12 June 2013

BAGAIMANA NAK HABISKAN 3 LITER AIR SEHARI?

Kita digalakkan meminum 3 liter air sehari jika mengambil suplemen.  
"3 liter? Banyaknya..." rungut seorang dua kenalan. "Tak banyak kalau kita tahu sebab dan cara mudah untuk habiskan air sebanyak 3 liter tu."

Sebab perlu minum 3 liter air sehari: 
     Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh serta memperbaiki sel-sel 
     yang rosak. Semasa proses ini, air amat diperlukan, kalau tidak kita akan mengalami     
     keadaan yang dinamakan healing crisis (healing crisis nanti saya ceritakan dalam post lain).
     Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat 
     pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Bayangkan kita bancuh 
     sesudu garam dalam dalam sebiji cawan berbanding dengan mengacau sesenduk garam 
     dalam sebiji cawan. Satu senduk garam pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji 
     cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu mangkuk atau periuk.

     Berbeza dengan memakan buah-buahan, kita tak perlu minum air yang banyak selepas  
     itu kerana kerana buah-buahan tersebut sudah mengandungi air. Tahap kepekatan 
     nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Contohnya, dalam 
     sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 1/2 biji oren. Dalam 7 1/2 
     biji oren sudah ada sangat banyak air.

Cara untuk habiskan 3 liter air sehari :
Bahagi 3 liter dalam masa 24 jam. 
3 liter bersamaan 6 botol kecil sahaja yang bersaiz 500ml. Kalau rasa susah sangat nak bayangkan minum 3 liter... bayangkan minum 1 botol setiap 4 jam kerana sehari ada 24 jam. 
(1)  Dalam masa 4 jam pertama (PAGI); botol pertama 500ml
      Bangun saja dari tidur, sebelum gosok gigi dan buang air, minumlah separuh botol dulu.   
      Baru beberapa teguk.Separuh botol lagi minum selepas mandi.

(2)  Dalam masa 4 jam kedua (PAGI); botol ke2 500ml
      Minum air sewaktu sarapan pagi. Separuh botol sebelum menjamah makanan. Separuh 
      lagi selepas selesai makan.

(3)  Dalam masa 4 jam ketiga (PAGI); botol ke3 500ml
      Minum air seteguk dua sambil buat kerja. Kalau di pejabat, letakkan botol di atas meja 
      kerja. Sambil buat kerja, teguklah air setiap 1 jam pun boleh. 

OK, dah habis 1/2 dari 3 liter (1,500ml = 1.5 Liter).. baru setengah hari...

(4) Dalam masa 4 jam keempat (TENGAHARI)botol ke4 500ml
      Minum air sewaktu makan tengahari. Separuh botol sebelum menjamah makanan.  
      Separuh lagi selepas selesai makan.

(5) Dalam masa 4 jam kelima (PETANG); botol ke5 500ml :
     Minum air setiap 1/2 jam. Dari pukul 3 petang sehingga pukul 5 petang, selama 2 jam 
     pasti boleh habiskan 1 botol 500ml.

(6) Dalam masa 4 jam terakhir (MALAM); botol ke6 500ml :
     Minum air sewaktu makan malam. Separuh botol sebelum menjamah makanan.  
     Separuh lagi selepas selesai makan.

Mudah bukan? http://jelitashaklee.blogspot.com/2013/06/minum-air-pada-waktu-yang-betul.html

2 June 2013

MEAL SHAKES


Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu antaranya buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu).
Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan 
- bayi
- kanak-kanak membesar
- ibu mengandung
- orang sakit
- orang yang sibuk bekerja yang tak sempat makan
- orang yang suka makan makanan segera
- para atlet
- vegetarian

Meal Shakes Shaklee adalah pilihan bijak untuk sarapan pagi yang penuh berkhasiat.

MANFAAT UTAMA
- Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan yang memberikan nutrisi 
  yang lengkap
- Kaya dengan protin tetapi tidak mengandungi laktosa, membantu pembinaan sel-sel 
  kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan banyak lagi.
- Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk  
  membina tulang dan sel-sel untuk membantu proses tumbesaran.
- Anti-oksida, ia mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-
  oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
- Mengembalikan seri wajah. Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan tembaga 
  yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan 
  kompleksi wajah / kulit yang lebih cantik.
- Detoksifikasi. Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan 
  sisa buangan dari perut dan usus.
- Lazat. Minuman yang lazak untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.

CADANGAN CARA MAKAN 
(1) Campurkan 2 sudu besar Meal Shakes Shaklee bersama Energizing Soy Protein dan 
     Performance ketika perut kosong.
(2) Bancuh 2 sudu besar dengan air kosong tanpa campuran, samada panas atau sejuk.
(3) Boleh dikisar bersama buah-buahan atau apa saja jenis minuman kegemaran.

Minuman favourite anak2 dan saya. Buat ice blended sedap. 
Untuk anak bongsu saya yang berumur 1 tahun 2 bulan, saya masukkan sesudu kecil Meal Shakes Shaklee ke dalam bubur nasinya 1 kali setiap minggu. Anak bongsu saya ni kurus orangnya. Alhamdulillah sekarang kuat makan dan bertambah berat badannya. Selesema dan batuk pun jarang lekat padanya. 
Alhamdulillah, alhamdulillah! 


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg kolagen RSS proprietari sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah.

Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) yang amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kerang, lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan manusia dari dalam ke luar.

MANFAAT UTAMA COLLAGEN POWDER SHAKLEE
Semakin kita menua, tubuh kita kurang menghasilkan kolagen yang mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh disebabkan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, kekurangan air dan nutrisi, merokok serta beberapa faktor lain. 

So... Shaklee Collagen Powder mampu bantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kedut di kulit kita.

Tampak Lebih Muda
- Kolagen bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan 
  semula.
- Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih atas kuku akan hilang dan pangkal kuku akan 
  kekal sihat & kuat.
- Kulit akan kurang kering dan bertambah elastik. Kulit juga akan cepat sembuh dan    
  membantu mengurangkan parut.
- Membantu menghilangkan tanda penuaan.

Rasa Lebih Muda
- Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen 
  membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
- Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
- Kolagen baik juga untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ia membantu mengekalkan 
  otot mata supaya tetap anjal.
- Kolagen memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini  
  disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak kita mendapat 
  manfaat kolagen agar minda kita tetap berkeadaan baik semasa kita makin berusia dan 
  tua.

RAMUAN UTAMA DI DALAM COLLAGEN POWDER SHAKLEE & FUNGSINYA
SISIK IKAN MERAH
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan di darat.

EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA
Biji camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon adalah antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

EKSTRAK PFAFFIA
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji camellia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh kita yang menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

ELASTIN DARI KOLAGEN IKAN
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit agar tegang, anjal dan elastik.

VITAMIN C dan VITAMIN B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma kabohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

EKSTRAK KEKERANG
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

CATATAN
Collagen Powder Shaklee adalah 100% dari bahan-bahan semulajadi, selamat, tiada stimulan, tiada gula, tiada preservatif dan tiada warna.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign