Hari ini 7 October 2014 - waktu asar nanti.. genapla 20 tahun kami bernikah dan melayari bahtera bahagia sebagai suami isteri.
Dah ada 5 orang anak umur 19 tahun, 18 tahun, 14 tahun, 9 tahun & yang terakhir 2 1/2 tahun.
20 tahun ... waktu yang panjang pada akal yang normal. Tapi pada saya seperti baru saja lagi... walaupun anak2 besar panjang depan mata... rasa macam kawan-kawan.. (huhu.. melampau dah tu).
Serius, rasa awet muda.. rasa bahagia. Tapi tipula kalau saya kata tak pernah berselisih faham / bermasam muka dengan suami. Tapi kena selesaikan dengan cara baik dan gentleman.
Berkenalan semasa belajar di semester ketiga (part 3 kata budak2 itm) di ITM Arau, Perlis. Kami kursus tak sama.. dia senior DBS part 5 masa tu.. saya kursus DIA. Dikenalkan oleh kakak senior DBS part 5. Haha.. bila dikenang balik kelakar pun ada...manis of course la.
Yang penting dalam melayari alam perkahwinan dan berkeluarga adalah pengetahuan Agama Islam dan Iman yang kuat. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w... Insya Allah selamat rumahtangga.
Last but not least... Ucapan untuk Abang tersayang : "terimakasih kerana menerima Sayang seadanya. Alhamdulillah ya Allah kerana mempertemukan Sayang dengan mu".
Last but not least lagi...boleh rujuk links berikut untuk tips RUMAHTANGGA BAHAGIA (terimakasih / kredit kepada pemilik blog/fanpage/facebook berikut):
http://keindahanhidupbermasyarakat.blogspot.com/2011/11/7-sunnah-baginda-untuk-rumahtangga-yang.html