24 December 2014

5 MANFAAT PENIAGA ONLINE BERDAFTAR DENGAN SSM



Klik pada gambar untuk pautan link 

Wajib daftar dengan SSM?
Adakah anda tahu bahawa anda sebagai peniaga online perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? 

Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Siapakah yang dikatakan peniaga online?
Sesiapa sahaja yang melakukan urusniaga di Facebook, Mudah.my, website, blogspot dan/atau apa-apa sahaja medium pengiklanan yang menggunakan internet, adalah wajib mendaftar dengan SSM walaupun anda hanya berniaga dari rumah, secara sambilan walaupun tidak mengaut keuntungan yang banyak.

Kenapa perlu berdaftar?

Manfaat kepada Peniaga
(1) Membolehkan perniagaan anda mendapat pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang

(2) Melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti (a) perlindungan insuran, (b) kemudahan kredit, (c) kursus dan latihan (d) faedah baik-pulih premis perniagaan (jika ada) dan lain-lain.

(a) Skim Perlindungan Insurans Berkelompok Penjaja dan Peniaga Kecil yang dikenali sebagai Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional ataupun singkatannya PIMPIN dimana menerusi Bajet 2013, sebanyak RM16 juta setahun diperuntukkan untuk bayaran premium insurans bagi anggaran 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara. 

Ia memberi perlindungan sepanjang 24 jam sehari dan 365 hari setahun sekiranya berlaku kematian di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

(b) Skim kredit khas untuk golongan penjaja dan peniaga kecil bilamana peruntukan berjumlah RM90juta diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan disalurkan melalui Bank Rakyat  bagi membantu golongan peniaga memajukan perniagaan mereka. 

Ciri istimewa skim kredit ini adalah pinjaman ini tidak dikenakan faedah dan tempoh pembayaran yang munasabah.

(c) Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebagai sebuah agensi di bawah KPDNKK dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menguruskan kursus dan latihan berterusan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk melakukan tranformasi ke atas perniagaan mereka agar lebih mampan, berdaya maju dan  boleh bersaing.

(3) Membolehkan pihak kerajaan mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil.

Manfaat kepada Pengguna
Sekarang ni orang suka shopping online, dan kemungkinan besar akan ada yang mengambil kesempatan.
Jadi, semua peniaga wajib berdaftar dengan SSM, untuk melindungi pengguna daripada unsur penipuan pembelian secara online selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan. 

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

Bagaimana hendak mendaftar di SSM?
Anda boleh mendaftar perniagaan* anda di bawah 
(1) Pendaftaran Perniagaan atau 
(2) Pendaftaran Syarikat

(1) Pendaftaran Perniagaan
Untuk pendaftaran perniagaan, anda boleh memilih pandaftaran perniagaan tunggal/perseorangan ataupun perkongsian. 

Ia juga lebih dikenali sebagai enterprise

Anda boleh pergi ke pejabat SSM terdekat untuk mendaftar atau melalui perkhidmatan online e-Lodgement. Anda akan memperolehi Sijil Pendaftaran Perniagaan dalam masa 1 jam.

Bayaran yuran tahunan:
Nama Tred (Perlu Kelulusan Nama Perniagaan) – RM60 setahun
Nama sendiri (nama sendiri seperti di kad pengenalan)- RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan .

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership untuk Pendaftaran Perniagaan.

(2) Pendaftaran Syarikat
Untuk Pendaftaran Syarikat pula, proses pendaftaran adalah sedikit rumit. 

Anda memerlukan 
-sekurang-kurangnya dua pengasas kepada syer syarikat, 
-dua pengarah dan Setiausaha syarikat (berlesen dengan SSM atau ahli badan professional). 

Syarikat berhad dengan syer boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (mempunyai perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ pada nama syarikat) atau syarikat awam (mempunyai perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd’ pada nama syarikat). 

Bayaran yuran tahunan:
Yuran tahunannya adalah bergantung kepada Modal dibenarkan dan Fee/yuran bermula dari RM1,000 sehingga RM70,000.

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pemerbadanan-syarikat-tempatan

*Nota :
Pada pendapat saya, bagi peniaga online yang berniaga secara kecil-kecilan, boleh berdaftar sebagai Peniaga Enterprise. Lebih murah dan mudah.

Peringatan
Peniaga online juga perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013. 

Anda perlu memaparkan informasi berkaitan perniagaan anda pada laman jualan 
-Nama perniagaan (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
-Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
-Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan
-Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
-Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
-Kaedah pembayaran
-Terma dan syarat jualan
-Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli


Semoga bermanfaat.


2 comments:

  1. assalam zana...tentang pertanyaan zana kat blog kakak tu....sebenarnya taklah besar cuma lebihkurang bola pingpong kot tapi bleeding agak parah sampai pucat jadinya.
    moga zana mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Kak.
      Saya ada hantar mesej kat hangout gmail akak.
      Kawan saya pun ada fibroid. Doktor letakkan IUD utk sekat hormon. Details akak baca la kat hangouts.

      Terima kasih doa akak. Jazakallahukhairan.
      Insyaa Allah kak. Amin!

      Delete

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign