20 November 2014

PEMBANTU CILIK


Personal Assistant saya yang selalu tolong reply whatsapp/telegram/sms : Kakcik yang baru berumur 9 tahun (akan berumur 10 tahun pada Februari 2015). Tapi kalau anda baca mesej yang ditaipnya.. anda takkan dapat meneka yang ia dikarang oleh seorang yang berumur 9 tahun.. pasti anda sangkakan orang dewasa... sebab ejaannya betul, tatabahasanya pun betul. Dia tau di mana nak letak titik atau koma. Ayatnya pun bukan seperti kanak-kanak... maksud saya, cara pemikirannya tidak terlalu keanak-anakan.

Kakcik pandai menggunakan komputer sejak berumur 4 tahun... dan saya benarkan dia membantu saya menjawab mesej telefon sejak berumur 7 tahun. Of course lah.. saya beritahu dia macamana nak jawab mesej dengan betul. Oleh kerana bijak dan fokus.. tak perlu saya tunjuk ajar banyak kali.

Saya selalu bawa Kakcik bila saya keluar, jika dia tidak bersekolah. Tambah pula sekarang ni saya fulltime bekerja di rumah.. hantar dan ambilnya dari sekolah.. kadang-kadang, semasa memandu, pelanggan hantar mesej yang perlu jawapan segera... Kakcik la yang tolong reply.. hehe.. anda pasti tak percaya kan...? Ya.. anda semua kadang-kadang terima mesej yang dibalas oleh Kakcik.

Favourite Kakcik : Mealshake, Vitamin C chewable & Omega Guard. 

Inilah PA cilik saya. I love u Kakcik...

16 November 2014

KENAPA KITA KENA SELALU BACA QURAN?

INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

AL QURAN DAN PENYEMBUHAN
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.
Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

AL QURAN DAN SEL KANSER
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

AL QURAN DAN MOLEKUL AIR
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

AL QURAN DAN KETENANGAN
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

AL QURAN DAN VIRUS
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

AL QURAN DAN BAYI
Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

8 November 2014

KENCING MANIS aka DIABETES

Kencing Manis? Mungkin manis namanya, tetapi akibat penyakit ini amatlah pahit. Bak kata bekas penyanyi Headwind "Manis mulut di bibir" sahaja. Memang ada betulnya kata-kata ini. Penyakit ini selalunya berlaku kepada orang yang banyak makan makanan yang manis. Mungkin mereka sangka bahawa badan mereka seperti badan semut tidak pernah mendapat Kencing Manis!

Kencing Manis juga dikenali sebagai Diabetis Mellitus. Ia menyerang pesakitnya tanpa mengira umur, bangsa atau jantina. Penyakit ini menyerang pesakitnya secara serang hendap, iaitu secara perlahan dan memakan masa yang agak lama.

Orang yang mengidap penyakit ini kencingnya mengandungi gula. Malahan terdapat beberapa kes yang pengidapnya hanya menyedari bahawa mereka menghidapinya setelah berlaku satu peristiwa ganjil. Peristiwa itu ialah semut mula mengerumuni air kencing mereka (mitos atau kenyataan?) Apa tidaknya, air kencing mereka manis, maka berebutlah sang semut. Di mana ada gula, di situlah ada semut.

Di dalam badan manusia, gula digunakan untuk menghasilkan tenaga. Gula daripada makanan akan masuk ke dalam darah. Dari dalam darah, gula akan diangkut ke dalam sel dan dipecahkan untuk menghasilkan tenaga. Bagi pengidap penyakit ini, proses pengangkutan gula ke dalam selnya tidak sempurna. Oleh itu gula yang berlebihan akan tinggal terapung di dalam darah. Gula yang berada di dalam darah ini akan keluar melalui air kencing.

Dalam keadaan biasa, paras gula di dalam darah adalah tetap. Walau bagaimanapun, bagi pengidap kencing manis, mereka tidak dapat mengawal paras gula di dalam darah. Kadang-kadang parasnya terlalu tinggi dan kadangkala terlalu rendah. Sebenarnya terdapat sejenis bahan di dalam badan manusia yang mengawal paras gula. Bahan ini bertindak sebagai pengawal yang bertauliah dan berpangkat tinggi. Pengawal ini dikenali sebagai Insulin.

