29 November 2014

PUDING ROTI ABANG SAYANG

Suami saya suka sangat puding roti ni..banyak kali dah buat tapi katanya yang saya buat 3 hari lepas yang paling dia suka.

BAHAN-BAHAN
A
6 keping roti  dipotong kecil-kecil (lagi banyak roti lagi tebal puding)

B
375ml susu cair
2 biji telur
3 sudu  gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu  mentega

C
kismis (ikut suka banyak mana nak letak)

CARA :
Mentega bagi lembut dulu.. keluarkan dari peti ais & biar pada suhu bilik. Kalau tak sabar.. letak sebelah periuk nasi elektrik yg sedang panas.

Sementara tunggu mentega lembut.. potong roti bagi kecil.. kalau guna roti gardenia.. potong 4 (saya guna gunting.. ada orang koyakkan je). Saya gunting kerak.. asingkan dari bahagian yang lembut putih tu. Kerak roti saya susun di bahagian tepi atau dasar loyang.. roti yg putih di bahagian tengah / atas.

Dalam bekas lain, gaul bahan B iaitu gula, telur, mentega dan esen vanilla, kacau rata. Saya guna hand mixer.. nak guna blender pun boleh. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. Ada kala saya masukkan susu pekat dalam 1/4 cawan & tepung kastard 1 sudu besar.

Adunan B tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis. Tekan-tekan roti-roti tu supaya adunan B meresap ke dalam roti. Rendam dalam 5-10 minit sebelum kukus, supaya roti tu kembang.. lagi cantik jadinya.. nampak macam bengkang.

Kukus  selama 25 minit dengan api sederhana. (Letak kain di penutup pengukus supaya air dari wap tu tak masuk ke dalam puding).
Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Mak saya suka makan panas-panas.. suami suka makan sejuk. Kalau rajin buatla kuah kastard.. sedaaap. (Resepi kuah kastard lainkali ye.. sebab takdak kuah pun sedap dah).

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign