18 December 2020

JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN JENAMA



“KRu, produk yz dengan produk Forever mana lagi bagus?”
“Kak, berapa hari boleh sembuh lepas minum ni?”
“Sis, benda ni mujarab dak?”

Selalu sangat dapat soalan-soalan macam ni dari orang. 

Selalu didik hati, jangan terlalu taksub dengan produk yang kita juai.

Setiap produk ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak perlu banding-bandingkan. 

Kalau angpa rasa serasi dengan produk yz, boleh teruskan. Rasa ok dengan Forever, boleh amalkan. Nak campoq produk pun tak salah. Ada yang selesa dengan produk yz pakai dengan item Forever, haa pakai dua dua!

Mungkin produk sekian bagus pada kita, tapi tak serasi dengan orang lain. Itu hakikat yang seller dan buyer sendiri wajib terima. Badan setiap orang tak sama. Tak boleh pukul rata. 

Tugas kita share manfaat secara jujur apa yang kita tau, then guide cara amal, serta bagi service yang terbaik. 

Soal serasi, cepat nampak kesan atau dak, boleh sembuh secepat mana atau tak boleh langsung ka, itu semua HAK Allah, serahkan saja kepada-Nya!!!

Sebab tu bila ada customer beli, selalu doakan moga Allah izin serasi, beri kesihatan yang baik buat semua customer yang nak ikhtiar.

Kalau tiba-tiba ada yang cakap produk kita tak bagus, mengutuk dan sebagainya, tak perlu melenting. Kalau betul kita faham, kita tak akan marah.

Biasa kalau dapat soalan macam ni, selalu kRu beri option. Kalau yakin nak ikhtiar dengan Forever, amal dengan konsisten paling kurang 6 bulan. 

Kalau lepas 6 bulan, rasa takdak perubahan sikitpun, boleh ikhtiar produk lain, tapi syaratnya konsisten betul-betul. 

Supplement tambahan ni bukan ubat. Sebab tu sangat berbeza. 

Ubat : Perlu diambil semasa sakit untuk merawat penyakit. 

Supplement : Boleh diambil bila-bila masa terutamanya sebelum sakit sebagai ikhtiar mencegah sebarang penyakit, dan sangat bagus diambil oleh orang yang sakit sebagai pembantu.

Kalau amal supplement, dengan izin Allah sembuh. Alhamdulillah syukur.

Kenapa kRu pilih Forever? 

Sebab suka dengan produk-produknya.  
Iaitu aloe vera, madu, zaitun, delima. 
Semua item tu yang memang semua orang tahu manfaatnya yang baik. Yang memang Allah suruh kita makan. Yang memang Rasulullah pernah amalkan.

Lagi pulak dengan kualitinya yang sangat premium tapi dapat dibeli dengan harga yang sangat-sangat menjimatkan duit poket.

Dan semestinya kRu pilih untuk meniaga produk Forever sebab sistem bisnesnya yang sangat mudah.

Tapi kRu sesekali takkan rendahkan kualiti produk lain, walaupun pernah amalkan berbagai produk. 

Nak berniaga, kena jaga dua benda.
Khidmat dan sedekah. 

Nak beri khidmat, hati mesti ikhlas, bukan hanya fikir keuntungan, tapi niat betul-betul nak membantu. Nanti keuntungan akan datang sendiri. Yakin dan percaya.

Ya Allah, moga Kau redhai dan rahmati perniagaan kami, ikhlaskan hati kami, sentiasa pandu niat dan tujuan kami, agar perniagaan yang kami jalankan ini menjadi satu ibadah di sisiMu ya Rabb🤲

Jom sahabat-sahabat, jaga adab kita berniaga.

🤍, kRu yang sangat caring



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign