22 May 2016

3 PERKARA YANG KITA SANGAT NAK TAU TENTANG UNIT TRUST

Assalamualaikum bakal pelabur!

KENAPA SAYA WUJUDKAN SEGMEN UNIT AMANAH

Kenapa saya wujudkan segmen Unit Amanah di dalam blog ini?
Saya nak berkongsi tentang apa yang saya tahu tentang Unit Amanah.
Umur bertambah, kita semakin tua, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi hari tua yang selesa? Atau masih menagih simpati anak-anak malah orang lain? Masihkah perlu bekerja ketika tua pada umur yang sepatutnya kita telah berehat dan sentiasa beribadat?
Selain menjaga kesihatan yang baik, saya mulai sedar betapa pentingnya kita menyimpan, selain menyimpan di tempat yang betul. 
Macamana kita nak tahu tempat tu betul untuk meyimpan? Apa beza menyimpan dengan melabur?
Sebelum saya ceritakan tentang persoalan tu semua, jom berkenalan dulu dengan Unit Amanah.

UNIT AMANAH? APA TU?

Unit amanah sama juga dengan amanah saham. Biasanya orang sebut Unit Trust (orang suka sebut unit trust sebab senang sebut, ringkas). Orang Amerika panggil Mutual Fund.

Ok. Unit amanah ni adalah salah satu daripada ‘Investment Vehicle’ yang merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif atau dalam perkataan mudah, pelaburan terkumpul.

Pelaburan terkumpul maksudnya, Unit Trust ni ibarat kita kumpulkan wang pelaburan kita ke dalam satu tabung. Kemudian pelabur yang lain juga akan memasukkan wang pelaburan mereka ke dalam tabung yang sama. Contohnya nama tabung tu Tabung A. Tabung A ni kemudiannya akan dipertanggungjawabkan kepada Fund Manager iaitu seorang yang berpengalaman dalam bidang trading dan investment. Dia kemudian akan memegang Tabung A itu untuk diperdagangkan ke dalam portfolio tertentu mengikut objektif pelaburan. Segala pulangan pelaburan ke dalam Tabung A itu akan diagih-agihkan kembali kepada setiap pelabur tadi.


FUND MANAGER

Fund Manager adalah “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). Terdapat lebih kurang 40 UTMC di Malaysia ketika ini yang menawarkan lebih daripada 600 dana keseluruhannya. Antara UTMC adalah Public Mutual, Maybank Asset Management, CIMB Principal, AmInvestment, RHB Asset Management, Amanahraya Investment, dan banyak lagi.

Dalam skim unit trust, pelabur tidak memegang sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai pemegang unit dan bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan. Sekiranya fund di dalam portfolio tersebut mengalami kenaikan atau penurunan. Harga seunit bagi pemegang unit juga berkadar langsung dengan kenaikan dan penurunan ini. Bilangan pemilikan unit adalah bergantung kepada harga unit semasa pelaburan dibuat.

Pelaburan Unit Trust ini secara amnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan Kementerian Kewangan. Justeru, para pelabur tidak perlu risau tentang pelaburan ini kerana ianya bukan pelaburan yang tidak sah disisi undang-undang seperti program Pak Man Telo dan Swisscash.

ASB SAMA TAK DENGAN UNIT TRUST?

ASB pun adalah merupakan satu medium Unit Trust. Cuma ASB dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu PNB manakala Unit Trust yg lain dikendalikan oleh badan swasta seperti Public Mutual contohnya. 

Perbezaan ketara antara dua medium ini adalah ASB menawarkan pulangan berdasarkan Dividend dan Bonus. Manakala Unit Trust menawarkan pulangan berdasarkan Distribution dan Capital Appreciation. 

Distribution adalah sama konsep seperti dividend. Capital Appreciation pula adalah kenaikan harga unit belian. Contohnya jika anda beli Fund A pada harga RM1.00 seunit. Apabila anda ingin menjualnya. Fund A sekarang beharga RM1.20 seunit. Maka anda mengalami keuntungan RM0.20 seunit. Risk yang anda hadapi ialah capital ini boleh appreciate dan juga boleh depreciate. Maka keunikan Unit Trust ini terletak pada strategi pelaburan iaitu melabur dalam jangka masa sederhana ke panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 tahun dan mengamalkan konsep Ringgit Cost Averaging yang saya akan kupaskan di artikel lain.



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign