18 Oktober 2015: 4.00 am Fluffy muntahkan makanan yang baru dimakan. Saya fikir mungkin disebabkan saya telah menukar produk makanan Fluffy...which, actually, tukar balik ke product asal selepas 1 bulan pakai product lain. Tapi both are premium products, doctor kata tak ada masalah makan product tu. Yang tak digalakkan adalah makanan dalam tin yang lembut tu.
18 Oktober 2015: 8.00 am Fluffy muntah air liur warna putih, macam air liur biasa.

19 Oktober 2015 : Fluffy tak muntah. Aktif seperti biasa. Banyak kali minum air, as she usually does. Dia memang kuat minum air.
20 Oktober 2015 : Sepanjang pagi dia tidur saja. Well, that is her normal routine. So, tak ada apa-apa yang pelik.
Tengahari Fluffy muntah air liur berwarna kuning, dua kali. Kemudian nampak dia bernafas laju.
Terus bawa pergi Vet - Animal Health Planet di Ara Damansara. Vet tu selalu kami bawa Chomel & Fluffy, samada untuk rawatan, vaksin atau boarding. Azrina dah menangis sepanjang perjalanan.
Sampai di sana, Dr Kavita check, katanya dia rasa macam ada bola tenis di bahagian abdomen Fluffy. Dr kata, nampak macam tak berapa bagus, pernafasannya sangat laju dan berat. So, tinggalkan Fluffy di situ.
Dr minta bayar deposit RM300 sebab mereka memang akan buat beberapa prosedur ke atas Fluffy. Ok settled.
Malam tu Dr Kavita telah menghubungi saya dan beritahu yang dia dah buat blood test and confirm ginjal Fluffy ada kanser. Sebenarnya, kedua-dua belah ginjalnya dah sebesar bola tenis. Hmm.. manala kami nak tau.. tak pernah terfikir pulak. Fluffy memang gemuk. Tapi semasa Dr suruh saya rasa abdomen Fluffy untuk rasa besarnya bengkak tu, saya tak dapat rasa pun.
Mereka tak boleh buat apa-apa kecuali menunggu waktunya sampai. Pembedahan pun cannot do anything good. Dr kata, tak pernah lagi dia jumpa kes ginjal seperti Fluffy.
Saya tanyakan Dr, adakah ia disebabkan makanan. Dr kata anything is possible. Tapi dia tak rasa disebabkan makanan. Mungkin juga keturunan.
21 Oktober 2015 : 10.37 am Dr Gowri pula telah menghubungi saya dan sampaikan berita sedih yang Fluffy dah menghembuskan nafasnya mungkin malam tadi lagi. Hmm. tak sampai hati nak bagitau Azrina.
Saya hanya beritahu dia nak pergi ke klinik untuk ambil Fluffy. Azrina kata "Alhamdulillah". Bertambah sedih saya rasa sebab Azrina ingat Fluffy dah sihat. Tak siapa sangka Fluffy akan pergi buat selamanya.
Tengah bersiap-siap tu, saya minta Azrina bawakan salah satu tshirt kegemarannya semasa kecil yang dia dah tak pakai. Masa tu baru dia tanya nak buat apa, dan saya pun beritahu... maka menangislah Azrina teresak-esak. Sedih memang sedih.. tapi setiap yang hidup pasti akan mati. Innalillahi wainnailai hirajiun. Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali.
Kami kebumikan Fluffy di kawasan lapang di atas bukit di taman perumahan kami.
Semoga dapat berjumpa Fluffy semula di Jannatul Firdaus.. in syaa Allah.

Kenangan bersama Fluffy, kucing kesayangan yang nakal dan "caih" tapi sangat menghiburkan, takkan kami lupakan.
15/10/15 - Masih aktif mengusik Chomel |
2/10/15 - Fluffy bermain seusai solah subuh |
2/10/15 - Masa tengah solah subuh, Fluffy mai tenggek depan |
Tak sangka dah besar bola tenis ginjal Fluffy |
2/10/15 - Masih ceria |
20/10/15 - Hari terakhir Fluffy di rumah |

21/10/15 - Adam gali lubang |
21/10/15 - Fluffy akan dikebumikan |