Insulin tidak boleh disimpan lama di dalam badan. Oleh itu Insulin hendaklah sentiasa dihasilkan oleh badan. Insulin juga dihasilkan dalam bentuk yang berlainan dan ada dijual di pasaran. Jenis-jenis ini berbeza dari segi jangkamasa tindakannya dan juga puncanya. Terdapat insulin yang bertindak untuk beberapa hari dan ada yang bertindak selama beberapa jam sahaja. Walau apa pun jenis insulin yang digunakan, hanya doktor sahaja yang dapat menentukan jenis insulin yang sesuai untuk seseorang pesakit. Insulin mestilah disimpan di tempat sejuk yang sesuai dan tidak boleh dibekukan atau dipanaskan.

Pengidap kencing manis akan diberi insulin secara suntikan. Insulin tidak boleh dimakan kerana jika dimakan ia akan dipecahkan oleh bahan yang terdapat di dalam perut. Jika ini berlaku maka insulin akan kehilangan fungsinya. Kalau makan berapa banyak insulin pun, tetap tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.

Kencing manis boleh dibahagikan kepada dua jenis.
Jenis pertama - Yang berlaku pada umur yang muda iaitu pada golongan kanak-kanak dan remaja. Kebanyakan pesakit dalam golongan ini tidak mempunyai insulin yang cukup dan mereka bergantung kepada suntikan insulin untuk hidup seperti biasa.

Jenis kedua - Yang berlaku kepada orang dewasa yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Bagi pesakit jenis ini, pengawalannya ialah dengan mengawal pemakanan mereka, kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas. Di dalam keadaan tertentu doktor akan memberi ubat untuk merangsangkan pankreas pesakit supaya menghasilkan lebihbanyak insulin.

Tanda-tanda awal Penyakit Kencing Manis
(1) Kerap membuang air kecil
(2) Berat badan yang menurun
(3) Sentiasa merasa haus
(4) Sentiasa merasa lapar
(5) Letih yang tidak menentu
(6) Pandangan semakin kabur
(7) Mudah mendapat penyakit kulit / vagina
(8) Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
(9) Merasa penat dan sakit kaki
(10) Tiada keinginan seksual

Tanda-tanda Penyakit Kencing Manis yang Serius
(1) Sentiasa haus
(2) Hilang selera makan
(3) Muntah-muntah
(4) Pengsan / tidak sedarkan diri
(5) Luka lambat sembuh



Cara-cara pesakit menolong diri sendiri
(1) Pesakit hendaklah mengetahui apa yang patut dimakan, jumlah makanan yang hendak dimakan dan waktunya. Oleh itu mereka haruslah tahu tentang nilai dan zat-zat makanan serta merancang waktu makan mereka.

(2) Pesakit hendaklah mengurangkan makanan bergula dan manisan.

(3) Pesakit boleh memakai tanda-tanda di badan mereka seperti gelang atau cincin yang bertulis "saya mengidap kencing manis" supaya memudahkan pihak berkenaan melakukan rawatan ketika kecemasan.

Perkara-perkara yang harus diambil berat oleh pesakit
(1) Sentiasa mengawai makanan dengan teliti mengikut arahan doktor

(2) Seniasa bersenam dan berehat secukupnya

(3) Menghilangkan rasa bimbang dan risau tentang penyakit yang dihidapi

(4) Menjaga kebersihan anggota badan dengan sempurna dan teliti. Ini penting sebab pengidap kencing manis mungkin mempunyai perjalanan darah yang lemah. Oleh itu jika berlaku sesuatu kecederaan atau luka, kawasan luka itu akan menjadi lebih mudah untuk dihinggapi penyakit lain. Juga proses penyembuhan adalah lebih lambat. Keadaan ini boleh menyebabkan sejenis penyakit dikenali sebagai Gangren. Penyakit ini mudah merebak dan menyebabkan anggota badan yang terlibat terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan.
GangreneFoot.JPG
Gangren kering
menjangkiti empat jari kaki kanan
seorang penderita diabetes.

Jagaan dan perhatian yang teliti harus diberikan kepada penyakit kencing manis. Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan membuat perkara-perkara yang harus diambil berat oleh pesakit seperti yang diterangkan di atas tadi.

Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

Untuk dapatkan penyelesaian alternatif dari segi supplement, sila KLIK SINI dan SINI.

Lagi info tentang KENCING MANIS di SINI.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign