16 June 2014

KESAN SAMPINGAN VITAMIN E

Vitamin E MUNGKIN SELAMAT bagi kebanyakan orang yang sihat apabila diambil secara oral atau digunakan untuk kulit. Kebanyakan orang tidak mengalami sebarang kesan sampingan apabila mengambil dos harian yang disyorkan, iaitu 15 mg.

Vitamin E adalah mungkin TIDAK selamat jika diambil dalam dos yang tinggi. Jika anda mempunyai keadaan seperti penyakit jantung atau kencing manis, jangan mengambil dos 400 IU / hari atau lebih. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dos yang tinggi mungkin meningkatkan risiko kematian dan mungkin menyebabkan kesan sampingan yang serius lain. Semakin tinggi dos, lebih besar risiko kesan sampingan yang serius.

Ada beberapa kebimbangan bahawa vitamin E mungkin meningkatkan risiko strok iaitu strok pendarahan yang serius (hemorrhagic stroke), pendarahan berlaku ke dalam otak. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dalam dos 300-800 IU setiap hari mungkin meningkatkan peluang jenis strok ini sebanyak 22%. Walau bagaimanapun, sebaliknya, vitamin E mungkin mengurangkan peluang untuk mendapat strok yang kurang teruk dipanggil strok iskemia (ischemic stroke).

Terdapat maklumat yang bercanggah mengenai kesan vitamin E pada peluang mendapat kanser prostat. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil sejumlah besar multivitamin ditambah suplemen vitamin E yang berasingan sebenarnya mungkin meningkatkan peluang mendapat kanser prostat pada sesetengah lelaki.

Dos yang tinggi juga boleh menyebabkan loya, cirit-birit, kekejangan perut, keletihan, lemah, sakit kepala, penglihatan kabur, ruam, lebam dan pendarahan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran khas:
Kehamilan dan menyusu: 
Apabila digunakan dalam jumlah harian yang disyorkan, vitamin E mungkin selamat untuk wanita mengandung dan menyusukan bayi. 

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa pengambilan supplemen vitamin E mungkin berbahaya kepada janin apabila diambil di awal kehamilan. Tetapi ia adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada ini adalah sesuatu yang membimbangkan.

Sehingga lebih diketahui, jangan mengambil supplement vitamin E semasa awal kehamilan tanpa mendapatkan nasihat doktor.

Angioplasti, satu prosedur jantung: 
Elakkan daripada mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin E atau vitamin antioksidan lain (beta-karotena, vitamin C) sebaik sebelum dan selepas prosedur angioplasti tanpa pengawasan seorang profesional penjagaan kesihatan. 
Dibimbangi vitamin ini akan mengganggu proses penyembuhan yang sepatutnya.

Tahap yang rendah vitamin K (kekurangan vitamin K): 
Vitamin E mungkin memburukkan lagi masalah darah tersumbat/darah beku kepada orang yang mempunyai tahap vitamin K yang terlalu rendah.

Keadaan mata dipanggil Retinitis pigmentosa: 
All-RAC-alpha-tokoferol (vitamin sintetik E) 400 IU nampaknya mempercepatkan kehilangan penglihatan pada orang yang ada Retinitis pigmentosa. Walau bagaimanapun, jumlah yang jauh lebih rendah (3 IU) mungkin tidak menghasilkan kesan ini. Jika anda mengalami keadaan ini, adalah lebih baik untuk mengelakkan pengambilan vitamin E.

Gangguan Pendarahan: 
Vitamin E mungkin membuatkan masalah pendarahan bertambah teruk. Jika anda mempunyai gangguan pendarahan, elakkan mengambil supplemen vitamin E.

Kanser leher & kepala: 
Jangan mengambil supplemen vitamin E dalam dos 400 IU / hari atau lebih kerana ia mungkin meningkatkan risiko kanser akan kembali.

Kanser prostat: 
Terdapat kebimbangan bahawa pengambilan vitamin E mungkin meningkatkan peluang mendapat kanser prostat. 
Kesan vitamin E pada lelaki yang sedang menghidapi kanser prostat adalah tidak jelas, tetapi, menurut teori, mengambil supplemen vitamin E mungkin memburukkan keadaan kanser prostat pada lelaki yang sedang menghidapinya.

Pembedahan: 
Vitamin E mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. 
Hentikan pengambilan vitamin E sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Sumber : http://www.webmd.com/

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign