23 June 2013

TEKNIK BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum
20 Jun 2013 genaplah usia Waqiuddin 1 tahun 3 bulan. Dah pandai berjalan pun. Makan macam-macam benda. Gigi tumbuh pun banyak dah. Tapi susu Mama tetap jadi pilihan yang utama...Alhamdulillah.

Ibu-ibu, Mama-mama, Ummi-ummi di Malaysia ramai yang dah sedar betapa banyak kebaikan menyusu bayi sendiri. Malah telah tertulis dalam al Quran surah al-Baqarah ayat 233, firman Allah swt yang bermaksud : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu". 

Kebaikan menyusu bayi dengan susu sendiri antaranya adalah untuk maintain bentuk badan kita supaya kurus sentiasa... hehe...kalau nak tahu, apabila kita menyusu bayi kita, kita boleh membakar 200-500 kalori setiap hari! Wowwee!! Mesti jealous sesiapa yang tak menyusu bayinya..."Nyesal akak tak nyusu anak dulu.... kalau tidak mesti dah kurus. Camner ek... kalau nak nyusu balik?" kata kawan saya sorang ni.

Sayang Mama
Selain itu, masa menyusu boleh rapatkan hubungan kita dengan bayi kita. Cuba lihat semasa kita menyusukan bayi, bayi tu menatap wajah kita dengan penuh kasih sayang... kan?
Oh..ngerinya

Yang paling best kebaikan menyusu ialah boleh menghalang daripada kanser payudara. Rupa-rupanya bahagian payudara yang paling kerap diserang kanser ialah lobus (yang menghasilkan susu) dan duktus (menghantar susu ke puting). 


Itu antara kebaikan-kebaikannya... melalut la pulak dah. So, marilah kita pakat-pakat menyusu anak dengan susu badan kita ya Puan-puan.

Macamana nak maintain susu badan supaya tetap banyak dan berkhasiat? Especially nak dekat puasa ni.... ramai jugak customer dan kawan-kawan saya bertanya soalan ini. 

CADANGAN UNTUK BANYAKKAN SUSU

1. SUPPLY vs DEMAND
First & foremost kena tahu konsep SUPPLY vs DEMAND..lebih kerap bayi kita menyusu, lagi kerap payudara kosong lagi banyak susu dihasilkan. Kalau yang bekerja di pejabat ke kat mana-mana pun.... kalau tak boleh direct breastfeed, kena pump dengan kerap & konsisten, sebaik-baiknya setiap 2 hingga 3 jam. Ataupun banyakkan pump sekitar pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi, kerana waktu tersebut banyak hormon prolaktin terhasil. Tapi waktu tu kan sedap tidur? Takpe lah, berkorban apa saja demi anak yang disayangi. 

2. MINUM BANYAK AIR
Minum banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Selain air kosong, susu, air kacang soya dan jus oren segar berupaya untuk meningkatkan penghasilan susu badan kita.

3. FIKIRKAN TENTANG BAYI KITA
Cuba bayangkan bayi kita sedang menyusu di payudara kita sejurus sebelum sesi penyusuan/sesi mengepam supaya dengan cara ini, payudara akan terangsang untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam tataplah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

4. BELAIAN & USAPAN BAYI
Ketika menyusu, belailah dan usaplah bayi. Dengan belaian & usapan ini, tanpa disedari merangsang penghasilan susu.

5. TENDUM PUMPING
Cuba biasakan sambil menyusu sambil mengepam susu (serentak) menggunakan pam payudara elektrik. 




6. MENYUSU DI WAKTU MALAM

Susukan bayi kita di waktu malam kerana ia merangsang peningkatan susu. Tambahan pula di waktu malam, bayi dan diri kita lebih relaks lalu membolehkan bayi kita menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. MAKAN ULAMAN
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman antaranya pegaga, peria, raja, turi, betik & jantung pisang batu.

8. HALBA & JINTAN HITAM
Halba, selepas dibeli, dicuci dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Selain itu jintan hitam juga boleh dimakan dengan cara pengambilannya sama seperti halba.

9. MENYUSU DENGAN POSISI YANG BETUL
Setiap kali menyusu bayi kita, sila pastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

10. INGAT PADA ALLAH
Last but not least, yang paling penting, kita kena istiqamah, bertawakkal & berdoa kepada Allah. Jangan mengeluh, jangan putus asa. Bersyukur ke atas segala yang Allah berikan dan banyakkan juga istighfar dan zikir.

Semasa menyusukan bayi kita, bacalah surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan bayi di sebelah kanan dan surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan bayi di sebelah kiri.

Surah Luqman ayat 16 yang bermaksud : "(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.""

Surah Luqman Ayat ke16
Surah Luqman ayat 17 yang bermaksud :"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata):"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.""

Surah Luqman Ayat ke17



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign