23 October 2015

4 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA CYST DAN FIBROID

4 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA CYST DAN FIBROID 


Siang tadi membeli sedikit barang dapur di salah sebuah kedai Muslim favourite di Shah Alam. Tuan punya kedai ada di situ, dah nak balik ke rumahnya untuk memasak. Dah biasa bersembang dengan beliau setiap kali pergi ke kedainya. Tadi, beliau beritahu yang beliau dah tak boleh makan kat luar.. ingatkan dia nak cerita tentang typhoid yang dah berleluasa kisahnya, rupanya ia adalah kerana beliau didapati mempunyai cyst di serviks. First time saya dengar ada cyst di serviks, kebiasannya yang saya tahu cyst di ovari. 

CONTOHCYSTOVARI 

Punca yang boleh dia tau tu, sebab darah haid yang keluar laju seperti air paip katanya. Doktor menasihati beliau untuk tidak memakan daging merah, serta kurangkan protin termasuk soya. Ayam pun kena makan yang organik. Tak boleh makan sembarangan. Selain itu, berikut adalah makanan yang sepatutnya dielakkan / kurangkan oleh seseorang yang mempunyai cyst/fibroid :

MAKANAN_PATUT_DIELAKKAN- produk tenusu seperti keju
- bahan perisa / pes segera / kiub stok
- makanan bergula
- minuman berkarbonat
- makanan segera seperti burger, sosej
- makanan ringan / jajan
- makanan berlemak / berminyak

4 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA CYST DAN FIBROID 


Cyst adalah disebabkan oleh beberapa kombinasi faktor seperti berikut :

Antara 4 faktor utama wujudnya Cyst dan Fibroid adalah  :


(1) Hormon Estrogen yang berlebihan


(a) Cyst (juga fibroid) adalah ketumbuhan sel yang bergantung kepada hormon estrogen. Apabila hormon estrogen dan progesteron dalam badan tidak seimbang, risiko untuk mendapat cyst adalah tinggi.

(b) Bagi mereka yang mengalami masalah PCOS*, keadaan seperti ini adalah lebih ketara.

(c) Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen yang boleh mengaktifkan cycts (juga fibroid).

(2) Kewujudan Xenoestrogen dalam badan


Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran kita seperti di dalam makanan, air serta bahan kimia dari industri pertanian dan penternakan.

'Estrogen sintetik' boleh dikatakan sebagai estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Xenoestrogen ini boleh didapati mungkin daripada phthalates (bahan dlm plastik atau getah), racun serangga (pesticides) serta bahan tembakau.

(3) Keturunan / Genetik


Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga yang pernah mendapat cyst (atau fibroid) berisiko tinggi untuk mendapat cyst (atau fibroid) juga.

(4) Obesiti/Berat berlebihan


Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Ia digelar 'Endocanabinoid system'.

Ini bukan sahaja boleh menyebabkan ketumbuhan cyst serta fibroid, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.


Nota :

Perbezaan Cyst dan Fibroid


Cyst adalah satu ketumbuhan (ala-ala jerawat) dalam badan kita. Ia boleh berlaku bukan sahaja kepada orang perempuan, malah kepada lelaki juga.
Ia boleh tumbuh pada mana- mana bahagian badan dan ia boleh membesar dan mengganggu sistem tubuh badan.

Cyst bukan setakat boleh jadi dalam ovari, tapi juga pada paru-paru, buah pinggang dan pankreas.

Cyst dan fibroid ini kedua-duanya adalah sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid adalah terdiri daripada tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari (kiri & kanan).

Ia bukannya barah, namun untuk kepastian, ia hanya dapat diketahui sewaktu pembedahan dan ujian histopatologi makmal ke atas cyst dan fibroid berkenaan.

Fibroid dan cyst tidak akan hilang sendiri. Saiznya dijangka mengecil hanya selepas menopaus (berikutan kekurangan hormon estrogen) ataupun dengan penggunaan ubatan tertentu tetapi pengecilannya hanya buat sementara waktu sahaja.

FIBROID/CYST

*PCOS

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign