17 July 2014

BE POLITE

Haha..ramai benor nak cerita pengalaman kena langgar selepas kisah si gadis garang tu, .Saya pun pernah kena langgar. Dengan budak sekolah yang bawa motor macam tak cukup jalan nak pecut. Habis rosak bahagian hadapan tempat aircond tu, apa ke nama (ni masalahnya bila suami je yang handle bab kereta) Sebbek saya drive masa tu slow jer sebab dekat kawasan rumah nak ke sekolah. Kalau tidak arwah kot budak tu. Saya masa tu jalan terus ... budak tu nak belok ke sekolah.. imagine, bila belok dengan memecut apa jadi? Kereta saya yang dilanggarnya, dia bajet lepas kot.. dah tak bagi signal. Budak tu tingkatan 4.

To cut the story short.. mula tu Mak budak tu nak tunjuk arrogant gak sebab kerja kat pejabat lawyer (bukan lawyer pun), pastu, sebbek ada sarjan kat situ yang kebetulan lalu & nampak kejadian & tunggu saya kat situ... cerita keadaan yang sebenar kepada mak budak tu. Penduduk situ pun ramai yang keluar rumah yang nampak kejadian. Mulanya mak dia macam berat je nak terima hakikat... cuak pun ye kot, mana tau saya pi report kat pejabat polis... dia & suami dia yang kena nanti... dah le ada sarjan jadi saksi pulak. Sarjan tu suruh saya report je.

Masa tu pulak suami saya berada di KL, saya di Kuantan. Masa kemalangan tu saya otw nak ke sekolah anak (masa tu anak sulung & kedua saya berumur 9 & 8 tahun kalau tak silap.. sekarang dah 19 & 18 tahun) mereka ada trip sekolah nak ke mana tah. 

Masa tu syukur sangat kerana ramai yang baik hati membantu saya. Anak2 saya dibantu oleh jiran yang lalu di situ untuk dihantar ke sekolah. Trauma gak budak2 tu.

Dan syukur sangat kerana ada seorang sepupu yang bekerja di Kuantan juga masa tu. Jadi, dia la yang membantu saya settle dengan ibubapa budak tu.

So, after a while, bapa budak tu pulak datang. Tapi bapa dia cakap elok-elok la.
Siap sewa kancil berikan saya pakai sementara kereta masuk bengkel. Banyak gak la belanja bapa dia kena keluarkan semata-mata kerana kecuaian anak dia.

Saja nak cerita kat sini yang sebagai mangsa keadaan, you don't have to yell at people yang buat you. Tapi masa mula tu, mak budak tu bercakap dengan nada yang tinggi dengan saya kerana ingat saya yang pi langgar budak tu. Rasanya saya drive masa tu 20-30km sejam sebab saya memang slow down bila nampak budak tu.. boleh agak la dia nak belok sebab tahu ada sekolah kat situ.. tapi tak sangka dia nak belok terus sebab saya dah hampir kepadanya.


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign