Bismillah
Kita kena pandai baca label produk yang kita beli seperti makanan/ minuman/ supplement/ skincare supaya tak tertipu dengan claim iklan kata itu bagus ini bagus. Depa memang boleh claim itu ini, tapi kita sebagai pengguna kena bijak untuk menilai. Jangan sampai tertipu beli produk sampai RM400-500 tapi sebenarnya bahan utamanya adalah air. Saya pernah kena... haih menyesal pun tak guna.
Tapi, takpa, masih belum terlambat untuk mengambil berat tentang perkara itu kerana ia bukan sahaja menambah pengetahuan tentang nutrisi sesuatu produk tetapi pada akhirnya bermanfaat untuk kesihatan diri dan keluarga.
Mai kita tengok...
Apa yang perlu kita tahu?
1. Ketahui apa yang perlu dilihat terlebih dahulu
Panel Makluman Pemakanan (NIP) merupakan jadual yang terdapat pada label makanan yang dipek. Ia menyenaraikan amaun tenaga, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang terkandung dalam produk makanan.
Mengetahui amaun khasiat-khasiat ini dalam setiap 100g (pepejal) atau 100ml (cecair) membolehkan kita membandingkan produk makanan serupa daripada jenama berbeza.
Seorang pengguna yang mementingkan kesihatan akan menggunakan aspek ‘setiap sajian’ sebagai panduan untuk merancang pengambilan hidangan seimbang yang memenuhi keperluan nutrisi beliau.
2. Senarai ramuan dalam aturan kandungan
Kebanyakan dari kita tak perasan yang ramuan yang depa senaraikan mula-mula sekali adalah amaun yang paling tinggi di dalam produk terlibat.
Susunan ramuan adalah mengikut amaun tertinggi kandungan ke paling rendah dalam produk terlibat.
Sebagai contoh, apabila ramuan suatu produk disenaraikan seperti ini : “pepejal susu, kalsium, vitamin A”, ia bermaksud pepejal susu merupakan ramuan utama dengan kandungan tertinggi diikuti dengan kalsium dan seterusnya.. Vitamin A adalah ramuan yang mempunyai kandungan paling sikit.
Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui sesuatu dengan segera apabila anda ingin membuat pembelian suatu produk tertentu bagi memastikan bahawa ia merupakan produk tulin.
Contoh paling best - POMESTEEN FOREVER LIVING. Cuba lihat gambar, apa produk yang pertama disenaraikan?
YA! BETUL! Pomegranate fruit juice concentrate !!
Diikuti oleh Pear fruit juice concentrate,
Mangosteen fruit juice concentrate dan seterusnya...
Ini menunjukkan bahawa kandungan ramuan yang paling banyak adalah POMEGRANATE (Buah Delima) .. last sekali barulah permitted preservative, kandungan paling sikit.
Mangosteen fruit juice concentrate dan seterusnya...
Ini menunjukkan bahawa kandungan ramuan yang paling banyak adalah POMEGRANATE (Buah Delima) .. last sekali barulah permitted preservative, kandungan paling sikit.
Pengguna juga harus sedar bahawa sesetengah ramuan ada kalanya didatangkan dalam bentuk-bentuk berbeza pada label makanan. Sebagai contoh, kadang-kala gula dilabelkan sebagai gula perang, sukrosa, glukosa dan pepejal sirap jagung. Yang ni kena study lain la.. apa beza dan kebaikan serta keburukan masing-masing.
Membaca senarai ramuan pada label makanan juga membolehkan kita mengesan sebarang alergen berpotensi.
3. Memahami nutrisi
Menjadi seorang pengguna yang bijak dan mementingkan kesihatan bermakna kita mengetahui dengan tepat ungkapan-ungkapan berkaitan nutrisi yang sering digunakan dan boleh didapati pada pembungkusan produk.
Ungkapan seperti ‘rendah lemak’, ‘sumber gentian’ dan ‘kalori rendah’ sebenarnya mempunyai definisi standard yang diukur secara spesifik.
Terdapat dua jenis penyataan nutrisi yang biasanya digunakan pada bungkusan produk makanan:
(1) kandungan khasiat
(2) berkaitan fungsi nutrisi.
Penyataan nutrien menggambarkan aras kandungan sesuatu nutrien dalam produk makanan seperti yang dinyatakan sebelum, ‘kalori rendah’ dan ‘rendah lemak’.
Sementara penyataan fungsi nutrien menggambarkan peranan fisiologi nutrien dalam pertumbuhan, perkembangan dan fungsi normal tubuh.
Contohnya, Inulin yang membantu peningkatan bifidobacteria usus dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.
4. Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL)
Pelbagai produk membawa sebuah logo yang menggambarkan ia sebagai pilihan lebih sihat dalam kategori produk yang sama.
Produk-produk yang menunjukkan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) telah memenuhi kriteria tertentu yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai contoh, mungkin terdapat dua roti daripada jenama berbeza, dengan salah satu daripadanya memaparkan HCL memandangkan ia telah memenuhi kriteria nutrien bersesuaian yang telah dikhususkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Logo tersebut memaklumkan pengguna bahawa produk berkenaan telah memenuhi kriteria yang dikehendaki Kementerian dan membenarkan mereka membuat perbandingan antara produk.
Ini merupakan langkah yang diambil Kementerian Kesihatan untuk memperkasakan pengguna bagi membuat pilihan bermaklumat berkenaan makanan, sebagai sebahagian daripada misi untuk menangani peningkatan statistik obesiti, penyakit jantung dan diabetes negara.
5. Tenaga adalah penting
Banyak produk makanan memaparkan sebuah ikon yang dipanggil pelabelan Depan Pek (FOP) untuk tenaga di bahagian hadapan pembungkusan.
Pelabelan FOP untuk tenaga merupakan penunjuk kandungan kalori (yang digambarkan dalam perkataan kcal) dalam setiap hidangan produk makanan. Kalori dinyatakan dalam bentuk ‘Tenaga’.
Ia juga menyediakan peratusan tenaga yang disumbangkan kepada purata keperluan tenaga harian yang disyorkan (2,000 kcal) seorang dewasa.
Sehubungan itu, ia membolehkan pengguna untuk memeriksa dan merancang dengan pantas pengambilan tenaga harian masing-masing. Ini sekaligus boleh membantu pengguna merancang diet yang seimbang dengan lebih mudah.
Dah pandai baca label sekarang kan? Boleh lah buat perbandingan produk mana dari jenama mana yang patut kita beli. Berhati-hati dengan produk yang nak kita masukkan ke dalam perut dan sapu di kulit.
Terimakasih kerana sudi membaca sehingga ke titik terakhir.
Credit https://bit.ly/3gcNMAn
KLIK SINI WHATSAPP 019-2256117 untuk beli atau apa2 pertanyaan berkaitan Produk Forever Living.
#RuForever
#familymagika #teammamicery
#foreverlivingproducts #169negara42tahun
#ForeverSubangPerdana
#ForeverShahAlam
#ForeverKotaDamansara
#ForeverSubangAirport
#ForeverSungaiBuloh
#ForeverSelangor
#ForeverMalaysia
Credit https://bit.ly/3gcNMAn