).. baru setengah hari...

(4) Dalam masa 4 jam keempat (TENGAHARI)botol ke4 500ml
      Minum air sewaktu makan tengahari. Separuh botol sebelum menjamah makanan.  
      Separuh lagi selepas selesai makan.

(5) Dalam masa 4 jam kelima (PETANG); botol ke5 500ml :
     Minum air setiap 1/2 jam. Dari pukul 3 petang sehingga pukul 5 petang, selama 2 jam 
     pasti boleh habiskan 1 botol 500ml.

(6) Dalam masa 4 jam terakhir (MALAM); botol ke6 500ml :
     Minum air sewaktu makan malam. Separuh botol sebelum menjamah makanan.  
     Separuh lagi selepas selesai makan.

Mudah bukan? http://jelitashaklee.blogspot.com/2013/06/minum-air-pada-waktu-yang-betul.html

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign