14 July 2015

PETUA HILANGKAN BATUK BIASA

Saya senang je bila kena batuk biasa ni, saya minum Vivix serta amalkan Nutriferon.

Tapi, anda boleh cuba mana-mana cara berikut:-

1. Air Asam Jawa : Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum air asam jawa tersebut. Sangat baik untuk menyejukkan tekak.

2. Air limau dan Madu : Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

3. Kumur Dengan Air Garam :– Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.

4. Jus Timun : Kisarkan timun dan minum jusnya. Juga boleh makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.

5. Madu dan bawang putih : Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari. Amalkan selama 3-7 hari.

6. Madu asli, Halia dan lemon : Halia dan lemon perlulah dibersihkan terlebih dahulu dan dihiris. Hirisan halia dan lemon ini kemudiannya di masukkan kedalam balang bertutup yang berisi madu. Balang ini kemudiannya perlu disimpan didalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar dan tahan selama 2 hingga 3 bulan didalam peti sejuk.
Cara mengunanya:
Masukkan satu sudu madu ini kedalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk dan sakit tekak anda sembuh.

Selamat mencuba.

credit to https://www.facebook.com/pages/Rahsia-Hawa/303477629779786?fref=photo

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign