25 November 2014

CADANGAN SUPAYA TAK "MISS" MAKAN SUPPLEMENT / UBAT

Culas tu kadang-kadang sebab malas, kadang-kadang terlupa... mungkin juga sebab tak disiplin sangat.. sebab tak kisah.

Tapi...ada juga orang sangat berdisiplin bila time makan supplement/ubat. Tak pernah miss... pasti tepat waktu. 

Macamana dia boleh begitu berdisiplin?

Mudah saja. Boleh cuba cara-cara yang saya cadangkan ni.

(1) JADUAL
Tulis jadual siap-siap. Tulis tangan ke.. taip kat komputer lepas tu print & tampal kat peti ais, kat meja kerja kat pejabat, kat kepala katil.. atau kat mana-mana yang senang nampak.

Contoh Jadual makan supplement yang saya bagi kepada pelanggan saya :



Tulis & tampal post-it-note pun boleh.


(2) TEMPAT SIMPANAN 
Tempat simpanan supplement/ubat tersebut biarlah senang dilihat dan dicapai.
Kalau boleh, letak di banyak tempat di mana anda selalu berada.

Contoh :
Supplement / ubat yang nak kena makan sebelum tidur, letak di sebelah katil bersama sebotol air serta sebuah cawan untuk diminum (kecuali anda terus langgah air dari botol)


Di pejabat, letak di meja kerja atau di pantry (tapi kalau kat pantry takut ada yang menumpang makan free pulak.. ;-P)

Simpan juga supplement / ubat di dalam handbag yang anda sering bawa kerana mana tau kalau travel ke.. dah ada dah dalam handbag.. tak takut tertinggal.


Tapi, Vivix kena simpan dalam peti sejuk setiap masa.. jadi yang ni memang kena disiplin betul-betul la. Kalau susah sangat, ikut tips nombor (3).

Selain itu, pastikan semua peralatan untuk makan supplement / ubat, seperti shaker, sudu, penyukat ubat, air panas/suam/sejuk berada di tempat yang sama/berdekatan dan mudah dicapai.

(3) BUAT REMINDER
Set alarm/reminder kat handphone untuk time makan supplement / ubat.
Tapi kalau handphone baterinya kong.. terlupa pulak bila kena makan.


Sekarang pun dah ada pillbox yang ada reminder.. canggih gitu.. boleh beli kat sini.
  

Atau.. minta tolong sesiapa yang berhampiran anda untuk ingatkan anda waktu anda untuk makan supplement/ubat.
Macam saya.. saya jadi reminder untuk Mak saya makan supplement/ubat.

(4) PILLBOX
Yang ni pun best. Beli satu set pillbox yang ada hari dan waktu. Ia untuk memudahkan anda ingat bila kena makan & supplement / ubat apa yang kena makan. Boleh asingkan siap-siap.
Letak semua supplement / ubat dalam tu. Tapi kena letak kat tempat yang sesuai juga la..supaya tak lupa. Refer tips nombor 2 juga.

Tapi... bila dah biasa, pasti takkan lupa nak makan supplement / ubat tu.
Automatik anda akan tahu waktu telah tiba untuk makan supplement / ubat tu.

Selamat mengamalkan supplement ya..! Untuk badan sihat dan kuat. 
Yang sakit tu, jangan lupa dah makan ubat lepas ni.. boleh cuba amalkan tips yang saya titipkan di atas. No more excuses.. hehe.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign